"In shaa Allah, abang. Nak salam..." Juliana hulur tangan mahu bersalaman sebelum kucup tangan Hykarl, kebiasaan yang Juliana lakukan sebelum ke mana-mana. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan Alisa. Hykarl mengucup ubun-ubun Juliana sebelum mengelus pipi isterinya.
"Bye, abang. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam. Dah sampai, inform abang."
"Okey, abang."
"Love you, baby."
"Love you more, abang..." Hykarl menghantar Juliana sehingga ke pintu kondo. Hykarl melepaskan keluhan sebaik menghenyakkan tubuh di atas katil. Pesanan ringkas dihantar pada pembantu peribadinya mengatakan yang dirinya tidak sihat.
Hykarl memandang sekeliling bilik kelamin mereka. Kemas dan teratur. Haruman si isteri masih dapat dihidu dalam kamar tidur itu. Gambar perkahwinan mereka ada tergantung dan ada yang tersusun rapi di atas meja. Walaupun bekerja, Juliana tetap berusaha menjalankan tugas sebagai seorang isteri sementelaah Hykarl jarang pulang ke rumah.
Juliana bekerja sebagai seorang pengurus pentadbiran di sebuah syarikat swasta di bangunan sama milik keluarga mertuanya. Dengan kelulusan yang dimiliki, tiada siapa menyangka, gadis kampung itu mampu memegang jawatan yang agak penting di sebuah syarikat swasta yang berprestij.
Perkenalan mereka bermula ketika mereka berdua sering bertembung di dalam lif dan di kawasan parkir kereta. Kekerapan bertemu secara tidak sengaja, membuatkan bibit cinta mula tercetus. Di awal perkenalan, Hykarl tidak memberitahu perkara sebenar pada Juliana sehingga membuatkan hubungan mereka renggang seketika.
Berkenalan dengan Juliana atau nama panggilannya Ju di awal perkenalan, benar-benar membuatkan Hykarl jatuh cinta pada gadis tinggi lampai yang hampir sama ketinggian dengannya.
Hykarl terpukau dengan kecantikkan luaran dan dalaman Juliana. Walaupun punya pangkat dan berjawatan tinggi, Juliana kelihatan sangat humble dan berbudi bahasa. Memang susah nak dengar Juliana tinggikan suara atau bercakap dengan nada kasar.
Juliana sangat menitikberatkan ketrampilan diri. Tapi, jarang sekali Hykarl melihat Juliana bermake-up tebal. Paling tidak, Juliana akan mengenakan lip gloss atau make up yang kelihatan natural. Pendek kata, segalanya tentang Juliana, dari hujung rambut sehingga ke hujung kuku kaki, Juliana kelihatan sempurna di mata Hykarl.
Flashback #
"Tolong tahan pintu lif!" jeritan dari seorang wanita di luar lif membuatkan Hykarl tergerak hati menekan butang merah bagi mengelakkan pintu lif tertutup.
"Terima kasih, tuan. Terima kasih." tercungap-cungap seorang gadis yang Hykarl percaya, dia berlari mengejar lif. Hykarl melorek senyuman.
'She's beautiful...' gumam Hykarl.
"Terima kasih sekali lagi, tuan. Maaf dah susahkan tuan..." ujar gadis cantik itu sambil memegang dada kirinya sebagai tanda hormat.
"Sama-sama. It's okay." sempat Hykarl melirik ke arah gadis itu yang berpakaian kemas, kasual. High hell berwarna hitam, skirt separas betis bersama kemeja sleeveless blouse yang dimasukkan ke dalam skirt berwarna hijau lembut. Di tangan kanan gadis itu tergantung sehelai blazer juga berwarna hijau lembut.
"Banyak barang." tegur Hykarl membuatkan gadis itu memusingkan tubuh memandang Hykarl.
"Err, ya..." balas gadis itu bersama senyuman yang terukir di wajahnya.
"Cantik..."
"Hah? Sorry. Tuan ada cakap apa-apa?"
"Saya cakap senyuman awak cantik." sekali lagi senyuman terukir di wajah gadis itu.
"Terima kasih, tuan. Tuan pun nampak segak, handsome..." tertawa kecil Hykarl dengan jawapan gadis itu.
"Nak saya tolong bawakan barang awak?"
"Eh, takpe, tuan. Sikit je ni. Terima kasih." Hykarl anggukkan kepala tanda faham. Dari sisi, Hykarl dapat mengagak gadis cantik di sebelahnya berjawatan agak besar berdasarkan ketrampilannya.
"Err, saya lupa tanya, awak nak ke tingkat berapa?"
"Ma...maaf, tuan. Ya Allah, saya pun terlupa. Tingkat sebelas. Terima kasih, tuan."
"Tingkat sebelas? Itu pejabat Datuk Fattah Firdaus?"
"Ya, tuan. Tuan kenal dengan Datuk Fattah?"
"Kenal tu, tidaklah. Tapi, kami pernah bekerjasama. Awak staff dialah ni?"
"Ya, tuan. Tapi, datuk dan datin dah pindah ke head office kat Shah Alam."
"Oh... Jadi, di sini?"
"Err, cawangan je, tuan. Sementara aje, tuan, sebelum kami semua akan berpindah ke head office nanti..."
"Oh, okey." Hykarl menekan butang nombor sebelas di tepi dinding lif.
"Err, terima kasih, tuan. Saya keluar dulu." pinta gadis itu sebaik lif terbuka di tingkat sebelas.
"Sama-sama. Hati-hati." Gadis itu menundukkan kepalanya sedikit bersama senyuman yang terukir di wajah cantiknya.
"Cantik senyuman dia..." Omel Hykarl sendirian di dalam lif.
"Hi, morning Tuan Hykarl..." Tegur Suhana, pembantu peribadinya.
"Morning, Su..."
"Hai, tuan. Senyum je dari tadi. Dapat loteri ke?"
"Loteri? Ha'ah..." Seloroh Hykarl seraya melangkah masuk ke pejabatnya. Suhana membontoti Hykarl.
"Ala, Tuan Hykarl ni, saya bergurau je kot." tergeleng-geleng kepala Hykarl dengan telatah pembantu peribadinya yang sudah berkhidmat selama lima tahun di syarikat mertuanya.
"Anything for me, today Su?"
"Err, takde apa yang urgent, tuan. Cuma, tadi Puan Alisa call." mendengar nama Alisa membuatkan Hykarl melepaskan keluhan berat.
"Maafkan saya, Tuan Hykarl. Saya faham situasi tuan. Cuma, tadi Puan Alisa suruh saya sampaikan pesanan pada tuan yang Puan Alisa tak jadi masuk kerja hari ni."
"Baguslah dia tak masuk. Tapi, ke mana pulak majikan awak tu pergi, Su?"
"Err, Puan Alisa call dia dah on the way ke Singapore selama empat hari..." tersenyum sinis Hykarl mendengar jawapan Suhana.
"Senangkan jadi orang kayakan, Su..." Su angguk faham dengan maksud Tuan Hykarl. Malah, Su menjadi pendengar setia segala keluhan dan luahan hati Hykarl di saat Hykarl perlukan terman berbicara.
Suhana sendiri kagum dengan kebaikan dan kesetian Tuan Hykarl. Walaupun, mereka hanya berkahwin secara kontrak, tapi Hykarl bijak menyembunyikan kecanggungan mereka di depan para pekerja.
Hykarl pernah meluahkan betapa dia rasa terasing dalam keluarga Alisa. Walaupun mereka bergelar suami isteri, namun belum pernah sekali pun Hykarl dilayan sebagai seorang suami selayaknya. Di depan kakitangan, dengan selamba, Hykarl dikerah dan diarah itu dan ini.
Segalanya, Hykarl tahan demi keluarganya. Ikutkan hati yang panas, ingin sahaja Hykarl lari dari keluarga yang toksik. Perkahwinan yang tidak rela, isteri yang tidak pernah melayaninya selayaknya sebagai seorang suami. Segalanya, Hykarl tahan demi menjaga maruah keluarga.
Flashback end #
Deringan telefon mengganggu lenanya. Ikon hijau digesek sebaik sahaja nama isteri kesayangan, Juliana terpampang di skrin telefon.
"Hello, sayang..."
"Abang, maaf. Sayang lupa nak ingatkan abang."
"Lupa apa, sayang?"
"Err, kalau abang nak makan, sayang ada masak lauk pagi tadi. Malam tadi punya lauk pun ada lagi. Abang panaskan dalam microware ya, kalau nak makan, ya? Nasi pun ada, pagi tadi sayang dah masak."
"Okey, sayang. Terima kasih banyak-banyak."
"Sama-sama, abang. Err, sayang dah sampai office. Sayang nak sambung kerja. Tengahari sayang tak sempat balik. Petang pun mungkin lewat. Ada staff meeting. Kalau abang tak balik lagi, abang tunggu sayang balik. Nanti sayang masakkan untuk abang."
"Okey, sayang."
"Assalammualaikum, abang."
"Waalaikumussalam..." talian dimatikan. Itulah sikap Juliana selama sebulan lebih bergelar isterinya. Kekadang, Hykarl terfikir kenapa dia lewat menemui Juliana. Cepat-cepat Hykarl beristighfar saat tersedar kekhilafan diri.
Kebaikan yang ada pada Juliana, membuatkan Hykarl rasa sangat beruntung. Cuma, Hykarl terpaksa menyembunyikan pernikahan mereka berdua dari diketahui umum lantaran kontrak perkahwinan yang masih berbaki sehingga hujung tahun ini.
"Apa yang abang fikirkan ni?" Hykarl terkejut disapa Juliana. Sedari tadi berdiri di balkoni sambil menikmati keindahan malam usai menunaikan solat isyak bersama.
"Eh, sayang. Sorry, abang tak perasan sayang kat belakang abang." tangan dihulurkan ke arah Juliana. Juliana sambut tangan encik suami.
"Takpe. Abang dah lapar? Kita makan, jom?"
"Belum lagi, sayang. Tadi, abang dah makan goreng pisang yang sayang beli tadi. Abang masih kenyang." balas Hykarl seraya mengucup sisi kepala Juliana yang berada dalam dakapannya.
"Abang, you look distracted. Anything to share?" Hykarl senyum sebelum dua ulas bibir Juliana disapa sekilas.
"Abang, sayang cakap dengan abang ni..." rengek Juliana. Hykarl tersengeh dengan kemanjaan Juliana.
"Ya, sayang. Abang dengar. Takde apa, sayang. Cuma, seronok menikmati panorama indah dari tingkat atas..."
"Abang, walaupun kita baru sebulan lebih bergelar suami isteri, tapi, sayang dapat tahu abang tengah susah hatikan?" Hykarl kerutkan dahi pada cik isteri.
"Sejak bila isteri abang jadi ahli nujum?" usik Hykarl seraya mencuit pucuk hidung Juliana.
"Abang, sayang seriuslah..." rengek Juliana lagi. Hykarl tertawa kecil. Isterinya memang manja. Kekadang, Hykarl tak dapat tahan naluri kelelakiannya dengan rengekan manja Juliana.
Kenangan indah ketika diawal perkenalan, cukup membuatkan Hykarl tersenyum lebar.
Flashback #
"Hai..."
"Err, hai, tuan..."
"Tak sangkakan, kita bertemu lagi." Juliana tersenyum lebar. Malu sebenarnya, kerap bertembung dengan Hykarl yang dikatakan seorang CEO di salah sebuah syarikat di bangunan yang sama.
"Err, kalau tak keberatan, boleh saya tahu nama awak?"
"Nak buat apa?" soal Juliana polos.
"Nak bagi kat guard bangla kat bawah sana."
"Hah?" Hykarl tertawa suka.
"Saya nak tahu nama awak."
"Tapi, tuan nak buat apa? Tuan nak buat laporan pasal saya ke?" Hykarl pecah ketawa.
"Awak ni naif sangatlah. Takde apa. Saya nak kenal dengan awak je. Tak boleh ke?" Juliana angguk laju, dengan mata terkebil-kebil.
"Awak jangan risau. Saya orang baik."
"Orang gila pun tak cakap dia gila." tertawa lagi Hykarl.
"Ya Allah, you're so cute. Seriously. First time saya bertemu dengan gadis polos dan lurus macam awak." Juliana masih terpinga-pinga.
"Saya, Hykarl." Hykarl hulurkan tangan tanda perkenalan.
"Saya ikhlas nak berkenalan dengan awak." Hykarl masih kekal menunggu Juliana menyambut huluran tangannya.
"Saya, Ju... Juliana..." Hykarl tersenyum lebar saat tangannya disambut Juliana.
"Sedap nama, Ju. Ops! Saya terlupa." ujar Hykarl seraya menekan nombor sebelas di tepi dinding lif.
"Terima kasih, Tuan Hykarl." Hykarl tersenyum lebar.
"Agaknya, Ju dah berpunya ke?"
"Hah? Be...belum..."
"Serius?" laju Juliana anggukkan kepala.
"Macam tak percaya je perempuan secantik Ju masih belum berpunya."
"Kenapa, kalau saya belum berpunya? Salah ke?"
"Salah tu, tidak. Tapi, Ju cantik. Berketrampilan, menarik, apa yang kurangnya pada Ju? Atau, Ju sememangnya seorang yang selektif?"
"Sejujurnya, tidak. Ju bukan selektif atau spesis memilih, walaupun itu yang sepatutnya kita lakukan kalau nak cari pasangan. Cuma, Ju belum bertemu dengan bakal imam Ju. I think so."
"Boleh pun kan nak berbual, berseloroh macam ni..."
"Maaf, tuan. Janggal rasanya. Ju tak pandai berbual." Hykarl kerutkan dahi bersama sengehen.
"Tak pandai berbual? Jadi, yang bercakap sekarang ni, nak kategorikan sebagai apa?" Ju tahan gelak dengan soalan comel Hykarl.
"Ju, nanti jangan ganggu saya tau..." usik Hykarl membuatkan dahi Juliana kerut seribu.
"Ma...afkan saya, tuan. Err, sa...ya..." pecah tawa Hykarl.
"Ju, maksud saya, senyuman dan gelak tawa awak tu nanti buat saya tak fokus nak buat kerja." sebaik sahaja Juliana faham maksud Hykarl, terus Juliana kalihkan wajah.
'Ya Allah, Tuan Hykarl ni nak ngorat aku ke ni? Sweet talker betullah. Dahlah hemsem. Aduh, cair aku macam ni...' getus hati Juliana.
"Err, Ju, bagi saya contact number, boleh?"
"Tuan nak buat apa?" Hykarl simpan senyum.
"Guard bangla tu nak cari bakal isteri."
"Tuan?" sekali lagi Hykarl ketawa besar dengan kepolosan Juliana.
"Allahuakhbar. Ya Allah, Ju. Awak ni tanya saya soalan macam tu. Of course saya nak kenal Ju dengan lebih rapat."
"Tapi..."
Ting! Belum sempat Juliana sambung bicara, lif telah tiba di tingkat yang dimaksudkan.
"Maafkan saya, Tuan Hykarl..."
"Ju!" Juliana terus melulu keluar tanpa menoleh ke arahnya.
"Aduh! Melepas aku! Harap-harap dapatlah bertemu dengan Juliana lagi. Aduh! Ruginya..." bebel Hykarl.
"Hai, tuan. Monyok je. Panjang muncung tu, dah kenapa?" tegur Suhana, pembantu peribadinya sebaik Hykarl melangkah masuk.
"Su, masuk office saya, sekejap."
"Err, okey boss..."
"Apa kena pulak boss aku ni? Sekejap okey, sekejap tak okey. Mem besar takde pun. Apa masalahnya pulaklah si hemsem sorang ni?" omel Su sebelum melangkah masuk ke bilik Hykarl.
"Tuan, tuan okey ke ni? Tuan tak sihat ke?" bertubi-tubi soalan Suhana. Hykarl sekadar gelengkan kepala.
"Tuan Hykarl, janganlah buat saya pening kepala. Tuan tak sihat ke?"
"Hati saya tak sihat, Su."
"Hah, hati?" Hykarl anggukkan kepala.
"Kenapa dengan hati tuan?"
"Su, macam ni ke rasanya jatuh cinta?"
"Allahuakhbar... Tuan ni, buat saya terkejut je." Suhana lepaskan keluhan.
"Tuan dah jatuh cinta?" Hykarl angguk laju.
"Saya tak pernah jatuh cinta, Su. Tak pernah."
"Awak tahukan Su, hubungan saya dengan Alisa macamana?" Suhana anggukkan kepala dengan riak wajah yang sukar digambarkan.
"Saya terpaksa berkahwin dengan Alisa atas aturan keluarga. Dan, perkahwinan kami, bukan atas cinta, tetapi berdasarkan kontrak yang disediakan Alisa." Suhana mengangguk lagi.
"Tapi, kali ni, saya betul-betul dah jatuh cinta, Su. Saya tak pernah rasa begini. Saya tak pernah lalui semua ini ketika bersama Alisa."
"Saya faham situasi, tuan."
"Maafkan saya, Su. Saya takde tempat nak mengadu. Hanya awak, kawan yang saya ada." Su jadi serba-salah.
"Tuan nak bagitahu saya, siapa gadis yang bertuah tu?" Hykarl kerdipkan mata.
"Nama gadis tu, Juliana. Pekerja Datuk Fattah Firdaus di tingkat sebelas."
"Juliana?" Hykarl tersenyum.
bab 3 - masih boleh dibaca secara percuma
Share this novel