BAB 1

Family Completed 377

Hadid menjerit.

Semua terkejut. Ibu berlari-lari mendapatkan Hadid . Abah juga. Haikal dan
Alif semacam terpinga-pinga.

“Kenapa Hadid ?” Ibu memeluk Hadid . Ibu memeriksa seluruh tubuh Hadid . Tiada apa-apa yang tidak elok. Luka misalnya.

“Apa yang dah berlaku Hadid ?” soal abah pula.

“Itu...” Hadid menunjuk ke arah longgokan sampah yang berterabur.

“Isk, siapa pula yang sepah-sepahkan sampah ini? Ibu buat muka geram.
Ibu macam mahu marah. Iyalah, nanti ibu yang kena kemas.

“Haikal ... Alif ... kamu berduakah yang sepah-sepahkan sampah ini?”
soal abah, mencerlung ke arah mereka berdua, bercekak pinggang menunggu
jawapan daripada dua anak lelakinya itu.

“Bukanlah abah. Bukan kami yang buat begitu.”

“Yalah abah, kenapa pula kami nak sepah-sepahkan sampah?”Alif
menambah,menguatkan jawapan abangnya itu.

Abah macam tidak puas hati dengan jawapan mereka. Tapi belum sempat abah
menyambung cakap,Hadid terlebih dahulu berkata. “Ini kerja hantu, ibu ...
abah.”

Ibu, abah, Haikal dan Alif tergamam.

Hantu!

“Ya... hantu.Hantu sampah....”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience