BAB 2

Family Completed 377

“Memang salah Hadid . Hadid yang tidak masukkan sampah ke dalam tong sampah dengan betul. Hadid juga tinggalkan bekas makanan bersepah-sepah.” Hadid bercerita perkara yang telah dilakukan.

“Perbuatan Hadid itu salah. Hadid kena masukkan sampah ke dalam tong
sampah.Hadid juga tak boleh sepah-sepahkan bekas makanan di merata-rata
tempat. Hadid kena buang dalam tong sampah,” nasihat abah.

Ibu menyampuk. “Tapi semua itu tidak memungkinkan adanya hantu sampah.”

Ibu terasa lucu apabila Hadid menerangkan kepada mereka bahawa dia
bermimpi hantu sampah datang dalam mimpinya dan marah-marah atas
perbuatannya membuang sampah di merata-rata tempat. Sebab itulah apabila
Hadid nampak sampah berterabur di kawasan dapur, Hadid terus teringatkan
hantu sampah yang dimimpinya.

Lucu keletah Hadid i Hadid yang berusia empat tahun itu. Namun, ibu dan abah
tidak menzahirkan kelucuan tersebut. Bimbang Hadid terasa dan merajuk.

“Adik, mana ada hantu pada zaman moden ini. Hantu pun dah malas nak
kacau orang.” Haikal yang daripada tadi kelihatan menahan tawa mengusik
Hadid . Ibu meletakkan jari ke mulut, tanda menyuruh Haikal diam.

“Kalau abang tak percaya tak mengapalah. Nanti hantu sampah akan tangkap
abang sebab hari itu Hadid nampak abang buah sampah di merata-rata
tempat,” tutur Hadid .

Haikal terdiam. Ah, nampaknya perbuatannya sudah direpot kepada ibu.

Ibu menjeling penuh makna kepada Haikal. Haikal sengih-sengih. Begitu
juga Alif. Sengih juga.

“Beginilah, apa kata kita mengintip hantu sampah yang sepah-sepahkan
sampah dalam rumah kita. Ah, Haikal malam ini kamu kawal sekeliling
rumah.”Abah memberikan cadangan dan langsung memberikan arahan kepada
Haikal.

“Err... “Haikal tergagap-gagap. “Mak, Haikal takutlah.”

“Eh, tadi bukankah kamu yang kata zaman ini tiada hantu.” Ibu memerli.

“Adoi!” Haikal menepuk dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience