BAB 1

Romance Series 67875

EMPAT TAHUN KEMUDIAN…

SELESAI persidangan satu hari di Bradford, Faaeq langsung mengambil penerbangan untuk kembali ke penthousenya di London. Kepulangan disambut Danish yang mengekorinya dengan tablet di tangan mengandungi deretan aktiviti yang perlu dilakukannya sepanjang berada di London.

“I baru balik dari Bradford. You tak boleh tunggu I tarik nafas dulu ke?” ujarnya sebal.

“Sepanjang jalan dari Bradford ke London you tak tarik nafas ke?” balas Danish, membuat dia menerima jelingan dari bosnya itu. Namun kerana sudah biasa, jelingan itu tidak langsung membuatnya kecut perut.

“Go ahead…” Akhirnya Faaeq memberi izin kepada Danish untuk membacakan agendanya sepanjang hari esok. Air kosong dari jug di atas meja makan dituang ke dalam gelas sebelum langkah panjangnya di bawa menuju floor-to-ceiling window. Menikmati pemandangan malam Kota London dari tingkat 30 itu. Matanya tertuju pada salah satu mercu tanda London. London Eye. Perlahan berputar bersama cahaya gemerlapan yang kontra dengan langit hitam.

“Esok pukul sepuluh pagi sampai pukul 12 tengah hari, mesyuarat di Hawthorn Hotel. Agenda mesyuarat I dah emelkan pada you. Nanti you boleh go through sekejap. Pukul dua, attend Hotel and Resort Innovation Expo di Excel London. Pukul lapan,Symphony Orchestra Concert at Royal Philharmonic Orchestra.”

Agenda terakhir itu membuat Faaeq menoleh dengan dahi berkerut. Sejak bila menonton orkestra menjadi sebahagian daripada agendanya?

“What? Apa salahnya berhibur lepas seharian penat bekerja?”

“Siapa yang penat? I tak penat.”

“I…yang penat. At least bila you pergi konsert, I can rest, calm my mind, soak in the jacuzzi while drinking juice. Heaven!”

“What if we switch place? You go to the concert and I’ll stay here, in MY penthouse, soak in the jacuzzi, relax my mind and free from my annoying PA.”

Danish berdecit. “You listen here mister. Inilah peluang you nak cari isteri you yang tak tahu di ceruk mana dia bersembunyi. Mungkin dia salah seorang pemuzik dalam orkestra tu. I tak rasa dia ambil bacelor muzik di US untuk balik Malaysia dan main muzik di Jalan TAR sambil tadah tin. Of course dia aim untuk join orkestra dan kembangkan bakat dia.”

Kata-kata Danish itu membuat Faaeq terdiam. Ada betulnya. Tetapi kebarangkalian untuk Mayleia tentu sangat tipis.

“Biasanya berapa pemuzik dalam pasukan orkestra?” tanyanya.

“You betul-betul nak tahu jawapan atau you nak gunakan jawapan tu untuk balas hujah I?” soal Danish. Sudah masak benar dengan ciri sinikal Faaeq.

“Second option.”

Danish memutar bola matanya. Dah agak! Jarang Faaeq bertanya kerana benar-benar tidak tahu. Itu yang membuat semua orang berhati-hati memberi jawapan setiap kali dia bertanya.

“This is symphony orchestra…so 80 to 100 musicians or more.”

“So, is it possible for me to find her in the hundreds of musicians on the proscenium? Unless I tahu dia main instrumen apa. You tahu?”

Danish geleng.

“So? Jangan suruh I buat benda sia-sia.”

“Siapa kata sia-sia? I dah booked front seat untuk you. So you boleh tengok dengan jelas muka semua pemuzik.”

Faaeq menggeleng jengkel. Meletakkan gelas yang sudah di atas meja, dia berlalu meninggalkan Danish tanpa berkata apa-apa.

MALAM itu, Faaeq tidak dapat melelapkan mata. Cadangan Danish tadi terngiang-ngiang di telinganya. Walaupun tadinya dia lantang membangkang dan merasakan cadangan itu seperti tidak masuk akal, tetapi apabila difikirkan semula, ia tidak teruk juga. Mungkin agak sukar dan mungkin juga berakhir gagal, tetapi tidak salah juga mencuba.

Faaeq bangkit lalu menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Telefon di atas meja di sisi katil dicapai. Skrin dinyalakan sebelum dia membuka galeri. Mencari gambar pernikahannya bersama Mayleia. Menggunakan telunjuk dan ibu jarinya, dia membesarkan gambar itu. Meneliti setiap inci wajah Mayleia yang masih nampak agak mentah pada ketika itu. Apa sekarang wajahnya masih sama? Tentu lebih matang kerana usianya mungkin sudah menginjak 24 tahun.

Di mana Mayleia sekarang? Masih di US atau sudah pulang ke Malaysia. Tetapi andaian Danish tadi berlegar di kepalanya membuat dia yakin yang Mayleia tentu tidak pulang ke Malaysia. Pasaran muzik tidak begitu meluas di Malaysia. Tidak mungkin Mayleia belajar jauh sampai ke US untuk pulang dan menjadi penganggur.

Dan berapa kebarangkalian Mayleia berada di London sedangkan dia menyambung pengajiannya di US?

“BERAPA kebarangkalian Mawar Mayleia ada dalam konsert orkestra malam ni?” Pertanyaan yang berlegar di kepalanya semalam dilontarkan kepada Danish pagi itu ketika Danish membantunya menyarungkan blazer.

“I tak ada nilai yang tepat. But consider the music industry in the UK is one of the most bustling professional domains and has plenty of opportunities for talented musicians and music managers, I rasa kebarangkaliannya agak besar. 60% maybe.”

“But United States offers the most opportunities for professional musicians in cities like New York, Los Angeles, and Nashville. UK tempat ketiga,” balas Faaeq sambil membetulkan blazer pada tubuhnya. Memastikan ia nampak kemas dan rapi.

“Oh, tempat kedua negara mana?”

“Jerman.”

“Wow. I never knew that.”

“Now tell me. Apa yang buat you tiba-tiba terfikir nak I pergi orkestra tu?”

“Entahlah. Idea tu datang tiba-tiba. Walaupun dia sambung belajar di US dan mungkin bina kerjaya dia kat sana, tapi siapa tahu mungkin dia dapat jemputan atau join konsert di London. Just cuba nasib. Maybe I boleh masukkan konsert orkesra sebagai agenda wajib you setiap kali business trip.”

“Tak payah mengarut. My time is too precious to be spent watching concert.”

“Macam mana dengan masa yang dah terbazir selama enam tahun sebagai suami orang but you and your wife are still virgin? How pathetic.”

“At least I’m someone’s husband. Who is more pathetic? Suami yang virgin atau bujang yang bukan saja virgin, but no girlfriend and no romance history.” Tanpa menunjukkan rasa tersinggung, Faaeq membalas provokasi Danish.

“Ha-ha-ha-” Danish buat-buat ketawa. “...siapa lebih sadis? Bujang yang masih mencari calon isteri atau suami yang mencari isteri lari?”

“Of courselah bujang yang masih mencari calon isteri. At the age of 35 and you’re still unmarried? Even no girlfriend? Oh man…” Faaeq tengadah, seolah-olah benar-benar kasihan dengan nasib Danish. “...is it so hard to find women nowadays?”

“Yes. It is so hard to find even one woman in my work environment dominated by arrogant and overbearing boss. Like YOU!”

“So, salah I?”

“Yeah. Kenapa nak salahkan diri sendiri yang tak ada cacat cela kalau ada bos yang serba kekurangan?”

Faaeq picing mata. Makin lama makin kecil imej Danish di matanya.

“Okey…it’s time to go!” Melihat wajah Faaeq yang sudah berubah rona, Danish cepat-cepat beredar setelah mengambil tablet di atas meja.

SELESAI mesyuarat, Faaeq bergegas pula ke Hotel and Resort Innovation Expo. Masa luang di dalam kereta, dia gunakan untuk memeriksa mesej dan emel di telefonnya. Namun lagi-lagi dia dibuat sebal apabila melihat mesej Danish yang menghantar poster konsert orkestra malam ini. Terpampang gambar dua gadis memakai topeng masquerade berwarna perak bersama biola dan cello masing-masing.

-Ada special appearence from beautiful cellist and violinist. Dolores Bokovitz and Rosejizahg. So, I booked another ticket for me to accompany you.-

Faaeq menggeleng jengkel. Tidak membalas mesej itu, dia memeriksa emelnya. Melihat jika ada mesej-mesej penting yang memerlukan respons segera.

Namun ketika dia asyik meneliti emel, lagi-lagi mesej dari Danish masuk ke telefonnya.

-I dah prepare suit untuk you. So, don’t forget our date tonight.- Disertai dengan emoji cium, membuat Faaeq bergidik geli.

SESAMPAI di depan bangunan Excel London, Faaeq segera melangkah masuk. Matanya melilau mencari booth Hawthorn. Namun lain yang dicari, lain pula yang dia nampak. Booth Ghajiz Hotel and Resort. Perniagaan perhotelan yang dibangunkan abangnya dan hampir muflis kerana ketidakcekapan pentadbiran oleh pengganti Tan Sri Ghazi. Entah bagaimana mereka mahu memulihkan syarikat itu setelah banyak isu yang timbul sehingga hotel yang dulunya gah dan sering menjadi pilihan untuk percutian keluarga atau perniagaan, kini sunyi sepi daripada kunjungan tetamu. Malah ramai pekerja terpaksa diberhentikan untuk menjimatkan perbelanjaan syarikat. Mayleia yang katanya akan diberi amanah mengambil alih syarikat selepas tamat pengajian, langsung tidak ada khabar. Ah, jika ada khabar pun, apa yang boleh gadis itu lakukan? Ijazahnya pun dalam bidang muzik.

Melewati booth itu, matanya sempat menangkap promosi yang ditawarkan oleh hotel itu di semua cawangannya. 30% discount, 3rd night free, 4th night free. Dalam hati sempat memuji strategi itu. Bijak dan mungkin berhasil meningkatkan penghunian semasa bukan musim kemuncak.

“This is really not Mustaqim,” getusnya. Selalunya Mustaqim lebih kepada strategi popular tetapi kurang menguntungkan. Contohnya meningkatkan harga ketika musim kemuncak seperti cuti sekolah, cuti umum dan perayaan. Baginya itu agak kurang berkesan bagi sebuah syarikat yang sedang tercungap-cungap mencari nafas kerana pengunjung ada banyak pilihan lain. Mustaqim ialah adik Tan Sri Ghazi dari ibu dan ayah yang sama. Berbeza dengan Tan Sri Ghazi, Mustaqim sangat memusuhinya. Sebab itulah mamanya menghalang saat dia menyatakan hasrat mahu membantu Ghazij Group.

Tidak mahu terlalu peduli dengan syarikat itu, dia langsung membawa langkah panjangnya ke arah pentas yang terletak di tengah-tengah dewan. 15 minit lagi akan berlangsung forum berkaitan masa depan perniagaan perhotelan dan resort di mana dia menjadi salah seorang panelnya.

“THANK YOU Mr Faaeq for joining us. We really do appreciate your opinion about this issue.”

“My pleasure,” balas Faaeq sambil menyambut huluran tangan moderator yang mengendalikan forum tadi.

I'm interested in your opinion about the competition between the traditional hotel industry and Airbnb…the private accommodations,” ujar Alice, salah seorang panel yang merupakan pemilik syarikat perhotelan di London.

“Yeap. But as long as we can embrace new trends like personalized experiences, technology integration, sustainable tourism, and immersive travel, it will guide hotel chains towards growth and differentiation.”

“Right. Erm…are you free tonight? I have an extra ticket to an orchestra concert.”

“Oh…I…” Bicara Faaeq terhenti di situ apabila matanya menangkap sosok seorang gadis yang mirip Mayleia.

“I’m sorry, I have to go,” ujarnya lalu tergesa-gesa mengekori langkah gadis itu yang sedang menuju ke pintu keluar.

Sesampai di luar, dia melilau mencari kelibat Mayleia yang sudah hilang dari pandangannya. Dia yakin tidak salah lihat. Meskipun kali terakhir melihat Mayleia ialah ketika majlis pengebumian abangnya lebih empat tahun lalu, namun dia tidak pernah lupa wajah isterinya itu.

“Shit!” Dia menyumpah apabila tidak menemui sosok Mayleia.

“Fine…” Dia berbicara sendiri. “...now I know you’re here.”

Mungkin benar andaian Danish. Ada kemungkinan Mayleia berada di London untuk konsert orkestra malam ini. Namun tiba-tiba satu pertanyaan lain pula melintas di benaknya. Apa yang dilakukan Mayleia di expo ini? Melawat booth Ghazij Hotel and Resort? Apa perlu dia pergi ke booth itu dan bertanya? Ah, tak mungkin. Bukan idea yang baik. Lebih baik dia mencuba nasib dengan menonton konsert orkestra malam ini.

LEBAR senyum Danish apabila Faaeq menyatakan persetujuan untuk menonton konsert orkestra malam ini.

“Tema konsert malam ni ialah masquerade. So…” Tangannya mencapai sebuah kertas lalu mengeluarkan isinya yang merupakan dua topeng masquerade . “...we have to wear this.”

“What? No way!”

“You have no other way.”

Faaeq berdecit.

“You nak cari May kan?”

“Fine!” Faaeq tahu dia tiada pilihan.

“So, apa you nak buat bila you jumpa dia? Ajak dia balik? Mulakan hidup baru sebagai suami isteri and make babies?”

“I will break her legs so that she can’t ran away from me anymore.”

Danish melotot. “Are you serious?”

“Do I look like I’m kidding?” balas Faaeq sebelum berlalu setelah berpuas hati dengan penampilannya.

“WHY do you look so nervous? This is not your first time,” ujar Dolores apabila melihat Mayleia menggosok tapak tangannya beberapa kali.

“I’m not nervous. I’m just…cold…” Mayleia berbohong. Jujurnya dia cemas kerana melihat sosok Faaeq Atharizz di Excel London. Di tengah kerumunan orang ramai, dia melihat lelaki itu di pentas, dengan yakin dan penuh karisma menjawab soalan moderator dan memberi pendapat.

Mujurlah dia sempat melarikan diri saat matanya menangkap pandangan lelaki itu yang tertala kepadanya. Walaupun sudah empat tahun, namun entah mengapa dia masih tidak punya keberanian untuk bersua dengan lelaki itu setelah memalukannya. Entah sampai bila dia mahu mengelak. Mungkin sehingga dia mengumpul cukup kekuatan dan keberanian.

“I need to use the restroom,” ujar Mayleia lalu bangun dan menuju ke tandas. Wajahnya perlu disegarkan supaya dapat mengembalikan mood sebelum persembahan. Sengaja dia memilih tandas di luar bilik menunggu kerana mahu mengambil angin. Berjalan sedikit bagi membuang rasa gugup dan melupakan insiden nyaris kantoi siang tadi.

“YOU masuk dulu. I nak pergi toilet sekejap,” ujar Faaeq.

“Okey. Jangan lama sangat. Nanti terlepas opening.”

Faaeq hanya menjawab dengan gumaman sebelum membawa langkahnya menuju tandas. Menunaikan seruan alam sebelum memasang topeng yang hanya menutupi mata dan sebahagian hidung itu. Entah ilmu apa yang dipakai Danish sehingga dia boleh menurut semua sarannya. Ya, termasuk memakai topeng bodoh itu. Setelah yakin penampilannya rapi, dia melangkah keluar.

MAYLEIA mengoles sedikit lipstik pada bibirnya supaya lebih menonjol memandangkan matanya tertutup oleh topeng. Setelagh berpuas hati, dia menyikat rambut panjangnya dengan jemari sebelum memperhatikan pakaiannya pula. Dress tali halus berwarna biru gelap yang labuh sehingga buku lali dengan drape pada bahagian dada. Kemudian dia memasang topeng pada wajahnya.

Beberapa langkah melewati pintu tandas, tubuhnya dilanggar seseorang membuat dia hampir terjerembap. Namun wajahnya tidak menyembah lantai. Sebaliknya seperti tersembam di atas hamparan salji. Keras tetapi lembut dan nyaman. Ah, haruman dengan gabungan bau bergamot dan neroli itu juga hampir membuat dia melayang sebelum akal warasnya kembali berfungsi. Cepat-cepat dia menjarakkan tubuhnya saat menyedari dia berada dalam pelukan seorang lelaki.

“Are you okay?” tanya lelaki itu.

Mayleia tidak menjawab. Mendongak sedikit, mata yang tertutup topeng membalas tatapan lelaki itu yang sedang tunduk menatapnya. Ah, walau hanya nampak bibir dan separuh hidung kerana mata lelaki itu juga tertutup topeng, entah mengapa Mayleia merasakan lelaki itu memiliki figura yang kacak. Bibir itu. Sungguh seksi. Rahang tegas dengan garis wajah yang sangat sempurna. Dari lapisan langit ke berapa kamu datang wahai putera?

“Miss…”

“Oh…” Suara lelaki itu mengejutkan Mayleia dari angan konyolnya. “...so sexy…”

“What?”

“I…I…mean…saxist. Are you a saxist?”

Dahi lelaki itu berkerut.

“Person who plays sexophone. No?” Tidak menunggu jawapan lelaki itu, Mayleia menyambung. “Maybe I’m misrecognizing you. But anyway thanks for saving me.” Kemudian dia segera berlalu meninggalkan lelaki itu sambil menepuk dahi. Kesal dengan kekonyolannya.

Faaeq pula memerhatikan langkah gadis itu sehingga hilang dari pandangannya.

Share this novel

Masnah
2024-10-21 21:10:54 

wah, tk sbr tggu next, menarik ni hrp hppy ending

ANISA BINTI PRAYET SGM
2024-10-21 20:28:50 

seterusnya

bluedots
2024-10-20 01:16:33 

Thank you! What a great start.. terus ke London kiter!


NovelPlus Premium

The best ads free experience