Sayup-sayup ku mendengar keluhan,
Daripada saudara yang terbeban,
Katanya diri sudah tak tertahan,
Derita mendatang tidak tertanggung badan,
Ku minta dia untuk berpaling,
Saksikan juga apa yang ada di sekeliling,
Kerana derita dia bukan kes terasing,
Ramai yang menghadapi isu lebih genting,
Ada yang hari-hari tiada makanan,
Hanya kekadang terima satu-satu suapan,
Itupun sahaja cukup-cukup buat menahan,
Lapar di perut buat masa sebulan,
Ada yang ditimpa kemalangan,
Cacat cela di satu badan,
Tiada kaki tiada tangan,
Sedangkan itu merupakan sumber makanan,
Bukan aku mahu nafi derita yang melanda,
Cuma mahu ajak berfikir seminit dua,
Daripada kita terus merasa sempit di dada,
Baiklah kita mempergiatkan usaha,
Berbekalkan doa pada Yang Esa,
Semua manusia melintasi jalan yang sama,
Jalan yang tidak pernah rata,
Mungkin paku serpihnya berbeza,
Namun semua terpaksa hadap hidup terluka,
Itulah lumrah hidup di dunia,
Lebih banyak duka daripada gembira,
Mungkin kerana dunia ini hanyalah penjara,
Ganjaran sebenar berada di Syurga.
Share this novel