belum sempat mateen bercakap . amira terus keluar dari kereta lalu berlari masuk ke dalam . " eish dia ni . kelam kabut betul pastu tak menyabar . ha sampai dompet pun tertinggal " mateen mengambil dompet amira dan keluar . mateen berjalan secara perlahan untuk menunggu amira patah balik . dia risau amira akan mencari dompet nya akan tetapi kelibat amira tidak pun kelihatan . mateen terus menuju ke pejabat nya
" maaf makcik ida . mira susah kan makcik sangat sangat harini . mikhail pulak tak berhenti nangis " amira mengambil mikhail di dalam peluk kan makcik ida . " eh tak lah , kerja makcik dah habis pun . eh mira balik lah , makcik rasa mikhail tak selesa sangat dah ni " makcik ida mengosok belakang mikhail yang dari tadi menangis . " okay lah makcik . saya balik dulu , terima kasih jaga kan mikhail tadi " amira mengemas barang nya lalu keluar
amira menunggu di bas stop berhampiran tempat kerja nya bersama mikhail . mikhail pulak asyik menangis sahaja , amira memeriksa beg nya untuk mengeluarkan dompet . " eh mana dompet aku ni , aduh tak kan tertinggal kat dalam kereta tuan mateen pulak . eish kena patah balik lah ni , shhh mikhail . ibu ada kat sini " amira mengusap lembut pipi mikhail
Share this novel