Apakah aku gila?
Mengikuti lukisan tiada nyawa,
Mengubati hati yang lara,
Hanya kerana si pemilik pena,
Adakah aku gila?
Sepatah soalan yang ditanya,
Terus ku rangka seribu kata,
Didepan dia tiada yang rahsia,
Benarkah aku gila?
Suratnya tetap aku baca,
Ulang kali tiada terkira,
Sambil senyuman mekar di muka,
Andai memang aku gila,
Ketahuilah hanya satu ubatnya,
Bersua muka bertentang mata,
Di alam mimpi mahupun nyata.
Dah lama tak tulis puisi romantis
Share this novel