Bab 4

Romance Series 30144

“BAD.”

“Bad, you awake?”

Kasya meraba-raba tilam, mencari Badrul di sebelahnya. “Eh! Mana pulak dia ni?” Kasya perlahan-lahan bangkit dan menolak selimut. Dia menggeliat malas. Kasya bingkas bangun dan membuka tingkap bilik untuk menghirup udara segar dan nyaman di waktu pagi. Hatinya terasa begitu tenang sekali.

“Termenung jauh nampak. Sedang fikir apa tu?” Satu sapaan mengejutkan Kasya yang sedang melayan fikiran. Pantas dia berpusing ke belakang. Kasya tersenyum. “Indahnya pemandangan,” ujar Kasya dalam hati. Terlihat Badrul yang baru usai mandi dan hanya berbalut tuala di paras pinggangnya. “Tak ada fikir apa-apalah. Saja tengok pemandangan dekat sini. Tenang.” Kasya kembali membuang pandang ke luar tingkap. Badrul mencapai sehelai baju T-shirt dari dalam almari.

Dia kemudian melangkah setapak ke sisi isterinya sambil turut melihat ke luar tingkap. Pemandangan bukit yang diselimuti kabus cukup menenangkan. “Ya, cantik betul. Sebab inilah abang suka melawat rumah ayah dan ibu Kasya. Dekat luar tak ada pemandangan macam ni,” ujarnya. Badrul masih belum menyarung pakaiannya. Dia melalukan jarinya ke rambut Kasya yang menutupi wajah dan menyelitkannya ke belakang telinga isterinya. “Tapi tak boleh lawan cantiknya isteri abang.” Kasya kalih ke sisi dan menguntum senyuman. “Eleh abang ni. Romeo sangat.”

Kasya sempat mengerling tubuh kekar suaminya. Dia tersenyum simpul. “Kenapa? Tak boleh lawan pemandangan yang ini ke?” Badrul mengusik.

“Isy, cepatlah pakai baju tu.” Tangan Kasya menolak lembut bahu suaminya. Dia mencapai tuala yang disangkut di tepi almari.

“Pergi mana?” Badrul menyoal.

“Mandilah. Takkan pergi pasar.”

“Tak nak ajak?”

“Eee, tak malu.” Kasya hanya menjelir lidah kepada Badrul.

“Aik?” Badrul terpinga. Belum sempat Kasya melangkah kaki, Badrul memeluk tubuhnya dari belakang. Lantas, pipi Kasya dihadiahkan dengan kucupan berkali-kali.

“Eii, abang ni. Orang tak mandi lagilah.” Kasya hanya tersenyum. Hatinya berbunga-bunga. Badrul perlahan-lahan meleraikan pelukan. Kasya pun menghilangkan diri di balik pintu.

Tersenyum Kasya mengingatkan kenangan pagi tadi. Ya, dia mencintai lelaki itu tiap hari.

LIS hanya melihat ke arah luar tingkap kereta. Tidak berani untuk dia bertentang mata dengan Babah, apatah lagi berkata apa-apa. Dia tidak menyangka Babah akan mencari di taman pagi itu.

“Tadi tu siapa?” Lis tersentak apabila soalan itu menerjah ke telinganya. Dia terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa. “Lis? Babah tanya ni, tadi tu siapa?” Tuan Haji Abu Bakar sengaja menguatkan suaranya.

“Sya… Syafiq.” Getaran jelas didengari di hujung suaranya.

“Sejak bila kenal dengan Syafiq? Jumpa dia buat apa?” Soalan demi soalan menerjah.

“Lis kerja menulis online. Lis kadang-kadang hantar tulisan dekat dia, minta dia tengokkan kalau ada nak baiki apa-apa. Itu je.”

“Kalau kerja online, jumpa online aje lah. Kenapa nak kena jumpa di sini pula?” Kata-kata Tuan Haji Abu Bakar membuat Lis tertunduk. Mutiara jernih mulai terbentuk di hujung mata Lis. Ada benarnya kata-kata itu, namun hati kecilnya begitu teringin bersua muka dengan lelaki itu. “Kenapa diam?” Tuan Haji Abu Bakar menoleh ke arah tempat duduk belakang. Lis cepat-cepat menyeka air mata. Pertanyaan Tuan Haji Abu Bakar dibiarkan sepi.

“Bagi Babah nombor telefon dia.” Permintaan seperti itu menyentak jantung Lis keluar dari badan. Dia benar-benar terkejut.

“Babah nak buat apa?”

“Bagi je.”

“Tak boleh.” Lis hampa.

“Bagi sini. Babah tak mahu orang luar mengganggu kamu.”

“Tapi Babah…”

“Lis! Jangan degil.”

“Babah! Lis bukannya budak-budak lagi! Takkanlah dengan siapa Lis kenal pun Babah nak kawal? Babah ni teruklah!” Lis membentak. Dia turut menangis. “Dari dulu Babah buat Lis macam ni. Sampai hati Babah.”

“Babah ni, lagi banyak makan garam daripada kau orang muda. Orang luar tu bukannya semua elok. Sebab itulah Babah tak suka Lis berkenalan dengan orang luar.”

“Orang luar tu pun bukan semuanya jahat. Apa yang Babah tahu sangat pasal orang luar? Babah sendiri pun jarang keluar dari rumah.” Entah dari mana Lis meraih keberanian untuk melawan kata-kata Tuan Haji Abu Bakar.

“Selagi Lis duduk bawah bumbung Babah, Lis jangan ingkar arahan Babah.”

“Duduk bawah bumbung?” Hati Lis benar-benar tergores. “Babah yang kurung Lis dalam rumah tu, lepas tu Babah nak cakap macam tu? Bukannya Lis keluar bergaul dengan penjenayah ke apa ke. Selama ni Babah tak bagi Lis keluar, Lis dengar je cakap Babah. Sekolah pun dalam rumah je. Kawan sebaya pun tak ada...”

“Lis jangan kurang ajar!”

“Apa lagi pilihan yang Lis ada selain duduk terkurung dalam rumah tu dan dengar setiap arahan Babah? Cuba Babah bagitahu. Lis manusia Babah, bukan bina-”

“Lis cukup! Babah tak nak dengar lagi kamu merapu-rapu.” Keadaan dihurung sepi seketika. Mansur yang sedang memandu kereta turut berdiam.

“Babah tak pernah faham.” Suara Lis bergetar.

“Lis…” Panggilan Babah kali ini tidak dilayan.

Kenderaan yang membawa Lis dan Tuan Haji Abu Bakar akhirnya tiba di pekarangan rumah. Tanpa membuang masa, Lis keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah, sambil langkah kakinya hanya diperhatikan oleh Babahnya dan Mansur.

Tuan Haji Abu Bakar hanya mampu menghembus nafas berat dan keluar perlahan dari kereta. “Mansur, simpan kereta elok-elok ya,” ujar Babah lalu berlalu masuk ke dalam rumah. Mansur hanya mengangguk kecil. Dia tidak berani masuk campur akan hal keluarga itu, walhal, jauh di sudut hatinya, dia turut berasa kasihan terhadap nasib gadis itu.

Setibanya di bilik, Lis segera mengunci pintu. Punggungnya dihempas ke atas katil. Dia menekup muka dan menangis teresak-esak. Sakit betul hatinya. Memanglah dia dan Babah masih sebumbung, dah kalau dari dulu kena kurung dalam rumah ni. Bukan setakat keluar, nak pergi sekolah pun tak bagi, nak berkawan dengan orang lain pun tak boleh. Dah tu, bilanya nak keluar dari sini? Dah kahwin? Suami pun Babah yang pilihkan. Nanti dah ada suami, kena ikut cakap suami pulak. Tahu-tahu nanti suami pula kurung dalam rumah kerana tak mahu isteri berhubungan dengan lelaki lain. Kalau suami yang baik, penyayang tak apa lagi, kalau sebaliknya? Ah, benci! Benci! Lis benci hidup begini. Jiwanya hampir meletus dan memuntahkan lahar kemarahan. Lis membungkus tubuh ke dalam selimut tebal, membiarkan dirinya hanyut dalam tangisan. Lis merapatkan kelopak matanya.

“Syafiq.” Nama itu meniti di bibir Lis perlahan. “Izinkan aku berteduh di bawah redupnya matamu.”

“ABANG BAD. Ada nampak Lis tadi masuk rumah macam orang gila? Dah kenapa dia tu?” Vienna memecah hening petang dengan menegur Badrul. Pantang sekali dia melihat Badrul bersendirian, pasti ada sahaja akalnya untuk mendekati. Hakikat bahawa Badrul yang berstatus suami orang tidak sedikit pun mengganggunya, meskipun dia pula sekadar anak kepada pembantu di rumah itu. Baginya, Badrul tidak hanya datang daripada keluarga yang kaya raya, malah tidak kurang kacaknya. Alang-alang lelaki itu belum mempunyai cahaya mata bersama Kasya, apa salahnya dia mencuba nasib.

Vienna meninjau-ninjau kawasan sekitar sebelum perlahan-lahan mendekati Badrul yang sedang duduk di luar rumah. “Tak pelik punlah. Lis dengan Babah memang selalu macam tu.” Badrul menjawab dengan nada mendatar. Malas mahu melayan.

“Abang Bad.” Vienna meleret-leretkan suaranya.

“Hmm, kenapa?” Vienna mencebik bibir melihat layanan acuh tak acuh daripada Badrul.

“Abang Bad buat apa sini sorang-sorang? Nak Vi teman?” Badrul tercengang. Eh, mengada-ada pula dia ni.

“Abang okey je. Vi pergilah jalan mana-mana. Tak elok orang tengok kita berdua dekat sini.” Vienna mencuka mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Badrul.

“Abang ni sombong. Hari tu dekat dapur, bukan main-” Badrul cepat-cepat menekup mulut Vienna dengan tapak tangannya. Vienna bergelut untuk melepaskan diri dan menepis tangan Badrul. “Isy, apa abang ni? Tak payahlah macam ni.”

“Jaga sikit mulut tu. Kalau orang lain tahu, siapa susah? Kita berdua jugak.” Badrul memberi amaran kepada Vienna.

“Oh, dia dah sedap pegang kita. Kita pula yang kena jaga mulut. Dia punya tangan tak mahu jaga. Pengecut. Takut binilah tu.” Vienna mencemuh. Sakit hatinya diperlakukan sedemikian.

Badrul menghembus nafas berat. “Vi nak apa sebenarnya ni?” Vienna mencebik mendengar soalan yang padanya kedengaran bodoh.

“Apa-apa ajelah. Pergilah layan isteri kesayangan abang tu. Daripada tercengang macam orang bodoh dekat situ.” Vienna pantas berlalu dari situ. Derap kaki Vienna yang semakin perlahan seperti memancing Badrul.

“Ergh, perempuan ni..” Badrul berdiri sambil memerhati sekeliling. Perlahan-lahan, dia mengikuti jejak langkah Vienna yang tidak lagi kelihatan. Badrul tiba di dapur. Dia melihat-lihat sekitar, kalau-kalau ada orang lain di situ.

“Hmm. Pandai pulak ikut orang ke sini. Dasar lelaki tak tahu malu. Perangai tak serupa laki orang.” Vienna mencemuh sebaik sahaja melihat Badrul di muka pintu lalu menghadiahkan sebuah jelingan.

Badrul hanya tersengih. Perlahan-lahan, dia mengorak langkah menuju ke arah Vienna. “Vi cakap Vi sunyi kan tadi?” Badrul lantas mencengkam keras pergelangan tangan Vienna.

“Ish janganlah kasar-kasar macam ni. Vi jerit karang baru tahu.” Badrul tersentak mendengar ugutan gadis itu. Dia lantas melepaskan cengkamannya.

“Nak pergi jalan-jalan tak?” Nada Badrul tak ubah seperti orang miang. Vienna menarik muka masam. Tanpa membuang masa, Badrul mengeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluarnya dan mula menelefon seseorang.

“Helo, sayang. Haa, ni. Abang nak pergi kedai sekejap. You nak apa-apa tak? Oh, okey. You rehat-rehat dulu ya. Okey sayang, abang pergi sekejap ya.”

“Okey jom.” Badrul merentap tangan Vienna dengan kuat.

“Isy, sakitlah. Nak pergi mana pulak?” Vienna cuba meleraikan tangan Badrul namun gagal. Badrul tiba-tiba menarik lengan Vienna dan merapatkan tubuhnya dengan Vienna. Vienna hanya mengetap bibir.

“Jom. Teman abang pergi kedai,” bisik Badrul sambil tersenyum.

TING! TING!

Notifikasi telefon mengejutkan Lis daripada tidur yang panjang. Dia membelek telefonnya. Notifikasi daripada Mr. Editor ataupun nama sebenarnya Syafiq. Oh, lupa pula nak tanya nama penuh. Lis hanya menepuk dahi. Dia lantas membuka pesanan itu.

*New messages from Mr. Editor ??.

-Assalamualaikum, Lis. Lis apa khabar? Macam mana keadaan Lis sekarang? Kalau ada apa-apa yang mengganggu Lis, Lis jangan lokek nak berkongsi ya. Mungkin Lis nak berjumpa di lain hari dan waktu? Bila-bila je Lis perlu, saya sudi nak luangkan masa. Kalau ada apa-apa, Lis maklumkan ya.-

Lis tersenyum lebar membaca pesanan itu. Hatinya yang remuk sebelum ini kembali terubat. Mutiara jernih mula terbentuk di matanya. Tak semena-mena, hatinya tersentuh dengan keprihatinan jejaka yang baru sahaja bersua muka dengannya buat pertama kali. Lis menyeka air mata jernih yang mengalir di pipi.

“Rindu.” Lis menutur perlahan. Dia rindu dengan pandangan redup lelaki itu. Rindu dengan senyuman semanis gula milik si dia. Rindu dengan tuturnya yang lembut menenangkan. Lis angau.

Jari-jemari Lis ligat menaip balasan di skrin telefonnya. Setelah jarinya menekan butang ‘hantar’, dia cepat-cepat menyembunyikan wajahnya di balik bantal. Bahagianya tidak terkata. Dalam angan-angan Lis, dia dan Syafiq sudah pun sampai ke jenjang pelamin.

BZZZ… BZZZ…

*New messages from Penulis Lis ??.

-Waalaikumussalam, Encik Syafiq. Terima kasih sebab prihatin. Saya di sini baik-baik sahaja, cuma entahlah. Saya pun tak pasti macam mana nak ungkapkan perasaan saya sekarang. Encik Syafiq pula macam mana sekarang? Okey? Saya sebenarnya serba salah sangat dengan apa yang terjadi. Saya tak expect perkara macam ni berlaku. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi meluangkan masa yang berharga dengan saya. Saya sejujurnya berharap sangat kita dapat bertemu lagi di lain waktu. Terima kasih sekali lagi.-

Syafiq menatap lama paparan skrin telefonnya. Malam itu, dia sukar melelapkan mata. Fikirannya tidak keruan membayangkan paras rupa Lis yang begitu mempersona. Satu perkara yang pasti, gadis bernama Amarylis ini mempunyai suatu daya tarikan yang membuatkan hati kecilnya meronta-ronta tanpa sebab. Ah, aku mesti berjumpa dengan Lis sekali lagi, walau apa cara sekalipun. Ya, mesti untuk dua misi kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience