"Hoi,perompak kat dalam tu!Masuk reti,keluar tak reti, bodoh!Keluar jelah.Senang sikit kerja."Lan berkata menggunakan pembesar suara dari kereta polis.
Perompak yang disebutnya ada Gang Anarkis . Gang mafia yang paling dikehendaki di Malaysia.
Mereka keluar. Mereka mengacukan senjata kepada pihak polis. Bermulalah insiden tembak menembak . Gang Anarkis menembak polis polis tersebut sehinggakan ada yang mati.
Asyraff,ketua mafia Anarkis membuka topengnya,dan menunduk untuk berkata kepada Lan yang telah terjatuh akibat ditembak di lengannya."Lagi senang,kau jaga aku ,aku jaga kau. Aku akan bagi kau duit. Aman dunia ni nanti."katanya sambil ketawa kecil.
Di balai polis,"Apa ni?!,kes kecil ni pun tak boleh handle." Kata ketua polis,Sam Abdullah."Kami dah buru mereka selama 3 tahun,tuan. Mereka sangat licik,dan berteknologi tinggi."Jawab Lan selaku ketua kes.
Esoknya,pagi."Jangan bergerak,awak ditahan!"gurau anak perempuan Lan sambil duduk di atas perut Lan yang masih terlena dalam tidur."Apa salah saya cik?"Kata Lan sambil melayan kerenah anaknya yang mahu menjadi polis sepertinya."Anda ditahan kerana menerima rasuah."ujar anaknya.Muka Lan berubah,dia agak terkejut dengan apa yang Putri cakap sambil teringat kembali apa yang dikatakan oleh Asyraff."Apa ni,budak kecil mana boleh cakap pasal rasuah,tak elok."Kata Lan sambil bangun dari baring untuk duduk di hadapan anaknya."Adik tengok kat tv"Putri berkata sambil mengajuk kembali apa yang di ujar di dalam tv yang ditontonnya.
Lan berdiri,siapkan diri untuk ke balai,dia turun ke tingkat bawah."Abang,hari ni abang bawa putri pergi sekolah ya?Sebab lepas tu saya nak pergi bayar bil."kata isterinya, Dayang."Abang dah lambatlah,awak hantarlah putri lepas tu pergi bayar bil,"kata Lan memberi alasan."Abang,ni ada dalam peti surat tadi."kata isterinya sambil menghulurkan sampul coklat yang berlogokan Anarkis dan dalamnya mempunyai duit yang dijanjikan oleh Asyraff. Lan memasukkan duit itu ke dalam poket bajunya ."Abang,duit untuk bayar bil?"kata isterinya."Nanti ambil dalam laci kat dalam bilik kita."kata Lan sambil keluar ke keretanya. Isterinya hanya mengangguk.
Manakala di tempat lain,
Asyraff berdiri di tingkat teratas sebuah bangunan sambil mengintip Lan yang sedang berjalan menuju ke sebuah kedai dengan menggunakan teropong."Tengok apa tu?"kata adiknya,Rizal."Tengok sasaran kita seterusnya."Jawab Asyraff selamba. Rizal yang tak nak mengganggu itu,turun. Asyraff masih tekun memerhatikan gerak geri Lan.
Lan merasakan dirinya diekori. Dia hanya berjalan . Dia berpaling sambil mengacukan sepucuk pistol dari poketnya kepada orang yang mengekorinya. Zul,dari unit X yang mengekorinya."Kau nak apa?!"tanya Lan. Marah."Ikut kau."balas Zul selamba sambil senyum jahat. "Pergilah!!"jerit Lan. Kuat. Zul tidak menghiraukannya.Zul still mengekori Lan.
Lan masuk ke sebuah kedai bakery,"Siapa owner kedai ni?"tanya Lan. "Saya."jawab owner bakery tersebut."Saya polis. Tutup bakery ini sekarang dan semua pelanggan keluar." Arah Lan. Setelah semua keluar,Lan mengarahkan 2 orang pegawai untuk mengawal di luar bakery."Apahal kau ikut aku? Kau siapa? Kau nak apa?"bertalu soalan dari Lan kepada Zul. "Aku Zul." Kata Zul sambil menunjukkan kad pengenalan polisnya." Aku telah diarahkan untuk membantu kau untuk handle kes ni dan aku mengekori kau kerana aku rasa kau ni 'hantu mereka' . Lan mula cuak tapi muka still selamba." Kau tak perlu tolong aku ,aku boleh handle sendiri dengan orang aku." Kata Lan . Marah. Ketika mereka sedang 'berbincang' di dalam,bom meletus di hadapan bakery tersebut. "Korang ok X?"tanya Lan .cemas."kitaorang ok."jawab 2 orang pegawai yang berjaga di depan.serentak.
Di sebuah bangunan,
Selepas melihat bakery itu dibom oleh ni orangnya,dia senyum jahat."Ini padahnya"kata Asyraff sambil berlalu pergi ke tempat lain.
Di Pusat pemerhatian CCTV ,"Macam mana korang boleh terlepas orang yang mengebom tempat tu!? hah!? Korang tak buat kerjakah!?" Marah Sam sebagai ketua polis . Lan,Zul dan orang Lan masuk.
Kalau X ok ,sorry. maafkan saya.
Share this novel