EPILOG

Romance Series 3220

Setahun kemudian…
Rina meninjau-ninjau buku-buku tersusun rapi di rak kedai buku. Berhampiran dengannya, sekumpulan pembaca yang sedang menunggu pelancaran sambungan novel N. Mikah.
“N. Mikah kan dah meninggal dunia? Siapa yang tulis sambungan novel ni?”
“Guna ghostwriter kot.”
“Mesti orang tu rapat dengan arwah.”
“Tapi, serius… berdasarkan teaser, sebijik gaya penulisan arwah!”
Yang lain, angguk setuju.
Rina tersenyum pahit. Dialah yang menyambung legasi arwah suaminya.
“Saya nak tulis kenangan kita. Awak akan tetap subur dalam memori saya. Awak ada dalam ingatan semua orang.”
Itulah kekuatan yang membuatkan Rina meneruskan penulisan itu. Dia mahu mengabadikan Lukman dalam ingatan semua orang. Jujur dikatakan, tersangat sukar dan pahit menukilankan kenangan mereka.

Rina terbangun dari tidur – ternampak Lukman, terus memeluk suaminya. Dia tidur di meja sambil beralaskan tangan. Laptop terbuka. Buku nota terbuka.
Saya tak nak kehilangan. Jangan pergi mana-mana.
Mana saya pergi mana-mana.
Saya nampak awak lemas.
Awak saya hampir lemas. Tapi saya selamat. Orang suruhan mak sempat menghubungi bomba. Kalsum mati.
Rupanya rina menulis kembali perkara lampau namun tertidur. Betul ke dia hanya mimpi.
Sudahlah. Mari kita bertahajud. Doa semoga dijauhkan perkara buruk.

- TAMAT -
26 April 2024

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience