"Juliana?" Hykarl tersenyum.
"Sedapkan nama dia? Secantik orangnya."
"Tuan dah angau?"
"Sort of..." balas Hykarl bersama senyum yang tidak lekang dari wajahnya.
"Memang sah tuan dah angau. Tuan dah jatuh cinta pada Juliana?" Hykarl angguk laju seraya menyandarkan belakang ke kerusi.
"Macamana saya nak kenal dia, Su? Saya sempat tanyakan nama je. Baru nak minta nombor telefon, lif dah sampai kat tinggal sebelas." keluh Hykarl membuatkan Suhana tersengeh.
"Saya rasa, saya boleh tolong tuan."
"Macamana, Su? Saya dah tak tidur lena, mandi tak basah, makan tak kenyang teringatkan dia..."
"Saya kenal dia, Tuan Hykarl." tegak tubuh Hykarl.
"Serius ke, Su? Awak kenal dia?"
"Kenal sangat, tuan."
"Err, kenal yang macamana?"
"Err, sebenarnya, Ju tu kawan study saya, tuan."
"Kawan? Jadi, awak kenal dia?"
"Kenal, terlebih kenal sebenarnya."
"Alhamdulillah. Su, awaklah penyelamat saya. Awaklah penyelamat saya, Su." terjegil mata Suhana dengan perubahan Hykarl yang cukup mengejutkan. Hykarl kelihatan sangat teruja.
"Tuan, tuan. Sabar, tuan. Sabar..."
"Saya, saya... Su, awak kena tolong saya, Su. Saya dah macam sesak nafas ni..."
"Nanti, nanti dulu, tuan. Sebelum tu, saya nak tanya sesuatu kat tuan."
"Cakap je, Su. Yang penting, awak kena kenalkan saya dengan Juliana. Please, Su." rayu Hykarl.
"Parah tuan aku ni." omel Suhana. Riak wajah Hykarl menunjukkan betapa Hykarl sudah tersampuk dengan empunya diri bernama Juliana.
"Jadi, selama hari ni, tuan tersengeh masuk pejabat tu sebab selalu bertembung dengan Ju?" Hykarl angguk laju bersama senyuman melebar.
"Hurm, parah tuan ni."
"Su, betul ke Ju tu belum ada yang punya?"
"Sejujurnya, ya, tuan. Ju pernah bercinta sebelum ni. Tapi, tak kesampaian bila keluarga pihak lelaki mahukan gadis yang setaraf dan sekufu dengan mereka."
"Hurm, inilah yang paling saya benci. Nak cari pasangan, kena sama level. Apa, orang miskin ni teruk sangat ke?"
"Nak buat macamana, tuan. Ju tu memang polos orangnya. Dia baik hati, jujur. Cuma, kebaikan dia tu, mudah dipergunakan orang lain. Dia bukan tak cantik. Cantik sangat. Cuma, itulah..."
"Hanya orang buta je yang tak reti nak bezakan yang mana intan, yang mana kaca. Bagi saya, Ju tu cukup sempurna. Walaupun tiada yang sempurna di bumi Allah ni."
"Betul. Saya setuju dengan tuan."
"Awak kenal ke dengan bekas kekasih Ju tu, Su?"
"Siapalah yang tak kenal dengan kasanova universiti waktu tu. Sebab dialah Ju tu macam dah tutup pintu hati dia."
"Siapa nama jantan tu, Su?"
"Irfan. Irfan Idlan bin Datuk Paduka Izani Ismail.
"Patutlah. Anak datuk rupanya."
"Anak datuk pun, tak sepatutnya dia dan keluarga dia sewenang-wenangnya nak hina anak yatim seperti Ju." marah Suhana.
"Ju anak yatim?"
"Ya, tuan. Yatim piatu. Ayah dan ibu Ju dah meninggal dunia masa Ju di semester kedua di universiti. Kamilah tempat Ju menumpang kasih, tuan."
"Err, Ju takde adik-beradik lain?"
"Takde, tuan. Yang ada pun, pak cik mak cik di kampung. Setakat sepupu sepapat tu, adalah."
"Hurm..."
"Tuan betul ke berkenan dengan Ju tu?"
"Bagaimana kalau saya katakan ya?"
"Saya bukan apa, tuan. Jujur, saya sayangkan Ju seperti saya sayangkan adik saya sendiri. Dia tu lurus orangnya."
"Saya faham apa yang maksudkan, Su. Tapi, selama hari ini, saya tak pernah rasa apa yang saya rasakan ketika ini, Su. Tak pernah. Dengan Ju ni, saya lain sangat."
"Jadi, apa sebenarnya yang tuan nak saya lakukan?"
"Kenalkan saya dengan Ju."
"Emm... Bagaimana kalau kita mulakan perkenalan tuan dengan Ju dengan cara romantik." Hykarl kerutkan dahi.
"Maksud awak?"
"Begini, tuan..." Suhana bersungguh-sungguh berkongsi pendapatnya dengan Hykarl.
"Bagaimana, tuan? Kalau tuan setuju, petang ni juga saya mulakan misi kita."
"Saya tak kisah, asalkan Ju nak berkenalan dengan saya."
"Emm, satu saya nak tanya pada tuan."
"Silakan, Su. Anything..."
"Apa niat tuan, sebenarnya nak kenal dengan Ju?" Hykarl sandarkan belakang tubuh ke kerusi. Rambut ditebak ke belakang.
"Su, awak tahukan apa yang sedang alami saat ini?"
"Saya tahu. Cuma, saya tak nak dan sebolehnya saya tak nak tengok Ju kecewa lagi, tuan. Tak sanggup nak tengok kekecewaan yang Ju alami sebelum ini. Jujur, saya memang rasa nak bunuh je si Irfan Idlan tu lepas dia biarkan Ju sendirian tanpa ada rasa simpati dan bersalah."
"Su, percayakan saya, Su. Awak dah kenal dengan saya dah tiga tahun. Saya ikhlas nak kenal dengan Ju. Kalau diizinkan, saya nak dia kekal dalam hidup saya."
"Tuan, tuan tak berguraukan?"
"Tak, Su. Untuk apa saya bergurau bila berkaitan dengan hal hati dan perasaan? Saya nak merasa bahagia, Su. Saya merasa nikmat berumahtangga seperti pasangan suami isteri yang lain. Salah ke Su?" Su lepas keluhan.
"Imaginasi tuan dah terlalu jauh..."
"Su, saya tak pernah bercinta. Saya berkahwin pun sekadar kahwin kontrak. Tiada manisnya dalam perkahwinan saya, Su." keluh Hykarl seraya meraup wajah tampannya.
"Saya nak cari kebahagiaan saya sendiri, Su. Saya nak hidup macam orang lain. Salah ke saya, Su? Salah ke?" tiba-tiba suasana di dalam pejabat Hykarl sunyi sepi.
"Begini, tuan. Saya percayakan tuan dan saya benar-benar berharap agar tuan kotakan janji dan kata-kata tuan. Saya tak sanggup nak tengok Juliana terus kecewa dengan hidup dia."
"Orang lain tak tahu dan tak nampak apa yang Ju alami. Tapi, saya nampak tuan. Saya antara manusia yang paling rapat dengan Ju. Segala masalah Ju, saya tahu."
"Bagaimana dengan rakan-rakan Ju yang lain?"
"Ju takde kawan lain, tuan."
"Kenapa jadi macam tu?"
"Itu realitinya, tuan. Selepas dimalukan dek jantan jahanam tu, semua kawan Ju jauhkan diri dan tinggallah saya yang masih setia bersama Ju susah-senang."
"Ya Allah, kenapa sampai begitu?"
"Manusia, tuan. Mudah dimomokkan dengan fitnah dan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah seseorang tanpa memikirkan empunya diri."
"Su..." Hykarl mendekatkan tubuhnya dengan meja yang menjadi penghalang antara dia dan Suhana.
"Su, kenalkan saya dengan Juliana dan saya janji, saya takkan hampakan Ju sepertimana Ju alami sebelum ini. Saya hanya kenal Ju dengan lebih rapat dan, jika diizinkan tuhan, saya nak lantik Juliana sebagai suri hati saya." melongo Suhana.
"Tolong saya, Su. Saya...saya betul-betul dah jatuh cinta pada Juliana. Saya tak tahu nak cakap macamana lagi. Saya tak malu nak tekankan yang saya memang dah jatuh hati pada Juliana. Tolong saya, Su. Tolong saya..." rayu Hykarl bersungguh-sungguh.
"Tuan, tuan janji ni, jangan tarik balik ya kata-kata tuan?"
"Tak. Demi Allah dan rasul, saya takkan tipu awak, Su. Saya janji, saya akan tunaikan segala impian saya dan saya akan berusaha untuk bahagiakan Ju. In shaa Allah, Su..." Su mengangguk perlahan-lahan tanda faham.
"Baiklah, tuan. Saya akan bantu tuan tunaikan impian tuan."
"Alhamdulillah. Thank you so much, Su. Thank you."
"Err, credit card tuan, mana?"
"Hah? Credit card? Nak buat apa?" Suhana lepas keluhan.
"Tadi kata nak mulakan misi nak mengorat Juliana? Kenalah ada credit card..." Hykarl garu kepala tak gatal bersama riak wajah yang blur.
"Tuan, saya nak beli bunga nak buat kejutan untuk Ju."
"Oh, oh... Okey, okey, okey." seraya itu Hykarl hulurkan sekeping kad kredit platinum pada Suhana.
"Buat apa sahaja asalkan ianya dapat membahagiakan Ju."
"Don't worry, tuan. Saya tahu apa yang Ju suka dan untuk pengetahuan tuan juga, Ju tak sukakan kemewahan. Maksud saya, hadiah yang mahal-mahal ni, Ju akan tolak tepi."
"Takpe, saya faham Su. Awak buatlah apa sahaja. Apa sahaja, Su. Apa sahaja yang awak rasa berbaloi untuk saya dapatkan cinta Juliana."
"Baik, tuan. Kita mulakan misi kita hari ni..."
"Thanks, Su..." Hykarl bersandar ke kerusi dengan senyuman melebar. Dalam kepala sudah terbayang yang Juliana bakal berada dalam dakapannya dan menjadi kekasih hati.
Tok! Tok!
"Coming!"
"Ya, Ira. Anything?"
"Err, ada bunga untuk Cik Julia."
"Bunga? Dari siapa?"
"Emm, ini dia, Cik Julia." Ira, setiausaha Juliana, menghulurkan jambangan bunga padanya.
"Err, kalau tak silap saya, ada kad kecil kat celah bunga tu, Cik Ju."
"Thanks, Ira."
"Saya keluar dulu, Cik Ju."
"Ya. Thanks again, Ira."
"Siapa pulak yang bagi bunga ni? Tak pernah umur aku terima bunga, hari ni dapat bunga pulak?" Omel Juliana sambil membelek-belek bunga ros a.k.a mawar berwarna kuning dan putih yang menjadi bunga kegemaran Juliana.
"Hurm, wangi. Bunga mawar." Bunga mawar itu dihidu.
"Ni bunga kegemaran aku. Tapi, siapa aje yang tahu fasal ni..." Juliana berteka-teki siapa yang menghantar jambangan bunga mawar ini padanya.
"Buat si gadis manis. Jejaka bertuah." Juliana tertawa kecil. Siapa pulak ni? Jejaka bertuah? Bertuah sangat ke?"
"Sudah-sudahlah tu, belek bunga tu..."
"Eh, Kak Rina. Bila masuk? Tak dengar pun bunyi pintu diketuk."
"Mana nak dengar, dok belek je bunga tu."
"Sorry, kak. Ju tak perasan."
"Dari siapa tu? Buah hati ke?"
"Entahlah, kak. Takde nama."
"Secret admirelah tu."
"Hurm, biarlah. Ya, Kak Rina. Ada apa-apa yang Ju boleh tolong?"
"Emm, ni, Ju. Ada dokumen yang perlukan tandatangan Ju." Rina, selaku pembantu kewangan meletakkan sebuah fail di atas meja Juliana.
"Dokumen apa? Berkaitan apa?" Juliana membelek dan meneliti satu per satu helaian fail itu. Menjadi kebiasaan Juliana untuk meneliti semua kertas kerja yang memerlukan tandatangannya tak kiralah apa jua dokumen itu. Lagi-lagi bila melibatkan kewangan, memang Ju takkan berkompromi.
"Ju tak boleh sign dokumen ni." Juliana menolak fail itu pada Rina. Rina mengerutkan dahinya.
"Kenapa, Ju? Apa yang tak kena?"
"Kak Rina, ini perbelanjaan untuk dinner hujung bulan depankan?"
"Ha'ah. Tapi, kenapa?"
"Ju minta maaf. Ju memang tak boleh sign kertas kerja ni."
"Ju bagi akak satu sebab kenapa Ju tak boleh sign dokumen ni..."
"Kak Rina, dokumen ni perlu ditandatangani Datuk Fattah terlebih dahulu. Bila datuk dah confirmkan, baru Ju boleh sign."
"Ya Allah, Ju. Berderau darah akak, Ju." Juliana tertawa kecil.
"Sorry, kak. Ju gurau je. Tapi, dokumen ni memang kena serahkan pada datuk dulu. Besar amaun ni, kak..."
"Hei, macamana akak boleh lupa ni..." Omel Kak Rina seraya mengetuk kepalanya sendiri.
"Masak akak. Datuk dah tanya pasal kertas kerja untuk dinner bulan depan."
"Takpe. Ju dah semak. Semuanya tip-top. Cumanya, Kak Rina kena suruh Aiman atau sesiapa bawa pada datuk. Then, serahkan pada Ju untuk Ju finalise."
"Nasib baik Ju perasan. Kalau tak, mahunya akak kena marah dengan Encik Farid nanti. Thanks, Ju..."
"Takde hal, Kak Rina."
"Eh, siapa yang bagi bunga tu?"
"Ya Allah, Kak Rina ni. Tengok ni..." Ju serahkan kad kecil pada Rina.
"Takde nama pengirim. Yang ada, ayat ni je..."
"Bertuah Ju. Ada secreat admirer. Kak Rina ni, hurm... Bilalah ada orang nak masuk meminang."
"In shaa Allah, Kak Rina. Ada rezeki dan jodoh Kak Rina nanti. Tak pun, Kak Rina trylah Encik Farid. Kot-kot melekat dengan Encik Farid. Siapa tahukan?"
"Hah, Encik Farid? Dia muda lagi, Ju oi. Beza tujuh tahun dengan akak, Ju..."
"Kak Rina, umur tu nombor je lah. Takde isu pun sebenarnya."
"Eh, tak naklah akak. Entah-entah Encik Farid tu dah ada buah hati."
Tok! Tok!
"Coming!"
"Cik Ju... Ada hadiah untuk Cik Ju." Ira menghulurkan sebuah kotak yang bersaiz sederhana beserta jambangan bunga kecil pada Juliana yang bagaikan tidak percaya dengan apa yang diterimanya.
"Dari siapa pulak ni, Ira?"
"Saya tak pasti, Cik Ju. Tadi, budak penghantar tu suruh serahkan pada Cik Juliana Jawahir."
"Siapa pulak ni?"
"Ala, Ju. Tu namanya rezeki. Adalah yang admirer kat Ju tu..."
"Sekejap. Pengirimnya macam tadi juga. Dari jejaka yang mendambakan kasih dari gadis idaman." Rina membaca tulisan yang terdapat di kad kecil yang dilekatkan di jambangan bunga kecil itu.
"Wah! Jejaka perasan mana pulak ni, Ju?" Juliana jongketkan kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
"Masalahnya, kak, selama bertahun-tahun Ju kat sini, Ju tak pernah terima pun bunga atau hadiah dari sesiapa. Tu yang Ju pelik tu..."
"Anggap jelah ada prince charming yang berkenan dengan Ju." usik Kak Rina.
"Ju bukan apa, Kak Rina. Seganlah. Nanti apa pulak kata orang..."
"Ju, yang ni akak memang nak marah. Boleh tak sekali ni, Ju fikirkan tentang diri Ju sendiri? Pedulikan mulut orang sekeliling. Ju terlalu baik, tau. Sebab tu ramai yang pijak kepala Ju." Ju lepas keluhan.
"Fikirkan tentang diri Ju sendiri. Fikirkan tentang kebahagiaan diri Ju. Ingat satu je, Ju. Tak semua orang suka kita dan tak semua orang jujur dengan kita, Ju. Ada masanya, kita kena pentingkan diri kita sendiri sebelum kita fikirkan hal orang lain."
"Manusia ni rambut je sama hitam. Tapi, hati lain-lain."
"Biarkan je mulut orang tu. Sampai bila nak puaskan hati orang, Ju?"
last chapter untuk bacaan percuma. bab 5 sehingga tamat, unlock chapter. sorry guys
Share this novel
tahniah kak best la cter baru ni..hihihihi..ehhhh siap ada Fattah si sotong ye...sedar² dh Dato' ye....tau la tgh panas Fattah Amin punya cter