Hujan lebat turun membasahi bumi sejak pagi, mencipta suasana yang kelam dan syahdu. Tanpa sedar, pertunangan antara Faid dan Zizah sudah pun menjangkau lima bulan.
Walaupun masih baru, hubungan mereka cukup disenangi oleh masyarakat sekeliling bagai pinang dibelah dua, walau kehidupan mereka berbeza latar.
Faid yang sederhana dan tenang berjaya menawan hati Zizah, anak kepada pasangan berpengaruh, Tan Sri Syahmi dan Datin Kaila.
Meskipun banyak pilihan di hadapan, Zizah tetap memilih Faid lelaki yang pernah melalui badai hidup, dan yang kini menjadi tempat dia berteduh.
“Hi, morning Mami!” Zizah bersuara ceria sambil menuruni tangga.
Langkahnya ringan, berlari anak menuju ke arah ibunya yang sedang memerhati bibik mengalihkan pasu bunga ke sudut baru di halaman dalam.
“Hey, morning sayang... Awal bangun, nak ke mana tu? Hujan pula lebat dekat luar ni.” tegur Datin Kaila sambil memeluk puterinya seketika.
“Nak keluar beli cincin... Tapi dari tadi hujan tak berhenti. Zi rindu Faid, Mami...” jawab Zizah sambil mencium pipi ibunya manja.
“Rindu, ya? Faid tak ke mana pun, Zi. Sayang betul dengan tunang tu...” usik Datin Kaila, memuncungkan bibir.
“Hehe... Dialah satu-satunya lelaki yang berjaya buka pintu hati Zi. Tak ada orang lain dah, Mami,” ujar Zizah yakin.
“Sebab tu Zi takkan lepaskan Faid pada sesiapa pun,” tambahnya lagi sambil berjalan ke arah pintu gelangsar, memerhati hujan yang terus mencurah.
“Habis tu... Sofia dengan keluarganya macam mana? Semuanya okey ke?” Datin Kaila menepuk perlahan belakang anaknya.
“Hm... entah. Papi kata jangan ganggu mereka lagi. Papa Sofia dah muflis... teruk sangat katanya,” jawab Zizah, pandangannya tertumpu pada kolam renang yang kelihatan suram ditimpa hujan.
“Papi you tu tak suka bergaduh atau timbul masalah. Kita ni keluarga berpengaruh, Zi. Tak elok kalau you terus ungkit hal lama. Lagipun, itu cerita lalu...” pujuk Kaila lembut.
“Heh... Mami lupa ke apa yang Sofia dan keluarganya buat pada Faid tahun lepas? Faid hampir bunuh diri sebab mereka, Mami. Zi tak boleh maafkan semua tu,” nada suara Zizah menjadi sayu dan marah dalam satu masa.
“Sudahlah, Zi... Tak elok berdendam,” balas satu suara dari belakang. Tan Sri Syahmi menghampiri mereka berdua, wajahnya tenang namun jelas prihatin.
“Diorang mungkin dah insaf, Zi. Lepaskanlah...” tambahnya lagi.
“No, Papi! I takkan puas hati selagi Sofia tak terima akibatnya. Dia tak boleh ganggu hidup Faid lagi!” Zizah bercekak pinggang, wajahnya keras.
Kaila mengeluh berat.
“Sampai bila, sayang?”
“Sampai Sofia sedar dan berhenti ganggu kami,” jawabnya dengan geram. Giginya diketap, matanya masih merenung ke luar.
Melihatkan ketegasan Zizah, pasangan suami isteri itu berlalu pergi, meninggalkan anak mereka sendirian di situ.
Zizah tersenyum sinis. “Well... permainan kita sudah mula. Aku akan pastikan kau merana, Sofia. Tunggu masa kau...”
Di sebuah rumah usang, jauh dari kemewahan yang pernah mereka nikmati, Kamal membuang beberapa beg lusuh ke dalam ruang tamu yang sempit. Kehidupan mereka berubah 360 darjah selepas kejatuhan syarikat.
Tiada lagi kereta mewah, rumah banglo, atau pakaian berjenama.
“Papa! I tak suka hidup macam ni. Papa tolonglah cari kerja!” bentak Sofia lantang.
“I dah lama tak keluar makan angin... dan sekarang phone I pun kena jual nak bayar sewa rumah buruk ni! Arghh stress!” tangannya menekup wajah sendiri, menggambarkan tekanan yang semakin menggila.
“Semua ni salah Papa! Seronok sangat hancurkan hidup orang! Huh, puas hati?” Sofia menjerit marah. Kamal hanya mengeluh, geram tapi tidak mampu bersuara panjang.
“You ingat I nak semua ni jadi? I buat semua ni sebab lelaki tu... Jantan mandul tu! Dia yang patut tanggung semua ni!” Sofia bersuara sinis, membersihkan sofa buruk dengan tisu sebelum duduk bersilang kaki.
Kamal bangun, kecewa.
“Sofia! Apa yang kau buat selama ni semua tak guna otak. Kau ikut perangai siapa? Arwah Mama kau tak macam ni!”
“Tak ikut siapa. Memang I macam ni,” jawab Sofia selamba. Matanya menjelajah rumah yang dipenuhi habuk. “Euw... Apa bau ni? Busuknya! Huwerkk!”
“Berlagak tak kena tempat!” Kamal menggeleng kepala perlahan.
“Papa tak rasa ke bau ni? Hidung Papa rosak ke? Kena COVID ke apa?” Sofia terus keluar dengan langkah jengket, geli melihat lantai berhabuk.
“Bibik! Panggil bibik cepat bersihkan rumah ni!” jeritnya dari luar.
“Bibik? Kau ingat ni rumah Dato’? Huh!” Kamal menjeling tajam.
“HUWERKK! Busuk!!!” Sofia sempat memijak kaki Kamal sebelum berlalu pergi dengan jijik.
Pertemuan yang Ditentukan
Di satu bangunan pejabat yang megah, Kamal berdiri terpinga-pinga. Matanya menjelajah ruang mewah di sekeliling. Dia tahu, ini adalah pejabat Faid lelaki yang dahulu hampir menjadi menantunya.
“Ni ke pejabat dia? Besar gila...” Kamal berbisik pada dirinya, masih tidak percaya.
Zizah telah menghubunginya pagi tadi, meminta dia hadir. Katanya, ada hal penting perlu dibincangkan.
Sementara itu, di dalam bilik pejabat yang eksklusif, Faid berdiri tegak di hadapan tunangnya.
“Baby... Betul ke semua ni? You serius nak buat macam ni?” Faid menggenggam bahu Zizah.
“Yes, I memang nak benda ni jadi. Kenapa? You kesiankan ex-bapak mertua you ke?” balas Zizah tajam, menolak tangan Faid.
“Baby... What’s all this?”
“Hehe... I nak you kahwin dengan anak dia,” jawab Zizah, duduk bersilang kaki di sofa dengan angkuh.
“No! Baby, no! I takkan buat benda bodoh macam tu!” Faid meninggi suara, jelas kecewa.
“Tengok tu... Sekarang baru I nampak siapa you sebenarnya. You tak ikhlas dengan pertunangan ni, kan?” suara Zizah semakin dingin.
“Baby, dengar sini. I...”
“Stop it! You hanya pura-pura cintakan I, kan?” Zizah menyilang tangan, pandangannya menikam.
“Baby! Jangan main-mainkan I macam ni!” Faid mula hilang sabar.
Tok! Tok!
“Coming...” Zizah kekal duduk, tubuhnya kaku.
Pintu terbuka.
Faid terundur satu langkah bila wajah Kamal muncul di balik pintu. Benar tekaan Zizah lelaki itu akhirnya tiba.
Pertemuan lama yang belum selesai kini bakal membawa kepada satu percaturan yang lebih besar.
Share this novel