Sofia tergamam.
Tangannya kaku memegang kad kredit yang baru sahaja diserahkan semula oleh juruwang. Wajahnya berkerut, dan matanya membulat tidak percaya.
“Maaf, Miss. Kad ini memang tak boleh digunakan,” ujar juruwang itu perlahan.
Sofia mengetap bibir, lalu mencuba dua lagi kad.
“Tak mungkin! You jangan main-main dengan I.”
Juruwang kedua yang memerhati dari kaunter sebelah mencelah.
“Maaf, Miss. Ketiga-tiga kad... ditolak.”
Jannah dan Dayah yang menemani Sofia, berpandangan sesama sendiri. Malu. Canggung.
Kesian pun ada.
Tiba-tiba, suara nyaring seorang wanita di belakang mereka meledak.
“Hey! Cepatlah sikit! Orang lain pun nak bayar. Kalau tak ada duit, jangan berlagak. Dasar miskin!”
Wanita itu menolak bahu Sofia ke tepi. Terpinga, Sofia berpaling.
“Hey! Jangan sentuh I sesuka hati!” Dia mahu membalas, tetapi Jannah cepat-cepat menolaknya keluar dari butik.
“Dahlah tu, Sof. Mungkin Papa kau lupa bayar bil. Jom keluar dulu.”
Sofia menggeleng keras.
“No way. I nak call Papa sekarang.”
Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Kamal. Degupan jantungnya kencang. Malu bercampur marah.
Tut...
Tit...
“Hello, Fia? Ada apa? Papa tengah meeting ni.”
“Papa! Kenapa you sekat kad I?! I malu, tahu tak? Semua orang tengok!”
Kamal menarik nafas panjang.
Dia berdiri meninggalkan bilik mesyuarat, memicit dahinya.
“Sebab Papa tak nak kamu membazir, Fia. Syarikat kita tengah susah. Banyak pelabur tarik diri, termasuk Seri Zizah.”
Sofia mendengus.
“So? Nak salahkan I lah ni? I tak kira. I nak balik duit jajan I. Kalau tak... memang siap Papa nanti!”
Tanpa menunggu jawapan, Sofia mematikan talian.
Di bilik mesyuarat, Kamal kembali ke tempat duduknya.
“Dato’, kenapa muka tension sangat tu?” Zafrul menegur lembut sambil menepuk bahunya.
“Sofia... bising sebab I sekat duit belanja dia. Ugut I macam-macam. Kerja tak mahu, asyik membazir.”
Zafrul mengangguk. “Mungkin sebab Seri Zizah tarik diri. Saya dengar dia ada orang dalam yang kuat.”
Kamal termenung sejenak.
“Ya... Faid. Budak tu sekarang kerja dengan dia. Tak sangka budak yang dulu kita pijak, sekarang berdiri lebih tinggi.”
Kamal menghela nafas. “I ingat nak jumpa budak tu. Puji dia, rayu dia pujuk Zizah supaya kembali melabur dengan kita.”
Belum sempat Zafrul membalas, suara tapak kaki bergema dari arah pintu.
“Sejak bila you tahu Faid dah berjaya, Dato’?” Zizah melangkah masuk, anggun dan tegas. Rambutnya disisir sempurna, langkahnya bagaikan catwalk.
Kamal sedikit gugup.
“Erk... maaf, Seri. Saya lancang tadi.”
Zizah tersenyum sinis.
“Don’t butter me up. Kalau you nak sangat teruskan syarikat ni, jual pada I. Jangan buang masa.”
“Tapi ini satu-satunya syarikat I, Seri... Tolonglah jangan hina I begini.”
Zizah menyilangkan tangan.
“I datang memang nak beli. Tapi kalau you tak sudi, takpe.”
Pintu kembali terbuka.
Faid melangkah masuk bersama dua pengawal peribadi Zizah.
“Baby...” katanya sambil menghampiri Zizah.
“Hi, Yunk.” Zizah mencium bibir Faid tanpa malu.
“Dato’, kenalkan. Ini lelaki ‘tak guna’ yang you pernah hina dulu. Sekarang... dia bakal suami I.”
Kamal terkesima.
“Biar betul...? Tapi Faid mandul...”
Faid memeluk Zizah lebih erat.
“Mulut you dan anak you sama jahat, Dato’. Sebab itu kejayaan korang tak kekal lama. Tak sedar diri.” Zizah hampir meletup marah.
Faid menenangkan.
“Jom, Yunk. Kita tengok syarikat ni. Mungkin senang nak buat takeover terus.”
Mereka meninggalkan bilik mesyuarat dengan penuh gaya. Kamal terduduk, memandang lantai.
“I malu, Zafrul... Ini semua salah Sofia.”
bersambung...
Share this novel