BAB 4

Psychological Completed 69535

JALAN  HONGDAE,

 

SEBELUM berlepas, Kapt.  Edan Daeshim atau Edan pasti akan mengunjungi jalan ini setiap kali fly ke Korea Selatan.  Jalan yang di penuhi pemuda-pemudi universiti.  Kereta sewa yang dia sewakan itu, Edan minta tunggu sebentar dan pemandunya memahami lantas Edan keluar.

Laluan menjadi meninggi dan makin sempit kerana rumah yang Edan kini kunjungi terletak di hujung jalan.  Setelah sampai, Edan terpaksa mengharungi beberapa takah anak tangga  batu untuk menuju ke rumah. 

“Mama.  Mama, Edan here mama!”  pekik Edan depan pintu rumah tersebut laksana pembesar suara. Mulut pintu ternganga luas, lalu dua orang adik-beradik Edan yang masih kanak-kanak menerpa padanya yang sudah duduk menakuk lutut, mendepangkan tangan minta di peluk.

Kemudian barulah Puan Areum hadir sambil memekarkan bunga senyum melihat gelagat adik-adik Edan.  Maklumlah mereka bukannya boleh bertemu selalu.  Hanya bila saudara tua mereka itu, membuat penerbangan ke Korea sahaja.

Biar pun, asal dia situ...

“Aera, Aeri sihat?  Wah, makin cantik sekarang ya? Lama abang tak jumpa,” ujar Edan teruja.  Sempat lagi iris hazel Edan memanjat ke atas, di mana mamanya sedang berdiri di tepi Aera.

  Setelah tubuhnya di dakap seerat mungkin. Aera dan Aeri meleraikan lingkaran tangan mereka lalu kedua-dua kanak-kanak comel bertocang dua itu, masuk semula ke dalam perut teratak atas bukit.

Edan bingkas bangkit lalu tangan melingkari tubuh mamanya pula, Puan Areum.  Ada tangisan sedang berlagu.

“Maaf mama kali ni Edan lama tak balik sini.  Edan sangat sibuk dengan penerbangan Edan yang tak henti-henti tu,” Edan melontarkan kata-kata setelah dakapan kasih antara ibu dan anak itu terlerai.

“Tak apa sayang mama faham.  Mari masuk,” ajak Puan Areum namun Edan terpaksa menggeleng, jam kian menghampiri waktu pelepasan ke Malaysia.  Puan Areum mengulum senyum dan dia memahami.

Dalam masa sama, sinar matanya dilindungi mendung namun perasaan yang timbul itu tidak lama, setelah Puan Areum positif kan mindanya.  Namun mata redupnya tetap menjamah penuh kesayuan ke paras anak kesayangan.

Semasa Edan mahu menuruni tangga batu beranak sepuluh di laman teratak, tiba-tiba layangan busur mata Puan Areum terpasak ke rantai yang terkeluar sedikit dari kolar suit juru terbang Edan, lama dia memerhati.

“Edan?” Puan Areum memanggil sebelum anak lelakinya itu turun semula ke bawah.  Edan tidak jadi membuka langkah, langsung dia memusingkan jasadnya itu untuk menghadap mamanya. 

Puan Areum memuncungkan bibir pada rantai yang terkeluar sedikit itu.

Pada mulanya, Edan tidak memahami sehinggalah bola matanya dia perturunkan sedikit tenungan pada sebahagian rantai yang terkeluar tanpa dia sedar itu.  Lantas dia memanggung kembali dan Puan Areum sekadar menyoal dengan isyarat anggukan sahaja.

Edan menggeleng kerana dia masih tidak pasti, sama ada gadis yang dia temui semasa di Lapangan Terbang Incheon itu adalah orang yang sama atau bukan. 

Puan Areum mengangguk lalu Edan menyambung langkahnya semula dan Puan Areum menutup semula mulut pintu rumahnya.  Aera dan Aeri sibuk menyoal kenapa abang mereka tak masuk. Puan Areum melutut seraya memujuk kedua anak gadisnya itu, dengan menyatakan abang Edan mereka itu sibuk buat masa sekarang ini.

Aera dan Aeri tahu tentang kerja abang mereka itu.  Mengangguk sebelum mereka berdua beredar dari situ meninggalkan Puan Areum yang juga turut tersayat pilu.  Tidak larat mahu memintal untaian manik-manik bening lagi. Laju dia menyeka kelopak mata yang basah.

Pun begitu, Edan sekali pun tak pernah culas untuk memasukkan sejumlah wang yang tinggi nilainya ke dalam akaun mamanya itu. 

“Im sorry mama.  I got to go now,” ujar Edan lalu meminta pemandu kereta sewa itu bergerak ke lapangan terbang.  Hanya redup pandangan dari pelipis bayunya, mengitari kawasan perumahan mamanya itu. 

Dari laluan sepi kini hadir semula di laluan yang masih lagi kelihatan para pelajar universiti berdekatan melepak, mungkin masa rehat kut.

Dengan pantas Edan menyembunyikan semula rantai yang terkeluar separuh ke dalam kolar baju seragam.  Khuatir Trischa nampak bising lagi kekasihnya itu.  Sudahlah malam semalam entah pukul berapa Trischa pulang ke suit, memandangkan dia enggan menurut keinginan wanita itu.  Merajuk!

Mesti wanita itu sudah tengok jumlah panggilan yang dia buat malam semalam, sehingga dia terlena pukul berapa pun tidak sedar.  Sedar pun dek mimpi yang sama.  Itu sahaja.

 

 

KONDO...

 

“ENGKAU touch down jer terus call aku tau!” Tegas nada yang terluah dari bibir merah samar milik Laila. Entah buat kali ke berapa sehingga Cinta tersenyum-senyum.  Prihatin sungguh Laila terhadap dirinya itu.  Dia bertuah sebenarnya mempunyai sahabat sebegitu.

“Iya sayang,”  ulas Cinta yang menarik zip beg sandangnya itu.  Sengaja dia tinggalkan beberapa pasang baju serta novel dalam kamar mana nak tahu, bila-bila dia hadir ke situ tanpa sebarang persediaan. 

Apatah lagi, dia masih tidak dapat serta tiada peluang untuk menemui lelaki yang sengaja dia rempuh sewaktu sama-sama keluar dari pintu pelepasan, menghala ke sebelah dalam ruang legar lapangan terbang tempohari.

Cinta bukannya tak berjalan atau walk around sepanjang tempoh dia berada di negara itu.  Cuma terhadlah bukan semua jalan dia tahu.  Namun lebih advance dari tahun-tahun sebelumnya ketika itu dia hadir dengan mama dan papa.

Setelah episod gelap itu berlaku pada dirinya.  Dia hadir ke negara di mana peristiwa gelap berlaku itu pun, kerana mengikuti mama dan papa atas urusan syarikat.  Mungkin kerana khilaf dia juga serta kecuaian diri, menyebabkan episod nan kelam tersebut berlaku.

“Kau janganlah nak ingat lagi benda tu,” Suara lunak menikam gendang telinga Cinta Alisya.  Laila mulai perasan dari Cinta sibuk menyusun novel-novel atas meja yang mana mahu di tinggalkan itu, terus mematung diri tanpa sebab.

“ALLAH SWT ada sayang.  Biar DIA sahaja yang menentukan segalanya.  Aku yakin hidup lelaki itu juga tidak aman.  Dia bukan sahaja buat kau macam itu malah mencuri pula milik kau.”

Cinta yang menelinga setelah sedar dari mengelamun hanya mengulum senyum.  Beg sandang dia naikkan pada dua belah bahu untuk menyandangnya. Matanya merenung sayu pada Laila.

“Dah siap semua?  Kalau dah jomlah lagi pun nanti terlewat pula sampai.  Sungguh pun sini tak sesak dengan kenderaan tapi sesak dengan pejalan kaki.  Lampu isyarat.”

“Dah,” sahut Cinta Alisya atau Cinta seraya memekarkan bunga senyumannya.  Dalam sudut hati, dia berdoa agar pesawat yang akan berlepas ke Malaysia nanti, penerbangnya adalah Kapten itu.

"Laila..." Nada Cinta melirih. Hanya paras itu sahaja yang mampu mengubat luka parah dalam jiwanya. Laila mengangguk dan terus tangan melingkari tubuh berpelupuk mata sekelabu mega mendung itu. Dengan lama.

"Dah, dah. Aku tahu kau kuat. Kau kuat Cinta Alisya!" Laila menghamburkan kata-kata semangat pada wajah yang masih dalam pawana kelabu.

Laila juga mengusap alis lentiknya agar embun bening tidak luruh lagi.

 

 

 

jemput baca...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience