Semenjak sedar dari koma, Rina sering mengulang imbas memori bersama dengan suaminya, Lukman. Erti kata lain, dia terperangkap dalam kenangan atau peristiwa yang pernah berlaku kepadanya sebelum koma. Dia tidak dapat membezakan kenangan lama dengan situasi sekarang. Mindanya seseolah tertinggal pada masa lalu. Noraziah, ibu Rina memberitahu bahawa Lukman meninggal dunia dalam kemalangan itu walhal Noraziah memalsukan kematian menantunya sendiri lantaran benci. Namun, Rina tetap percaya Lukman masih hidup dan sentiasa di sisinya. Rindunya tidak pernah padam.
Update 06 December 2024