BAB 3

Romance Completed 61930

"Sudahlah tu! Turunlah! Nanti kalau kantoi macam mana?! Noah! Kau dengar tak ni?! Aduh budak Sepanyol ni!" Beberapa orang budak lelaki sudah memanggilnya dari arah bawah.

Noah yang sedang berada di atas pokok masih diam. Dia memberi isyarat supaya senyap. Teropong yang dia bawak dari rumah segera di angkat. Ceh. Itu rupanya kerja diorang!

Patutlah Amarra dah berlagak sekarang. Ada kawan baru. Budak baru pindah semalam! Apa nama dia? Fahim kot.

"Turunlah! Nanti kantoi kau skodeng diorang! Noah!!!" Budak lelaki dibawah goncang pokok itu.

"Shhh! Senyap la bodoh! Nanti diorang dengar. Aku tengah tengok apa diorang buat ni! Tengah acah sweet memancing pulak! Patutlah Amarra dah sombong sekarang." Luah Noah dengan nada tak puas hati.

"Itulah kau. Selalu sangat buli dia! Dia pun dah tak nak kacau kau. Kau tengok si Fahim tu? Handsome!" Puji mereka.

Noah jeling tajam. Handsome? Handsome lagi aku! Ini anak melayu darah Sepanyol lah!

"Wey! Kau buat apa doh! Takkan kau nak lastik diorang? Noah!!!" Budak lelaki dibawah sudah separuh berbisik.

"Diam. Aku nak lastik budak bandar tu. Berani dia rampas kawan aku!"

Teropong di lempar ke bawah. Noah ambik lastik kayu yang sudah tergantung pada lehernya. Tepat pada sasaran, dia melepaskan peluru. Tapi bukan mengena Fahim, tapi Amarra! Aduh!

Noah lari turun. Dia bergegas memakai selipar sebelum berlari ke arah parit kecil itu.

"Amar! Kau ok? Berdarah tak?" Tanya Noah sambil membelek dahi budak perempuan itu.

"Kau rupanya! Sakit tau tak?! Kau kenapa tak puas hati dengan aku?!" Marah Amarra sambil menolak kasar budak lelaki yang nampak comot itu.

Dah kenapa dengan Noah? Comot semacam. Peluh dengan lumpur! Sawah padi mana dia terjun?

"Aku tak sengaja. Aku salah sasaran!! Kau, budak baru. Kau buat apa dekat sini? Kau nak mengorat budak gemuk ni eh?" Usik Noah dengan kasar.

Fahim nampak tenang. Dia hanya tersenyum sebelum mengangguk kepala.

"Aku nak jadi kawan dia. Kau pulak? Nak kawan dengan aku?" Fahim hulur tangan.

"Tak naklah! Aku kawan dengan Amarra je. Amar! Jom main lastik nak? Aku bawak lebih harini?" Ajak Noah sambil menarik tangan Amarra.

Budak perempuan itu menolak perlahan. Pelik. Kenapa dengan Noah harini? Tak pernah-pernah cakap baik dengan dia, buang tebiat?

"Kau kenapa? Seram doh. Mesti kau nak kenakan aku masa mengaji nanti kan?" Tebak Amarra yang sudah faham benar dengan sikap nakal Noah.

"Tak baik kau tuduh aku! Aku kawan kau kot? Kenapa kau nak lebihkan budak baru ni daripada aku? Kau tu, dahlah gemuk, hitam, dia mana nak kawan dengan kau?"

"Eyy, kau ni mulut!"

Amarra luku kepala Noah dengan kuat. Mengaduh sakit budak lelaki itu. Wajah comot Noah dia pandang. Bebola matanya sangat cantik. Berwarna ash grey. Sekali pandang pun tak nampak macam orang melayu.

"Sudahlah. Baik kau mintak maaf dengan dia," ujar Fahim dengan tiba-tiba.

"Kenapa pulak aku nak kena mintak maaf? Aku salah sasaran je! Bukannya ada niat betul pun!" Bentak Noah, tak puas hati.

"Dia perempuan, kau lelaki. Tak boleh ke kau mengalah sikit dengan dia? Kau ni kenapa? Tak padan dengan pendek, cakap kuat-kuat!" Balas Fahim yang sudah geram.

"Aku geram betullah dengan orang yang panggil aku pendek!!" Noah tumbuk muka budak baru tu.

"Noah!! Sudah!!! Sudah!!!!" Jerit Amarra yang cuba meleraikan mereka berdua.

"Kau ingat aku takut? Meh sini. Tak padan dengan pendek!!"

"Kurang ajarlah dia ni!!!"

Amarra tarik tangan Noah dengan kuat. Risau dengan budak lelaki itu. Noah kalau marah memang tak boleh di kawal. Fahim sudah tercungap-cungap kepenatan. Mukanya lebam dek tumbukan daripada Noah.

"Noah! Sudahlah tu! Janganlah bergaduh. Kau ni, sehari tak buat masalah tak boleh?!" Marah Amarra.

Noah diam sejenak sebelum mula menangis. Dia menekup matanya.

"Kau kenapa menangis?!" Tanya Amarra yang sudah panik.

Sakit ke?

"Kaulah! Jahat. Dapat kawan baru, kau terus tinggal aku. Aku nak kawan dengan kau, huwaaaaa!" Noah menangis sekuat hati.

Amarra garu kepala. Dia menampar kuat bahu Fahim.

"Kau pun satu, dah tahu dia muda lagi, tak boleh mengalah sikit? Dia baru darjah empat! Kau tu darjah enam! Kalau bonda keronyok kita nanti, mati!" Marah Amarra lagi.

Fahim sudah mencuka. Balik-balik dia yang kena. Niatnya hendak berkawan dengan Amarra sudah di salah erti. Yang dia tahu, mereka berdua memang rapat. Noah akan mengikut ke mana saja Amarra pergi. Cuma harini Amarra sudah berjanji mahu memancing dengan dia. Sekarang? Haish. Ikan ke mana, pancing ke mana.

"Dah. Dah. Jangan nangis. Budak handsome, mana boleh menangis? Sakit dekat mana?" Amarra lap hingus yang mengalir di hidung Noah.

"Aku tak suka kau ada kawan lain. Kau kawan aku. Huuuuu," Noah menangis lagi.

Budak perempuan itu mengeluh perlahan.

"Noah, sampai bila-bila pun, kau tetap kawan aku. Tapi kau kenalah belajar cari kawan lain jugak. Semua orang nak kawan dengan kau tau? Dah, jangan nangis. Jom aku hantar kau balik? Nak naik basikal aku tak?" Pujuk Amarra dengan lembut.

Noah hanya mengangguk. Dia membiarkan budak perempuan itu mengelap wajahnya dengan belakang lengan baju. Tidak lama selepas itu, Amarra mengambil basikalnya yang di letakkan di tepi semak. Warna pink.

"Fahim. Aku hantar dia kejap. Kau tunggu sini eh?"

"Ok. Hati-hati."

Kayuhan agak perlahan. Noah di belakang hanya diam tanpa suara. Amarra pelik. Dah kenapa dengan budak ni?

"Noah, kenapa diam? Kau sakit dekat mana-mana ke?" Tanya Amarra.

"Aku tak sukalah kau kawan dengan dia." Luah Noah yang sudah cemberut.

"Siapa?"

"Budak tadi tu."

"Oh, Fahim?"

"Tak kisahlah siapa nama dia."

Basikal Amarra semakin laju di atas jalan. Pegangan erat pada hujung baju terasa. Noah. Nampaknya dia masih takut kalau naik basikal.

"Janganlah tinggal aku. Kau kan kawan aku? Kau kena ada dengan aku." Ujar Noah.

Amarra senyum comel.

"Aku bukannya budak pandai, Noah. Aku kan lembab, gemuk, hitam, aku duduk dekat kampung ni je. Silap haribulan, kau yang pergi jauh tinggal aku." Balas Amarra dengan tawa.

"Kalau aku pergi jauh belajar, kau tunggulah aku. Nanti kalau aku dah besar, kita boleh kahwin!" Ujar Noah dengan selamba.

Amarra ketawa kuat. Bergegar basikal dengan tawanya.

"Tapi aku tak suka budak-budak nakal macam kau. Aku suka ustaz! Kau boleh jadi ustaz?"

"Kalau kau nak, aku boleh jadi ustaz! Kau suka aku tak, Amarra?"

Budak perempuan itu masih ketawakan dirinya.

"Sudah-sudahlah berangan, pendek! Kau tu budak lagi, apa yang kau faham pasal rasa suka dengan cinta ni? Suka hati ajak orang kahwin!" Ujar Amarra bersahaja.

Noah cebik bibir. Salah ke apa dia cakap? Tak faham dengan orang macam Amarra. Masa depan? Masa depan tu macam mana ya? Fikirnya sendiri.

Pagi itu, Amarra menghantar dia pulang dengan selamat. Tidak cukup dengan itu, mereka makan tengahari bersama-sama bonda. Dalam diam, Noah masih fikirkan apa yang Amarra cakap tadi.

Ustaz? Dia suka lelaki yang jadi ustaz?

*****

DIA ketawa seorang diri. Terhinjut bahunya menahan tawa. Beberapa pasang mata memandang pelik padanya.

"Ehem! Ustaz Noah, ada apa-apa yang kelakar ke dekat sini?" Tanya guru besar sekolah itu.

Minit mesyuarat saat akhir sebelum pulang. Tengah sibuk dia beri penerangan, ustaz muda itu boleh pula ketawa tiba-tiba. Entah apa yang lucu.

"Allah, maaf. Maaf. Saya teringat sesuatu..maafkan saya cikgu," ucap Noah sambil menggaru kepala.

"Teringat sesuatu ke..teringat mata hati?" Usik guru besar.

"Takdala, cikgu. Saya mana ada mata hati!" Dalih Noah sambil ketawa.

Kesemua guru nampak tertarik dengan jawapan dari Noah. Dia pula hanya tersenyum sebelum ketawa.

"Tadarus Al Quran untuk bulan Ramadhan nanti, kita adakan awal sehari. Senang sikit untuk budak-budak buat persiapan yang mana perlu. Kita akan bahagikan kepada dua kumpulan. Lelaki dan perempuan. Macam biasa, ustaz Noah dan ustazah Heliza akan take over. Ada apa-apa soalan?" Soal guru besar.

"Saya rasa tak dapat nak handle budak-budak tadarus tahun ni. Sebab saya mengajar sesi petang Ramadhan nanti. Saya rasa ustazah Heliza boleh handle semua. Kalau perlu, boleh suruh ustaz Mahmud." Jelas Noah.

"Betul jugak. Awak kena masuk sesi petang bulan Ramadhan nanti kan? Tahun ni jadi imam terawih lagi, ustaz?"

"Insha Allah. Saya on je kalau imam suruh."

Beberapa helai kertas di edarkan. Mereka semua hanya membelek tanpa suara.

"Saya rasa tajuk kalini macam tak sesuai untuk aktiviti sempena Ramadhan. Takkan nak masukkan nyanyian dalam bulan mulia? Kalau nasyid tak apa jugak." Ustazah Heliza sudah bersuara.

"Aah, saya tersilap rasanya tu. Nanti kita tukar kepada nasyid dan qasidah. Ustazah Heliza, nanti minggu kedua jangan lupa bawak budak-budak masuk masjid. Untuk aktiviti gotong-royong sebelum berbuka." Jelas guru besar.

"Baik,"

Mesyuarat tamat pada jam empat petang. Noah hanya mengemaskan mejanya sebelum berangkat pulang. Beg laptop di sangkut pada bahu. Noah mencapai helmet sebelum berjalan turun ke tingkat bawah.

"Yasin?" Sapanya.

Budak lelaki itu masih menunggu dengan wajah keruh. Masam mencuka. Jam begini, kenapa belum balik?

"Kenapa belum balik? Awak tunggu siapa?" Tanya Noah sambil mengusap pipi tembam Yasin.

"Kakak lambat lagi. Mesti basikal rosak atau kakak terlupa. Dah lama Yasin tunggu tau!" Rungut nya dengan perlahan.

"Balik dengan ustaz nak? Naik motor. Jom, ustaz hantarkan ke rumah." Ajak Noah.

Yasin sudah teruja. Dia berjalan mengekori langkah ustaz muda itu sebelum membonceng motosikal bersama. Noah hanya membonceng dengan perlahan sehingga sampai ke rumah Amarra. Kepalanya digeleng melihat meriam buluh yang sudah berkilat.

"Yasin, kakak awak jual semua meriam buluh ni ke?" Soalnya.

"Ya, jual. Demi kelangsungan hidup kami bertiga. Dulu akak kerja kilang tapi asyik tak datang kena buang. Lepastu nak dapat kerja sekarang semua susah. Sebab orang kampung selalu cakap kami ni anak penghutang. Diorang takut ada ah long datang cari. Kakaklah yang berkorban banyak benda. Kenapa ustaz tanya?" Yasin masih menjawab dengan senyuman.

"Saja nak tahu. Bertiga? Ustaz nampak kamu berdua ja?" Noah memandang sekeliling rumah usang itu.

"Adik saya dekat hospital. Sakit kanser, dia tak boleh balik rumah. Kalau hujung minggu kami selalu ziarah dia dengan abang Fahim." Cerita Yasin lagi.

Noah turun daripada motor. Fahim, Fahim. Tak sudah-sudah mereka menyebut nama yang sama. Mungkin betul, banyak pertolongan yang Fahim dah buat pada keluarga kecil ni. Meriam buluh yang agak kecil dia pandang. Keinginan Noah bergolak.

"Yasin, kamu tahu main meriam?" Tanya Noah sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

"Tahu! Ustaz nak try? Ada lighter?" Yasin sudah sengih.

Alang-alang Amarra tiada, baik dia gunakan peluang yang sedia ada. Dah berapa lama dia teringin nak main?

"Ustaz merokok ke?" Soal Yasin sebaik saja ustaz muda itu mengeluarkan pemetik api daripada poket seluar.

"Ish kamu ni, ke situ pulak. Ustaz guna lighter untuk latihan kebakaran tadilah. Ustaz tak merokok!" Jelas Noah dengan yakin.

Yasin seakan tidak percaya. Dia menarik Noah supaya duduk di hadapan meriam buluh itu. Sebenarnya dia pun tak pandai, hentam sajalah.

Bom!!

"Noah Al Kasyaf!!!!!"

Suara amukan Amarra sudah berdentum kuat. Laju saja Noah menarik Yasin supaya bangun berdiri. Gadis itu sudah bercekak pinggang dengan wajah garang seperti singa kelaparan. Pelik, dari mana dia muncul?

"Korang buat apa ni, hah? Astaghfirullahalazim! Yasin!! Tengok apa kau dah buat dekat ustaz Noah!!" Ujar Amarra dengan nada marah.

Wajah yang comot dengan kesan hitam dipandang. Yasin ketawa mengekek. Dah kenapa muka ustaz?

"Jangan nak sengih macam orang tak siuman! Dah kenapa main meriam depan rumah saya? Ustaz nak bagi terbakar satu rumah?!" Marah Amarra sambil merampas lighter dari tangan adiknya.

"Tak salah mencuba perkara baru. Saya cuma menguji ketahanan meriam buluh awak. Hebat rupanya. Patutlah kerajaan haramkan." Balas Noah dengan lembut.

Dia hanya tersengih sebelum selipar gadis itu mendarat ke muka.

Pap!

Hampeh punya Amarra. Tak kasi chance langsung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience