Tuan Puteri

Poetry Series 208

Sedang leka aku berkarya,
Tiba-tiba ingatan ku kembali padanya,
Riak wajahnya terus melekat di dada,
Ingin sekali diri ini menyapa,
Bertanya nama, anak siapa,

Waktu itu aku tersedar daripada mimpi,
Siapalah aku mahu meminang gadis secantik puteri,
Kisah putera katak hanya wujud dalam fantasi,
Agak sukar untuk berpijak pada realiti,

Kalaulah takdir boleh ku tulis,
Cincin di tanganmu akanku lukis,
Biarlah diri ini menjadi muflis,
Asalkan cinta ini tiadanya terhakis,

Andai dapat aku bukukan,
Kisah kita dalam satu penulisan,
Biar tuan putera aku watakkan,
Barulah sepadan dengan si cantik rupawan,

Tiada dapat ku belikan emas permata,
Tiada dapat ku janjikan purnama,
Namun jika hatimu sedia terbuka,
Akan ku serah seluruh jiwa dan raga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience