bab 1

Psychological Completed 69535

DIA yang baharu sahaja touch down di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Terus menapak keluar  dari laluan pintu ketibaan untuk ke ruang legar yang agak ramai orang itu.  Sedang dia mengangkat topi juru terbangnya itu untuk di tanggalkan,  tubuh di rempuh dari arah belakang.

Dan semasa pertembungan itu berlaku, tubuh dia agak berpusing sedikit begitu juga dengan gadis yang kelihatan sedikit kelam-kabut dengan beg sandang dan seakan mahu mencari sesuatu.

Akibat tidak menemui apa yang di ingini tanpa sebarang kata, gadis berambut ikal mayang di selindungi topi snow cap itu, terus berlari seakan dia sudah terlewat masa.  Manakala Kapten Edan Daeshim yang masih lagi menunduk tanpa mahu mendongak itu telah nampak sesuatu lantas di kutipnya.

Barulah dia menegakkan semula tubuh tinggi lampainya  itu.

“Cinta Alisya?" soal Kapten  Edan Daeshim  sambil merenung sekeping kad berukuran 3r disertakan sekali dengan gambar berukuran pasport. Mata separuh sepetnya kian diperkecilkan tatkala dia mendongak.

‘Bukankah perempuan ini yang langgar aku tadi ke?’  gumamnya spontan mengurut dagunya  pula.  Dek kerana asyik memikirkan akan empunya kad tersebut, Edan tidak menyedari akan kehadiran satu lagi jasad dalam persalinan krew kabin warna merah putih paras paha.

“Hai sayang!  Sorry you I’m late.  Lama tunggu?” Suara lunak menikam gendang telinga. Wajah yang anggun  dengan rambut potongan bob serta mekap yang masih lagi kelihatan sempurna, terus  melingkari lengan polos jejaka tampan berkulit  putih merah itu.

Paras kacak milik Kapten Edan Daeshim masih lagi dia tatap, lama. Mekar bunga senyuman. Namun mulai mengendur pabila teman di sebelah tetap membisu. Biar pun, wanita jelita yang memakai tag nama Trischa itu melentuk-lentukkan kepala miliknya atas bahu sado itu.

“Darling, are you hear me ? Are your mind still here ? Who's card this?” Kata-katanya meluncur bersama dengan panahan mata sinis. Trischa menaikkan sedikit oktaf suaranya, pabila mata beralis selentik tajinya tajam menujah renungan, pada nama yang tertera pada kad tersebut.

Kad terus dia rampas dari tangan lelaki kacak berpakaian seorang juruterbang itu dengan kasar.

“Herm... lady’s name... no wonder  my  baby’s mind not here  any more.  Cinta Alisya, wow  love! Who is she! I ask you Mr Edan?”  Nada Trischa menegas serta menekan nada suaranya. Benih cemburu sudah ingin bertunas di tanah hati.

Wajah kian cemberut dan bahang nyalaan tak berkilaunya mula terasa membakar diri.

“Captain Edan!!! Are you deaf?” Kasar nada yang terluah. Trischa mula melengking.  Oktaf suara bagaikan mahu menyamai corong pembesar  suara yang ada di ruang legar. 

Edan Daeshim atau lebih di kenali sebagai Edan sahaja telah tersedar pun begitu, pandangan tetap dia luaskan jajahan ke setiap arah dalam lapangan terbang. Kekasih hati di sisi makin menyinga.

“I tanya you sekali lagi, Edan? Siapa Cinta Alisya ini? Kat mana you kenal dia?”  Sekian kali bibir ulas limau nan merahnya buka bicara. Dan Trischa semakin bergetar suaranya kini seakan sedang menahan tangis.

Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih, diwajahnya itu nyata kelihatan semerah saga warnanya.

 “Hei sayang... What’s wrong with you? Jangan macam-macam dengan I, Edan!” pangkah Trischa memberi satu ancaman.  Sengaja dia hentak-hentak kaki bersepatu tumit tingginya itu, dengan kuat. 

Sehingga ada mata-mata teralih ke arah mereka.  Trischa mengulum senyuman sinis. Namun gelagat what don’t  know, sang kekasih menambahkan lagi bara dalam hati yang menggelegak itu.

'Benarkah itu dia? Tapi bagaimana dia boleh berada di luar negara? Bukankah sepatutnya dia berada di..'. Hati kecil Edan masih lagi berkira-kira.

“Semua ini takkan terjadi jika aku tak mulakannya dahulu...” ujar  Edan seperlahan mungkin dek  di cambah rasa keliru.  Dan juga sesalan...

Khilaf dia dahulu...

Rahsia dia yang hanya seorang saja yang tahu...

“Edan, I tanya you? You dengar atau sengaja buat-buat tak dengar?”  Trischa berada di tahap kesabaran infiniti. Riak lelaki itu, benar-benar menyakitkan hatinya.

Sekali lagi dan kali ini dia benar-benar telah keluar dari ilusi dan dia sememangnya telah sedar. Edan tanpa sebarang alasan terus menarik kembali kad kecil yang masih lagi di pegang oleh Trischa. 

Trischa makin sebal.  Makin panjang muncungnya.

Sambil mengukirkan senyuman bermadunya, perlahan-lahan jari-jemari berurat Edan mendongakkan wajah kelat milik ketua pramugari itu, agar bertukar renungan. Jari yang sama, dia gunakan sebagai penyeka air mata.

“Sayang, dia bukanlah siapa-siapa... tak perlu you nak marah-marah begini... kan, dah hilang mekap tu...” Kata-kata penawar dia cuba siramkan ke bara. Dia kuntumkan juga bunga senyumnya sejenak dengan harapan gadis jelita berbibir munggil lagi seksi, reda kemarahannya sedikit.

“Betul, you tak kenal dengan nama perempuan dalam kad tu?” ulas Trischa masih lagi dalam keraguan. Pelipis yang diwarnakan biru tua itu, kian meredup dalam menaut pandangan.

Dalam diam, Trischa sekali lagi, cuba memerhati tingkah kekasihnya itu. Jika Edan menipu, sudah tentu dia dapat menangkapnya.

“Betul sayang... All of this was coincidence. Trully, I does'nt know who is she... Kad ini terjatuh ketika I dan dia tak sengaja berlanggar... Percayalah sayang.”

Tanpa rasa malu, bibir berukiran ulas limau mandarin nan merah milik Trischa, terus Kapten Edan Daeshim  pagut dengan lama.  Dan Trischa  yang pada mulanya enggan, hanyut juga. Saling berpelukan memandang negara itu bukan Malaysia. 

Bebas untuk berbuat apa sahaja...

LAMA panahan tajam gadis yang kembali semula ke laluan itu, melayang ke gelagat pasangan kekasih yang saling bercumbuan itu.  Perlanggaran yang dia sengajakan  tadi membuahkan juga hasil, walau tak seberapa. 

“Aku tak pernah lupa mata itu, mata yang meragut rasa hormat aku pada semua insan bernama lelaki!” Kata-katanya menikam gendang telinganya sendiri.

Kebencian hatinya memuncak kembali. Walau pun dia cuba kaburinya. Panas relung dada bila paras merudumnya, terpanggung semula ke arah merpati dua sejoli yang pada tika itu masih lagi bercumbuan mesra.

"Aku tak akan biarkan!" Tikaman lidah kerisnya menusuk jantungnya sendiri. Laju dia hapuskan manik-manik yang berjuntaian di alis lentiknya itu. Mekarkan bunga senyuman.

"My first step will be my last step!" Kata-katanya meluncur sekali dengan pandangan sinis serta tajam ke paras kacak kapten Edan Daeshim. Sebelum kanvasnya ada garisan panjang berhujungkan jungkitan kecil.

'Bagus inilah Cinta yang aku kenal!' Hadir satu lagi jasad laksana arca pada cermin. Paras tidak berubah langsung dengan Cinta Alisya namun lorekan senyumannya sedikit gelap.

"Ya, aku tak akan biarkan dia hidup setenang air di kali. Dia harus bertanggungjawab pada apa yang dia dah lakukan." Panahan matanya amat tajam menggentarkan kalbu. Namun tanpa dia sedar, tetap ada butiran manik di hujungnya.

pengganti berikan aku secebis kasih kerana un pub sebab xde idea

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-09 13:55:22 

ok cheda ..

Che Da(Ayunifalin)
2022-09-09 13:27:09 

please Dhia wasap dengan Che da klu takde idea kita kongsi ilmu sama-sama


NovelPlus Premium

The best ads free experience