“KITA dah lewat ni Scha..," ujar Fisya terkocoh- kocoh menyimpan segala barangan mekap ke dalam perut tas tangannya, sebelum disandang pada bahu kiri. Trischa hanya berdehem. Namun dapat ditangkap oleh panahan tajam Fisya yang sudah bersedia itu. “Kau orang berdua still tak ok lagi yerk?” Fisya mengalunkan nada tertanyanya. Setelah selama ini, di sudut otaknya dikerumuni andaian-andaian yang merumitkan. Oleh kerana itulah, dia mahu menduga reaksi rakan sepesawatnya itu. Trischa dari menyumbat pakaian ke dalam perut bagasi secara kasar melalui mulutnya yang luas ternganga, langsung dia terus memanggung semula ke atas. Hanya menghadiahkan satu gelengan. Panjang helaan nafas yang ternada. ...