Episode 37: Bila Hati Mula Berdetik Semula

Mature Content Completed 153819

Dua tahun kemudian…

Zayn sudah pandai bercakap. Walau pelatnya masih comel, tetapi satu perkataan yang paling jelas keluar dari mulut kecil itu ialah,

“ayah”

Faid Azhari tidak pernah gagal hadir ke tadika Zayn setiap Jumaat. Bukan sekadar ambil dan hantar, tapi duduk sekali waktu ‘parent storytime’. Cikgu tadika pun dah mesra dengan lelaki itu.

Zizah kini kembali mengurus empayar perniagaannya dengan penuh gaya. Bukan lagi CEO yang berlembut, tapi ikon wanita progresif yang masih punya prinsip dan harga diri.

Namun begitu, sesuatu dalam hatinya… mula berganjak.

Bukan kerana Faid memujuk.

Tapi kerana Zayn selalu sebut nama itu dengan bangga kerana Zayn mula memanggil,

“Mama, kita makan dengan ayah boleh?”

Dan hati ibu mana yang mampu menolak permintaan anak lelaki satu-satunya?

Suatu malam hujung minggu, di rumah Datin Kaila

Zizah duduk di sofa, mendukung Zayn yang baru lepas mandi. Wajahnya bersih, rambutnya lembap. Faid muncul dari dapur, sambil membawa semangkuk bubur kegemaran Zayn.

"Dia dah mengantuk," ujar Zizah perlahan.

Faid duduk bertentang mata dengan anak dan ibu.

"Biar saya suap dia. Saya rindu sangat minggu ni," kata Faid sambil menyuap perlahan.

Zayn mengunyah malas-malas, tapi senyum.

Zizah hanya perhati.

Hatinya bukan batu.

"Zayn suka ayah?" tanya Faid lembut.

Zayn angguk.

"Zayn suka ayah, suka mama."

Faid ketawa kecil, tetapi matanya teralih ke wajah Zizah. Ada ruang sepi di antara mereka. Tapi ruang itu tidak sejauh dahulu.

Malam itu, sebelum pulang

Faid berdiri di muka pintu.

Zizah mengiringi langkahnya, masih dengan jurang yang tidak dihapus.

"Seri..." panggil Faid perlahan.

Zizah menoleh.

"Saya tak nak desak. Tapi kalau suatu hari nanti, awak rasa hati tu terbuka, saya ada. Untuk awak… dan untuk Zayn. Saya tak minta cinta awak sekarang. Tapi saya akan tunggu, sampai awak bersedia."

Zizah diam.

Tapi tidak menolak.

Beberapa minggu kemudian Gala Malam Amal

Zizah melangkah masuk ke dewan gala dengan gaun hitam labuh berpotongan anggun. Semua mata memandang. Namun satu mata yang paling tidak berkelip milik Faid Azhari.

Dia bangkit dari kerusi. Buat kali pertama, mereka bergandingan dalam satu acara rasmi sebagai pasangan ibu bapa Zayn.

"Awak nampak hebat malam ni," ujar Faid, jujur.

Zizah senyum kecil.

"Dan awak… nampak macam lelaki yang saya tak pernah kenal dulu."

Mereka duduk bersama.

Senyap seketika.

"Seri," Faid memanggil lagi, lebih berani.

"Saya tak minta diberi peluang untuk jadi kekasih awak… tapi izinkan saya jadi lelaki yang melindungi awak dari belakang, walau tak di sisi."

Zizah termenung.

Wajahnya perlahan-lahan lembut.

"Mungkin… belum sekarang. Tapi entah kenapa, saya tak lagi rasa marah."

Faid tersenyum.

"Itu pun dah cukup untuk saya."

Epilog Zizah Casandra —

“Dia hadir semula bukan sebagai kekasih, tapi sebagai sahabat. Dan mungkin, kalau takdir masih sayang… cinta itu boleh bernafas sekali lagi. Tapi bukan untuk saya. Untuk Zayn. Untuk masa depan anak saya. Dan… untuk saya yang pernah kecewa, tapi kini mula percaya semula.”
— Zizah, 3 Mei.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience