BAB 3

Family Completed 377

Malam.

Kira-kira pukul satu pagi. Mereka di ruang tamu.

Ibu dan abah menemani Haikal dan Hadid . Alif tidur. Mereka sengaja tidak
mengejutkannya.

Berkali-kali Haikal memujuk. Takut benar dia apabila diberi arahan untuk
mengintip hantu oleh abahnya.

Kerana kasihan, ibunya mengajak mereka sekeluarga untuk menemani Haikal.
Lagipun ibu tahu abah hanya bergurau.

KRENGGGG!!!!

TAMMM!!!

Bunyi benda jatuh.

Haikal memandang ibu. Ibu memandang abah. Hadid sudah memegang erat
lengan ibu.

“Biar abah tengok.” Abah beraksi berani.

“Abah ... ambil ini.” Haikal menghulurkan penyapu.

Abah melihat Haikal lama. Namun, penyapu yang diberi Haikal diambilnya.

Abah perlahan-lahan menuju ke dapur. Kelibat abah beransur hilang.

“Hantu!!!!” jerit abah.

Ibu panik. Ibu segera berlari ke dapur, mahu menolong abah.

Haikal dan Hadid mengikut. Rasa takut dibuang. Abah perlu diselamatkan.

“Mana abang...” tanya ibu.

“Itu .... Hantu kucing .... Abah menunjuk ke arah seekor kucing hitam
yang menyelongkar tong sampah. Kucing itu lintang pukang lari.

Abah ketawa.

Ibu mengurut dada.

“Abang ni main-main pula.”

“Rupa-rupanya sampah kita disepah-sepahkan oleh kucing....” Abah membuat
kesimpulan. Tiada hantu sampah. Yang ada kucing yang menyelongkar sampah.

“Tapi bagaHadid a pula kucing boleh masuk ke dalam rumah kita?” tanya Haikal.

“Itu ...” Abah menunjuk ke arah tingkap yang tidak ditutup rapat.

“Aduh ... ibu lupa rapatkan tingkap itu.” Ibu mengakui kesalahannya.

“Jadi tak adalah hantu sampah ya.” Hadid bertanya, sambing memandang ibu
dan abah.

“Ya ... tak ada,” jawab abah, yakin.

“Ha...bukankah abang sudah beritahu. Mana ada hantu dalam zaman fac
whatsApp ni.” Haikal begitu tegas suaranya. Pendapatnya sebelum ini
ternyata benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience