Ustaz Rahim menggeleng kepalanya berulangkali. Seakan tidak dia sangka. Harini pun, budak perempuan itu memakai baju yang sama. Baju melayu merah dengan kerudung bulat yang menutupi kepala.
"Amarra! Berapa kali ustaz nak cakap? Kamu tu perempuan, kena pakai baju kurung! Kenapa pakai baju melayu jugak harini?" Tegur Ustaz Rahim.
Amarra hanya diam sambil mengigit bibir. Dia tidak menjawab. Hanya diam tanpa suara. Pelajar lain sudah ketawa mengekek.
"Kamu perempuan, kena pakai baju orang perempuan. Bukannya pakai baju melayu. Siapa yang ajar kamu? Kamu ikut siapa pulak kalini?" Soalnya.
"Noah," jawab Amarra yang sudah mahu menangis.
Ustaz Rahim meraup muka. Noah di sebelah kanan sudah ketawa mengejek. Budak lelaki yang baru sahaja berpindah ke kampung mereka bulan lepas. Budak lelaki kacukan Sepanyol itu memang nakal. Selalu saja kenakan kawan-kawan nya yang lain.
"Noah! Kenapa kamu suruh dia pakai baju melayu?" Tanya Ustaz Rahim.
"Sebab dia kasar macam lelaki, ustaz! Memang patutlah kan suruh dia pakai macam kami? Baru rare!" Jawab Noah dengan selamba.
Kopiah senget di biarkan. Dia hanya menjelirkan lidah sebaik saja melihat Amarra menjeling tajam.
"Tak baik buat kawan kamu macam tu, Noah. Kamu ni, dari awal kamu sampai dah macam-macam masalah kamu buat! Besar nanti nak jadi apa?"
"Jadi ustaz!"
Semua ketawa mendengar jawapan Noah. Budak lelaki nakal begitu mahu jadi ustaz? Haih, tak salah dengan angan-angan tapi ni dah macam mustahil!
"Dah. Mula mengaji semua. Siapa nak baca dulu?" Soal Ustaz Rahim.
Noah sudah membawa Al Quran ke hadapan. Ya, antara kesemua pelajar, hanya dia yang sudah mula membaca Al Quran. Yang lain masih lagi dengan Iqra masing-masing. Ada kelebihan di sebalik kenakalan yang dia sering buat.
Bacaan Noah sangat merdu. Dia mampu menukar cara bacaan dalam sekelip mata. Bak kata orang, takkan menyangka dia antara yang paling nakal di sana. Semua mata tertumpu pada budak lelaki itu. Noah, budak lelaki berumur sepuluh tahun yang nampak cerdik dan cergas.
Amarra hanya memerhati. Dia kagum dengan bacaan Noah. Jadi sebab itu dia mahu berkawan dengan budak lelaki itu. Tapi apa yang dia dapat? Noah selalu kenakan dirinya.
"Alhamdulilah. Bagus. Besok datang lagi, kita masuk surah baru. Yang lain? Amarra! Sini." Ustaz Rahim sudah memanggil.
Terketar-ketar Amarra membawa Iqra ke hadapan. Dia membetulkan duduk sebelum mula membaca.
"Amarra, tho bukan dho. Jangan salah lagi. Ingat bacaan kamu. Lambat tak apa, jangan takut." Tegur Ustaz Rahim dengan lembut.
Budak perempuan itu mula membaca lagi. Tergagap sehingga salah berulangkali.
"Zho, bukan dho. Itu kan lain? Amarra fokus. Pandang sini. Jangan asyik tenung Noah je! Amarra! Amarra!"
Amarra gigit bibir. Tidak sudah-sudah dia yang salah. Kenapa hanya dia yang selalu lambat dalam menghafal? Ah, malu. Malu bila semua kawan-kawan mentertawakan dia.
"Astaghfirullahalazim! Zho, Amarra. Bukan dho. Salah lagi kamu ni. Tak apalah. Ulang semula semua ok? Balik nanti baca lagi, besok ustaz panggil kamu lagi ya?" Ustaz Rahim masih dengan senyuman.
Beberapa orang budak lain sudah mengambil giliran untuk membaca. Amarra membelek Iqra kesayangan nya sebelum dia menjerit ketakutan.
"Astaghfirullahalazim! Kenapa pulak tu?!" Soal Ustaz Rahim.
Seekor cicak plastik sudah melekat dalam Iqra itu. Noah ketawa. Berjaya lagi dia harini. Amarra, gadis polos yang tidak banyak bercakap. Umur saja dua belas tahun tapi agak lembab baginya.
"Kau kenapa?! Kau sengaja nak malukan aku kan?!" Marah Amarra yang sudah bangun berdiri.
"Relax ah. Aku gurau je kot? Kau kecoh apasal?" Balas Noah bersahaja.
Risau. Amarra sudah menitiskan airmata. Takut sangat ke dia?
"Hey pendek! Kau sini! Kau kalau tak puas hati sangat dengan aku, cakap!!" Amarra lempar beg galas tepat ke muka budak lelaki itu.
"Apa kau panggil aku? Hey! Kau tu, dah besar gemuk macam gajah pun tak pandai ngaji! Lembab!" Ejek Noah sambil tertawa.
"Kau!!"
Amarra sudah menarik rambut Noah dengan kuat. Terjerit budak lelaki itu menahan sakit. Ustaz Rahim sudah bangun menahan keduanya. Tidak cukup dengan itu, Noah pula membalas perbuatannya. Habis tudung Amarra di tarik sehingga terkoyak.
"Ya Allah budak-budak bertuah ni! Sudah!! Amarra! Noah! Kamu berdua ni kenapa? Selalu sangat bergaduh! Nak ustaz rotan?!" Marah ustaz Rahim yang sudah hilang sabar.
Keduanya berhenti. Masing-masing tidak berhenti menjeling tajam antara satu sama lain.
"Sekarang kamu berdua pergi berdiri dekat tengah panas sana! Jangan datang selagi ustaz tak suruh!"
"Tapi ustaz.."
"Jangan banyak alasan! Pergi cepat!"
Noah menampar lengan budak perempuan itu. Isyarat supaya berhenti menjawab dan menurut. Mereka berdua berdiri di hadapan pintu masjid. Panas. Cahaya matahari sangat terik pada hari ini. Amarra hanya diam. Dia membetulkan rambut yang sudah terkeluar dari celahan kerudung.
Noah mengibas muka sendiri. Kulitnya kemerahan. Ya. Dia..sangat putih. Tak macam budak-budak lelaki lain dekat kampung ni. Budak bandarlah katakan.
"Sebab kau, kita kena denda. Aku benci kau!" Ujar Amarra dengan tiba-tiba.
Noah mencebik.
"Kau ingat aku suka? Aku lebih rela duduk dekat parit sana daripada terpaksa berdiri dekat sini dengan kaulah! Dasar gemuk!" Balas Noah.
Puas. Dia puas. Tawa Noah mati sebaik saja dia melihat Amarra yang sudah menangis teresak-esak. Aduh, apa lagi?
"Kau ni, sikit-sikit nak nangis! Kau kenapa? Kau dah besar kot?" Sindir Noah.
"Kaulah! Selalu cakap aku gemuk! Aku tahulah aku buruk, tak payahlah hina aku!" Amarra menangis teresak-esak.
Ya, dia hitam. Gemuk. Tak pandai. Sebab tulah ramai yang tak nak kawan dengan dia. Tapi penghinaan Noah jauh lebih sakit. Terus cakap straight je!
"Kau ni, aku gurau je kot? Sebab kau cantiklah aku tak bagi kau pakai baju kurung! Nanti budak lelaki lain pandang kau," gumam Noah sendiri.
Masalah betul. Tak faham-faham. Kenapa agaknya dia mahu berkawan dengan Amarra kalau bukan ada sebab lain? Budak perempuan tu je yang tak faham!
"Buruklah kau nangis. Kau dahlah dah buruk, tambah buruk lagi." Ejek Noah.
"Biarlah!!!" Marah Amarra sambil mengelap airmata.
Noah ketawa perlahan. Dia mencuri pandang Amarra yang sedang mengelap hingus. Budak perempuan itu sebenarnya comel dengan kulit hitam manis nya. Dia sukakan Amarra walaupun budak perempuan agak pendiam.
"Amarra, kalau aku cakap aku suka perempuan gemuk macam kau..kau percaya tak?" Soal Noah.
"Kau..serius ke?" Amarra sudah malu-malu.
"Mestilah tak!!!" Noah ketawa lagi.
Kalini tawanya lagi kuat. Dia memegang perut sendiri yang sakit kerana banyak ketawa. Amarra hanya menahan geram. Dia mengambil selipar seraya memukul budak lelaki itu.
"Sakit! Woii! Are you crazy?! Hey!!" Noah sudah berlari menyelamatkan dirinya.
Budak perempuan itu masih mengejar dari arah belakang. Noah hanya tersenyum. Tidak pernah dia sangka, berpindah ke Malaysia adalah satu pilihan terbaik. Malah, dia semakin sukakan kampung ini.
"Hah! Bergaduh lagi! Orang cakap kalau asyik gaduh masa kecik, besar nanti berjodoh!" Laung Ustaz Rahim dengan niat mengusik mereka.
"Eii, tak kuasalah saya nak suka budak perempuan gemuk ni. Baik saya cari budak perempuan lain yang lagi cantik. Lagipun siapa je nak kau?" Luah Noah, selamba.
"Aku benci kau! Aku benci kau!" Amarra masih memukul badan budak lelaki itu.
Noah sudah pasrah. Dia biarkan saja Amarra melepaskan segala geram.
"See? Ustaz nampak, dia benci saya. Saya pun tak suka dia." Jelas Noah dengan nada sinis.
"Kamu yakin, Noah? Ustaz nampak macam lain je?" Usik Ustaz Rahim.
Kening Noah berkerut kening sendiri. Amarra sudah kepenatan. Budak perempuan itu sudah termengah-mengah mencari nafas.
"Amarra, kau suka aku ke?" Soalnya, ingin tahu.
Pak!
Dahi nya ditampar kuat. Noah jatuh terduduk. Ya, perbezaan ketinggian buatkan dia nampak kecil di mata budak perempuan bernama Amarra itu.
"Kau kenapa? Sakitlah!!" Rungut Noah dengan nada tak puas hati.
Pelajar lain sudah ketawa. Mereka semua sudah lali dengan pergaduhan mereka. Siapa lagi yang suka cari pasal kalau bukan Noah?
"Budak lelaki pendek macam kau, siapa je yang nak? Pendek!!"
"Woii!!"
Noah yang mahu marah sudah batalkan niatnya. Dia terpana melihat senyuman Amarra yang sedang tertawa halus.
Cantiknyaaa..!!
Dia rasa, dia dah jatuh cinta. Tapi cinta monyet lah. Yeke? Apa ja budak seperti dia faham tentang rasa cinta dan suka? Entahlah. Dia cuma tak dapat alihkan pandangan matanya dari terus terpukau dengan keindahan di hadapan mata.
Sah, mata dia dah rosak. Budak perempuan gemuk, hitam macam ni pun dia suka? Kau dah gila, Noah. Loco.
Share this novel
tumpang
hallo kk author salam knal ya