"Alhamdulillah. Thanks, baby. Kenyang abang, sayang..." ujar Hykarl sambil mengusap perutnya.
"Sorry, abang. Sayang tak beli barang dapur lagi. Ini je yang sempat sayang masakkan untuk abang."
"Kenapa tak beli lagi? Tak cukup ke duit yang abang bagi?"
"Cukup, abang. Terlebih cukup duit belanja abang bagi tu. Cumanya, kan sayang ikut abang ke Netherland untuk lawatan sambil bekerja abang tu?"
"Astaghfirullahalazim. Ya Allah, sayang, abang lupa sangat." Hykarl tepuk dahi sendiri buatkan Juliana tertawa kecil.
"It's okay, abang. Sayang tahu abang letih sangatkan, sampai tak sempat makan kat rumah tu sebab tertidur."
"Bukan tak sempat, sayang. Tapi, dorang tak kejutkan abang untuk dinner. Simpan makanan untuk abang pun takde."
"Perempuan tu buat apa?" Hykarl gelengkan kepala.
"Abang, sabar ya..." pujuk Juliana seraya menepuk paha Hykarl.
"Abang okey lagi, sayang. In shaa Allah. Kecewa tu perkara biasa bagi abang. Dahlah tak kejutkan abang. Makanan untuk abang pun dia tak simpankan."
"Dah tu, kalau abang nak makan, macamana?"
"Dia suruh masak maggi."
"Allahuakhbar. Apa jenis isteri tu?"
"It's okey, sayang. Abang dah terbiasa. Lagipun, kamikan suami isteri atas kertas je."
"Kot ya pun, takkan langsung tak pedulikan makan minum abang selama ni?" Hykarl jongketkan kedua bahunya.
"Habis tu, sebelum-sebelum ni, kalau abang lewat balik macamana?"
"Abang makan kat luar dulu." Juliana cebikkan bibir.
"Terpaksa, sayang. Kalau tidak, abang tak boleh tidur kalau abang lapar."
"Kesian abang. Takpelah. Lepas ni, lepas kerja, abang terus balik sini. Makan kat sini dulunya, ya? Sayang tak sampai hati nak biarkan abang kelaparan."
"Tak susahkan sayang ke?"
"In shaa Allah, tak. Lagipun, sayang pun nak makan juga."
"Abang tak nak susahkan sayang..."
"In shaa Allah, tak susah pun abang." Hykarl genggam tangan Juliana.
"Abang, sayang dah dididik dari kecil untuk buat kerja rumah, masak semua, abang. Sayang bukannya orang senang. Tapi, macamana susah pun, arwah ibu takkan biarkan kami sekeluarga tidur dalam kelaparan."
"You're such a good wife..." pipi Juliana dielus membuatkan Juliana tersenyum.
"Err, abang tidur sini, ya? Dah lewat sangat ni."
"Abang memang nak tidur sini pun."
"Dorang tahu tak abang keluar?"
"Nak keluar tadi abang inform Lisa yang abang nak balik rumah mama, papa."
"Reaksi dia?"
"Dia lagi suka abang takde. Bebas katanya." tergeleng-geleng kepala Juliana.
"Kalau dia call mama, papa?"
"Don't worry, sayang. Semuanya ditanggung beres. Lagipun, belum pernah umur dia nak call mama, papa abang. Tak pernah, yang."
"Maksud, abang?"
"Takde siapa dalam family abang sukakan dia." berkerut dahi Juliana.
"Setahun perkahwinan kami, semua orang sukakan Alisa. Yelah, semuanya sebab keluarga Alisa kaya-raya. Mama, papa pun ikut je cakap atok. Tapi, tidak pada Haifa."
"Kenapa dengan Haifa?"
"Haifa satu sekolah dengan Alisa."
"Jadi, Alisa kenallah dengan Haifa?"
"Tak sangat, kot. Maksud abang, Alisa tua setahun dari Haifa. Jadi, mungkin Alisa tak kenal Haifa. Kata Haifa, Alisa ni sombong. Memilih kawan. Nak kawan dengan yang sama level dengan dia je..." terangguk-angguk Juliana.
"Jadi, bila atok paksa abang kahwin dengan Alisa, Haifa membantah. Haifa satu-satunya yang membantah selain abang. Tapi, abang terpaksa juga terima Alisa lepas mama dan papa jelaskan pada abang semua ini demi kebaikan abang."
"Kebaikan apa macam ni? Lebih kepada diri sendiri."
"Ya, itulah yang abang katakan. Tapi, mama ngan papa bagi jaminan yang semua ni takkan bertahan lama. Abang percayakan mereka. Sudahnya, sampai hari ni takde apa yang menariknya dalam perkahwinan kami."
"Kalau ada kenduri-kendara sebelah abang, tak pernah sekali pun Lisa dan family dia join. Abang kena tahan sindir, tahan perli dengan saudara-mara abang. Nak cakap pasal malu, abang tolak ke tepi je..."
"Habis tu, hari raya?" Hykarl tersenyum kelat
bersama gelengan kepala.
"Tak pernah sekali pun dia join." melongo Juliana.
"Ya, yang. Ulang tahun perkahwinan kami, birthday abang tak pernah sekali diraikan. Tapi, kalau birthday family dia, birthday dia sendiri, memang buat kat hotel."
"Allah, kesiannya abang."
"Nak buat macamana. Kalau mama, papa buat keramaian kat rumah, memang takkan pernah Lisa atau family dia yang join. Mula-mula tu memang kecewa sangat. Yelah, dah kahwinkan? Walaupun kami berkahwin kontrak, tak sepatutnya perkara begini berlaku." Hykarl tebak rambut ke belakang menyerlahkan ketampanannya.
"Puas abang pujuk Lisa. Tapi, hanya maki hamun yang abang terima. Yang abang kecewa, mama, papa Lisa tak pernah langsung tegur Lisa. Dia tengking, marah abang depan dorang pun, mereka tak pernah nak tegur Lisa." Juliana usap lengan Hykarl memberi kekuatan buat encik suami.
"Kekadang, ada masa abang memang nak lafazkan je talak pada Lisa. Tapi, abang hanya fikirkan keluarga abang je. Sumpah. Tak tahan rasanya diri ni dijadikan bahan eksperimen dek keluarga sendiri demi sebuah perniagaan."
"Abang terpaksa bertahan demi menjaga maruah keluarga."
"Emm, boleh sayang tanya sesuatu?" Hykarl tersenyum sebelum anggukkan kepala.
"Atok abang tahu ke pernikahan kita?" Hykarl gelengkan kepala.
"Kalau dia tahu pun, abang dah tak peduli. Abang dah penat, sayang. Penat dengan karenah manusia yang suka mengatur kehidupan abang. Penat, terlalu penat." rintih Hykarl bersama keluhan yang dilepaskan.
"Ya Allah..." Hykarl meraup wajahnya.
"Tapi..." Hykarl renung wajah Juliana seraya menggenggam erat tangan Juliana, wanita yang telah dinikahinya dan kini bergelar seorang isteri buat dirinya.
"Maafkan abang, sayang. Pernikahan kita ni abang buat secara tertutup."
"Abang, sayang tak kisah. Malah, sayang bersyukur sangat sebab abang dah halalkan hubungan kita dari kita terus membuat dosakan?" Hykarl mengusap rambut panjang Juliana.
"Terima kasih juga buat abang sebab terima sayang, anak yatim piatu yang tiada apa ni dalam hidup abang."
"Jangan cakap macam tu, sayang. Siapa pun sayang, keluarga sayang, abang terima dengan hati yang terbuka. Bukan harta benda yang abang mahukan, sayang. Abang nak seorang peneman yang mampu terima abang susah senang abang."
"Abang tak dapat janji bintang dan bulan untuk sayang. Tapi, selagi tuhan berikan abang kudrat, tulang empat kerat ni masih mampu mencari rezeki halal buat sayang dan bakal anak-anak kita." Juliana kerutkan dahi melihat wajah Hykarl berubah.
"Apa maksud abang? Abang cakap apa ni?"
"Yang..." berat rasa hati Hykarl mahu luahkan segalanya pada Juliana.
"Abang, abang ada apa-apa yang nak abang cakap?" mata redup Juliana, direnung dalam.
"Sayang, kalau abang dah takde apa-apa, sayang masih boleh terima abang?"
"Ya Allah, abang cakap apa ni? Kita dah janjikan, walau apa pun yang berlaku, abang tetap ada sayang. Kalau hidup kita sekadar cukup-cukup makan pun, sayang bersyukur selagi sayang ada abang di sisi."
"Abang risau, sayang. Abang risau abang tak mampu bertahan lagi dengan Lisa. Abang tak kuat, sayang..." ada getaran pada suara Hykarl.
"Abang, kenapa ni?" Juliana menarik tubuh encik suami lantas dipeluk erat. Belakang Hykarl diusap berkali-kali bagi meredakan tekanan yang Hykarl rasakan saat ini.
"Abang, abang..." Juliana leraikan pelukan. Kedua tangan memaut wajah tampan encik suami agar memandang ke arahnya.
"Abang, cakap dengan sayang sekarang. Apa yang abang pendam selama ni? Cakaplah, bang, supaya sayang dapat faham keadaan abang. Lepaskan semuanya, abang. Lepaskan..." pujuk Juliana.
"Abang minta maaf dah susahkan sayang dengan masalah abang."
"Hei, jangan cakap macam tu. Sayang dah jadi isteri abang dan sebagai seorang isteri, adalah menjadi tanggungjawab sayang untuk bantu abang..." mata bundar Juliana direnung dalam.
"Mengikut perjanjian yang dibuat Alisa, perkahwinan kontrak kami akan berakhir hujung tahun ini."
"Bukan abang cakap hari tu, perkahwinan abang dengan Lisa sepatutnya lima tahunkan?"
"Sebenarnya, Lisa janji untuk tiga tahun. Tapi, sebelum ni dia beria-ia merayu pada abang untuk kekalkan hubungan ni setahun lagi. Cuma sekarang, abang betul-betul tak mampu nak bertahan, sayang. Abang tak kuat..." sebak Juliana melihat wajah encik suami yang berubah riak.
"Abang..." wajah tampan Hykarl sekali lagi diusap dan dikucup sekilas.
"Ini bukan Tuan Hykarl yang sayang kenal. Apa yang abang pendamkan selama ini, abang? Abang kena lepaskan. Lepaskan semua..." Hykarl kalah dengan pujuk rayu Juliana. Hanya esakan dari Hykarl yang kedengaran di telinga Juliana saat dia mendakap erat tubuh kekar encik suami.
Juliana mengusap belakang Hykarl bagi meredakan ketegangan yang berlaku. Entah apa yang Hykarl lalui selama ini, hanya dia sahaja yang tahu.
"Abang minta maaf..." ujar Hykarl sebaik pelukan terlerai. Merah mata Hykarl dengan air mata yang masih bersisa, Juliana usap perlahan-lahan dengan tisu.
"Abang okey?" Hykarl anggukkan kepala.
"In shaa Allah, abang okey. Maafkan abang. Abang tak tahu kenapa abang terlalu beremosi hari ini."
"Abang terlalu letih simpan, pendam semua benda ni seorang diri."
"Allahuakhbar..." Hykarl meraup wajahnya sehingga ke rambut belakang kepala. Berat tanggungjawab yang Hykarl galas saat ini.
"Maafkan abang dah susahkan sayang. Abang terlalu tertekan dengan semua yang berlaku. Abang cuma rasa selesa bila dengan sayang..." pipi Juliana dielus. Bibir Juliana dipagut lama sebelum Juliana turut membalas kucupan Hykarl sehingga kedua tangannya Juliana merangkul leher Hykarl.
"Feel better, abang?" Hykarl tersenyum lebar bersama usapan di bibir Juliana. Keluhan berat dilepaskan.
"Jom, kita masuk bilik. Kita berehat, ya?" ajak Juliana. Hykarl angguk laju saat tangannya dilelar Juliana menuju ke bilik kelamin mereka.
"Sayang..."
"Ya?" Juliana menyapu serum di wajah dan losyen di kaki dan tangannya, rutin sebelum tidur.
"Abang tak bagitahu sayang tentang syarikat yang Alisa sekeluarga janjikan pada abang kalau abang bertahan sehingga tahun kelima?"
"Anak syarikat?" Hykarl angguk laju.
"Jadi, abang berminat nak miliki syarikat itu? Bagaimana kalau mereka menipu abang? Maksud sayang, apa yang dorang katakan tu sebenarnya hanya janji kosong, bagaimana?"
"Tapi, dalam perjanjian tu..."
"Abang, sayang bukan nak pengaruhi abang dengan perkara-perkara negatif. Tapi, abang tahukan yang sayang bekerjasama dengan pejabat guaman?"
"Apa maksud sayang? Abang...abang tak dapat tangkap maksud sayang."
"Begini, abang..." Juliana menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan.
"Abang ada salinan perjanjian perkahwinan tu pada abang?"
"Ada. Dalam almari..."
"Almari?"
"Don't worry, sayang. Kontrak tu kat rumah keluarga abang. Abang minta papa simpankan untuk abang sebagai bukti di kemudian hari."
"Alhamdulillah. Sayang bukan apa. Sayang risau, dorang akan cuba tipu abang dan menukar perjanjian tu."
"Tak mungkin. Takkan..."
"Abang, mereka berduit, abang. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri. Kalau sekarang abang cakap, Lisa tengking, maki abang depan keluarga dia pun, takde siapa tegur, abang rasa kalau Lisa buang abang dan bagitahu yang kontrak tu tak wujud, abang ingat dorang akan percayakan abang atau Lisa?" Hykarl terdiam.
"Sayang bukan nak takutkan abang. Sayang dah bekerja dengan bidang guaman ni lebih dari lima tahun, bang. Dah banyak bekerjasama dengan klien dan peguam yang korup, yang tak ikhlas dan amanah menjalankan tugas disebabkan wang ringgit." Hykarl mati diksi.
Kata-kata Juliana cuba dihadam. Hykarl faham maksud si isteri. Kalau hal agama, halal haram pun Alisa sekeluarga boleh remehkan, inikan pula kontrak perkahwinan mereka. Tak mustahil, apa yang Juliana katakan mengenainya, benar.
"Sayang minta maaf, dah buat abang risau hati. Tapi, itulah realiti dunia sekarang. Dengan wang ringgit, manusia sanggup gadaikan maruah diri demi sebuah kemewahan hidup yang tak kekal lama." keluhan Hykarl lepaskan.
"Abang risau, abang tak mampu nak bahagiakan dan mewahkan sayang."
"Hykarl Haizi, listen here..." kedua tangan Hykarl digenggam dan dikucup kekuranya.
"Abang, jika ditakdirkan kita tidak dapat hidup mewah seperti sekarang, kita masih ada tuhankan? Apa gunanya hidup mewah tapi kita tak bahagia?"
"Abang, takdir kita bukan ditangan manusia. Kita usaha dan tawakal, in shaa Allah, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Percayalah cakap sayang."
"Sayang masih ada rumah, tanah di kampung. Kita boleh usahakan. Tak jadi masalah pun kalau kita tak duduk kat bandar ni, abang. Lagipun, sayang kerja selama ini sebab nak tunaikan hasrat dan impian sayang yang dah lama sayang simpan." Hykarl tenung wajah Juliana. Wajah yang sentiasa membuat dia rasa tenang.
"Sekarang ni, sayang hanya boleh bagi nasihat kat abang je. Selebihnya, abang buatlah pilihan sendiri. Sayang tak nak jadi penghalang abang dalam mengejar cita-cita abang."
"Abang tak maksudkan begitu, sayang. Sebenarnya, abang..." terhenti bicara Hykarl seketika.
"Abang..."
"Nantilah, sayang. Abang akan bincangkan perkara ini dengan papa dan mama. Abang rasa sudah tiba masanya abang pilih haluan abang sendiri. Abang dah tak mampu nak bertahan dengan keluarga toksik ni lagi. Abang tak mampu." rintih Hykarl. Juliana mendakap tubuh kekar Hykarl.
"It's okay, abang. It's okay." belakang Hykarl diusap penuh kasih sayang. Tak dapat Juliana bayangkan penderitaan yang Hykarl lalui selama ini.
"Abang, sayang pergi kerja dulu, ya? Abang rehat. Jangan fikir yang bukan-bukan. Sayang dah masakan sarapan untuk abang. Nanti bangun, makan ya abang?"
"Thanks, sayang. Hati-hati drive kereta..."
enjoy reading guys...
Share this novel