BAB 2

Psychological Completed 69535

“MANA pula perginya ni? Aduhai. Sudahlah kad tu penting,” keluh seorang gadis yang masih lagi menyelongkar isi beg. Habis segala-segalanya dia bawa keluar sehingga katil yang tadinya kemas kini berselerak dengan barang-barang milik gadis manis itu. Tidak ubah tongkang pecah!

Tingkah itu menyentak perasaan rakan sebilik yang baru tiba di unit tersebut.

“Cinta? What’s goin’ on here? Apa dah jadi ni?  Berselerak dah rupa tongkang pecah!” Si rakan melontarkan kata-kata kaca ke kalbu. Tinggi nada yang terluah tapi bukan marah. Dia seraya mengetepikan barang yang hampir terjatuh untuk naik ke atas tilam semula.

“Aku rasa... ada barang aku yang tercicir lar. Tak pun maybe tertinggal,”  Cinta berbicara tanpa mengilas belakang kerana di masa itu, kepalanya masih lagi merudum jauh ke dalam. Jika dilihat dari jauh, kepala Cinta seakan masuk ke dalam perut beg melalui mulut yang luas nganganya itu.

“Sebenarnya kau cari apa, Cinta Alisya?”

“Barang aku lar...”

“Iyalah tapi apa? Barang apa? Cer explain at least we can find together,”  sahut si rakan dari labuh punggungnya di pinggir ranjang, lantas bangun serta bola mata dia juga meluncur laju atas katil.  Apa yang dia nampak hanya novel, novel dan novel. 

Rare pun hanya bedak talkum bayi dan Nivea Lipbalm in Cherry. Tak seperti dalam beg miliknya yang di penuhi alatan mekap. 

“Aku tak pasti barang apa Laila,” terang Cinta enggan memberitahu apakah barang tersebut. Namun, jauh di sudut hati Laila, dia seakan dapat meneka. Tanpa mahu membuang masa lagi, Laila terus menyelak setiap halaman pada buku-buku yang ada atas tilam.

Sebagai kawan, Laila akan sedaya-upaya menjaga hati rakannya itu, Cinta Alisya. Apa yang terjadi pada Cinta Alisya, itu bukan dari kehendaknya tetapi dari keizinan Allah Swt. Laila tersenyum sambil menarik keluar kad pendua dari dalam laci miliknya.

“Cinta...” Laila menyeru lalu mengangkat kad yang berada ditangannya dengan sejambak bunga senyuman.  Mujur dia ada salinan.

 “Ya Allah Laila! Mana kau jumpa?” Nada tertanya-tanya Cinta Alisya tatkala kad tersebut, bertukar tangan.  Mujur ada salinan dari Laila.  Sungguh, dia terlupa mana lagi satu, setelah yang sengaja dia jatuhkan tempoh hari di airport sudah ada di tangan yang berhak.

“Adalah... by the way, you’re still go there?” ulas Laila tidak jadi menapak ke arah dapur walau itu, niat asalnya.  Dia memusingkan jasadnya ke belakang semula dan mencari wajah rakannya itu.

 Laila sekali lagi menyoal soalan sama, bila dia lihat wajah  Cinta Alisya seakan sedang memikir sesuatu.  Bukan niat dia mahu membuat hati Cinta Alisya terasa.  Tiada sekali pun.  Dia bertanya kerana mahu tahu perkembangan terkini.

Memandangkan jarak mereka yang jauh itu.  Cinta Alisya di Malaysia dan dia pula Korea Selatan atas tiket,  bekerja di salah-sebuah syarikat terkemuka yang jaraknya tidak jauh dari kondominium tempat dia sedang menginap itu.

Dan kehadiran Cinta Alisya atau Cinta di sini pun kerana mahu bercuti serta menenangkan fikirannya.  Namun, berlainan pula buat Cinta.  Dia ada tujuan. Selama mana subjek yang sedang dalam pemerhatiannya itu ada, selama itulah dia akan berada di tanah Korea ini.

 

 

 

 

HOTEL PRIMA SEOUL,

Waktu tempatan,

 

“AKU dengar next week Captain Edan Daeshim will fly ke Taiwan pula, betul ke? Scha, kau tak risau ke?  Tak silap aku lah kan... Ex-girl dia still kat sana lagi,” Suara lunak menikam gendang telinga.

Dan Fisya pula, menyimpan kembali lipstik ke dalam perut tas tangan lalu membetul-betulkan pula kolar kemeja putih tanpa lengannya itu. Di sepadankan pula dengan skirt hitam atas paha.

Trischa terus terbejat dari melakukan sapuan krim muka pada wajah. Paras beriak setenang air di kali kini mengalami sedikit perubahan. Memang tidak dinafikan, dirinya dan Edan berlainan penerbangan buat beberapa bulan kebelakangan ini. Dia penerbangan ke Eropah manakala Edan pula sekitar Asia.

Trischa kemudiannya mengambil kesempatan yang ada untuk membuang pandang ke paras Fisya. Fisya yang terdongak lalu memandang cermin, merenung Trischa kembali sambil mengangkat kening berpantisnya.

Gerakan bola matanya jatuh ke wajah si rakan yang berhidung setinggi Everest. Mata yang beralis pendek namun lentik cuba menjangkau jauh ke sekitar kanvas yang penuh warna kekusaman.

“Kau dah kenapa? Aku ada tersilap cakap ke?” Fisya menyoal dari depan cermin kerana dia sedang menyemburkan pewangi ke leher.

Rambut ikal mayang palsunya pula kelihatan terletak dengan kemas. Sebelum bola mata yang tercari-cari tadi, menujah renungan ke cermin hadapannya kembali untuk melihat kekemasan mekapnya.

Trischa di ketika itu, ralit membaham pinggir belahan bibir berukir ulas limaunya. Dan kini tersedar, pabila bahunya di tolak lembut. Fisya spontan mengangkat keningnya gaya penyanyi 90an Ziana Zain.  Akibat begitu ralit melayan perasaan, rakan sudah siap sedia di sebelah juga Trischa tidak perasan.

“Kau terasa dengan soalan aku tu kan,babe?” aju Fisya tersenyum melihat gelagat Trischa yang tertunduk semula sambil kaki bermain dengan permaidani tenggelam.

“Sayang, aku just asking jer lah. Aku pun dengar dari mulut krew  jugak.  And then, at the same time aku teringat tentang si dia,” Jujur Fisya susunkan patah bicara. Trisya terus memanggung semula lalu mengulum senyum.

“Fisya, you after this fly akan ke Taiwan jugak kan?” Trischa terus menyoal bila dia teringat kembali jadual tugasan mereka semua. 

Fisya terus mengangguk.  “Babe, darling I dah message ni, I nak gerak dulu ni.  You tu have fun lah sikit, jangan asyik terperuk dalam suit layan perasaan saja.  Call Edan ask him out now. Well... here not Malaysia okay.  If you guys  want enjoy until dawn also okay, what? Aku dengar sini ada kelab baru buka pergilah release tension kat situ.  I ni sebab  dah ada date dekat hotel tu... kalau tak, dah lama aku heret kau.”

“Macamlah tak biasa,”  sahut Fisya sambil tersenyum sinis. Nak-nak  lagi Edan Daeshim tu non muslim. Trischa pula just on paper...

Life as a crew cabin...

“Okay darling, you think okay ! What i say just now. Have fun, okay. Still early here.”

Fisya membuka langkah ke arah pintu, setelah dia menyangkut sling bag  ke bahu kirinya.  Kaki telanjangnya, dia sarungkan dengan stiletto  warna putih berlawanan dengan warna skirt yang dia pakai itu.

“Fisya wait!”  jerit Trischa membejatkan gerakkan Fisya yang sedang meleretkan kad pengunci auto pada kotak pengunci.  Dia terus kilas belakang setelah kad dia seretkan juga.

“Kau boleh tolong aku tak? Tolong aku tengok-tengokkan Edan untuk aku,” pinta Trischa langsung  berlari ke arah Fisya setelah dia bingkas bangun.  Memegang erat tangan Fisya.  Fisya pula terkapa-kapa. 

“Er... aku...”  jawab Fisya.  Boleh tu memanglah boleh, tapi bukan setiap seminit.  Dia tahu sangat perangai cemburu Trischa tu.  Dia ada tugas kut.

“Tak pun kita tukar flight? Can or not? Please...” rayu Trischa dengan paras layu dan mengharap. Edan tak boleh kembali pada Erika!

“Tak boleh sayang...”

“Tapi kenapa? Dah lewat sangat ya?”

“Bukan ... Tapi aku dah tukar dengan Remy.. Remy tak dapat fly... because of masalah...” sahut Fisya sambil mengerling jam yang elok terlilit di pergelangan tangan kurus putihnya itu.

“Sayang, I dah lewat ni kasihan Jacky lama tunggu aku.  Dia mesti dah sampai bawah ni, aku pergi dulu ya. Jangan risau, aku cuba tengok nanti macam mana okay.”

“Sayang, senyum sikit...” Sempat lagi Fisya mengarah rakannya itu agar menyira gula ke wajah muncungnya. Jangan selalu bermasam wajah, tambahan pula mereka pramugari memang tak elok.

“Hah, nilah  Trischa yang I kenal.  I keluar dahulu ya... Try call now,” arah Fisya sebelum dia menutup pintu.  Trischa terus mengangkat telefon pintarnya.  Nombor Edan di dail. Menanti panggilan terangkat.

 

 

 

 

 

jemput baca guyz bab dua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience