Lan masih diekori oleh zul.“ Apa lagi?” tanya lan.marah. “Tak ada apa,cuma ni kerja aku .” jawab zul.menaikkan lagi darah Lan.
Esoknya,Lan telah mendapat klu yang Anarkis akan merompak sebuah apartment yang mewah. Mereka seunit berkumpul di tingkat 5 apartment tersebut. Zul juga turut menyertainya. " Semua, jangan dengar cakap dia. Dia menipu. Apartment je bukan bank ." ujar Zul untuk mematahkan kepercayaan orang Lan kepada Lan kerana dia rasa yang Lan menipu." Apa kau cakap ni!?" balas Lan. marah. " Buka bonet kereta kau sekarang." arah Zul. " Kau nak buat apa?" tanya Lan . keliru. Zul tidak menghiraukan pertanyaan Lan dia terus ke bonet kereta Lan dan membukanya. Sebaik sahaja dia membukanya, ada satu beg yang mengandungi sejumlah wang yang banyak. Lan pergi ke bonetnya. Lan terkejut kerana dia pun sendiri tidak tahu macam mana duit tu boleh muncul dalam bonet keretanya. Dalam kepalanya hanya memikirkan satu nama. Asyraff. " perhatian kepada unit , diminta bergegas ke bank Seriwaya kerana disyaki ada rompakan berlaku." kata walky talky yang disangkut pada tali pinggang inspektor Zakir. " semua stay kat sini !" jerit Lan untuk mematikan langkah mereka. " Maaf Lan . Semua unit bergerak ke lokasi. Sekarang!" kata inspektor Zakir orang lama yang telah bertahun bekerja dengannya. Zul senyum jahat. Kerana dia rasa yang Lan memang betul betul menipu mereka. Mereka bergerak ke bank tersebut kecuali Lan ,dan 2 orang pegawai polis yang setia padanya.
Ditingkat 3 aparment tersebut , 3 orang ahli Anarkis keluar dari van yang telah diparking betul betul di sebelah pintu masuk ke tingkat 3. Sasa masuk ,mereka telah menembak seorang pakguard di hadapan pintu dan telah menarik perhatian Lan di tingkat 5 . Dia turun. Manakala di bangunan yang bertentangan dengan apartment tersebut, Asyraff dan Alyaa telah menunggu di sebuah bilik seperti yang dirancang untuk membunuh Lan . Mereka hanya perlu menggunakan senjata jarak jauh untuk menembak Lan. 3 orang ahli Anarkis tersebut hanya umpan untuk mengumpan Lan masuk ke dalam sebuah bilik yang telah ditempah khas . Lan mengekori mereka. Lan mula tembak menembak di dalam bilik tersebut . Seorang ahli Anarkis,Maria,telah mati ditembak untuk menyelamatkan 2 ahli Anarkis lagi , Rizal dan Aus . Orang Lan juga cedera ditembak di kakinya. Alyaa dan Asyraff melepaskan tembakan. Lan tercedera di lengannya agak teruk kerana senjata yang digunakan bukan senjata biasa . Senjata tersebut mereka ambil dari bilik rahsia Alyaa. Rizal dan Aus berlari ke luar jendela dan lompat dari sana menggunakan tali. Mereka berjaya. Lan mengejar mereka sehingga jejak mereka hilang .
Di bank Seriwaya pula, " maaf ,tiada rompakan,mungkin siren rosak ,maaf." kenyataan seorang polis yang mengawal tempat tersebut. Unit tersebut bergegas ke apartment itu semula dan masa mereka sampai, Inspektor Zakir berlari ke Lan yang telah berdarah di lengannya. Zul hanya mengelakkan diri daripada memandang Lan. Dia dia tak sangka yang firasatnya salah . Ambulans datang mereka merawat Lan dan salah seorang anggota lagi. Zul ditahan kerana disyaki cuba mengalihkan perhatian pihak polis kepada Anarkis. Dalam perjalanan ke balai, Lan dan 2 orang pegawai lagi membawa Zul ke balai .Namun,dalam perjalanan mereka ke sana, Asyraff dan Alyaa mengejar kereta polis tersebut menaiki kereta Lamborghini milik Asyraff. Asyraff mengeluarkan senjata dan mula menembak Lan yang sedang duduk betul betul di sebelah tingkapnya. Kereta Lan terbalik akibat terlanggar penghadang jalan untuk mengelakkan tembakan Asyraff . Asyraff memberhentikan keretanya di hadapan. Alyaa dan Asyraff keluar dari kereta sambil membawa pistol . Mereka cuba menembak Lan yang sedang menolong Zul dan orangnya keluar dari kereta yang terbalik itu. Tiba tiba datang sebuah kereta polis yang ingin membantu Lan " Letakkan senjata an......" belum habis ayat polis tersebut , Alyaa telah menembak polis tersebut hingga mati.Asyraff memandang Alyaa. Alyaa hanya mengangkat kepalanya sedikit sebagai tanda " apa" . Asyraff kembali tekun menembak Lan . Ada sebuah kereta merah yang berlogo Anarkis lalu di tepi mereka . Aus mengeluarkan kepalanya dan membalik bom kearah Lan. Lan berdiri di atas kereta polis yang cuba membantunya tadi .Dia menembak tayar kereta merah tersebut. Kereta itu terbabas, Rizal dan Aus keluar dari kereta. Lan telah menembak Aus dan Rizal yang cuba untuk menembaknya. Alyaa sedih melihat rakan rakannya yang dia telah anggap seperti abang dan kakaknya. Apatahlagi Asyraff .Rizal itu adiknya. Dia menjerit sambil menembak Lan menggunakan senjata baharu mereka. Pelurunya habis selepas tembak menembak dengan Lan .
" Sial !!" kata Asyraff sambil masuk ke keretanya semula untuk mengisi peluru turut sama dengan Lan. Alyaa cuma melindung Asyraff dengan cuba tembak Lan . Setelah itu,mereka sambung tembak menembak ,namun ,dalam tembak menembak itu Alyaa telah di tembak di lengan kirinya. Dan Asyraff mula menarik Alyaa ke dalam kereta dan pulang ke banglo Alyaa.
Unit mereka sampai ke tempat kejadian dan mereka sedar yang mereka terlambat. Zul tetap dibawa ke balai. Semasa dalam tahanan,dia memberitahu Lan yang tunangnya Mia dalam bahaya kerana dia fikir semula semasa dia melihat Alyaa, dia baru teringat yang tunangnya Mia adalah anak tiri kepada Sam. Dan anak kandungnya pula .... Alyaa. Lan hanya buat tak tahu dan pergi meneruskan kerjanya.
Malam di hari yang sama, " Ayah,esok hari lahir adik. Ayah datanglah ,kalau tak boleh, tak apa ,adik faham ." kata putri seakan tahu jawapan ayahnya. " Ayah boleh datang." pujuk ayahnya .
Esoknya , di kafe yang ditempah untuk majlis hari lahir anaknya. Putri tersenyum lebar kerana ayahnya boleh datang ke majlis hari lahirnya namun Lan kelihatan seperti tidak gembira kerana tiada senyuman yang di paparkan di mukanya . Putri dan rakan-rakannya bermain rebut kerusi di tengah cafe . " Daripada awak berdiri je kat sini,baik awak tak payah datang." bisik isterinya . " Kau jangan nak sibuk hal aku boleh tak !?" jerit Lan .kuat . " Sambung lah main...." kata isterinya menutup malu. Dia membuka lagu untuk mereka bermain . Tiba -tiba cermin tingkap cafe itu pecah akibat ditembak oleh Asyraff dan Alyaa . Semua orang menyorok Lan pula menolak anaknya ke belakang meja bersama isterinya ,Lan keluar. Asyraff cuba menembak Lan dan Lan jatuh. Putri yang tak sanggup melihat keadaan ayahnya. Meluru kehadapan ayahnya dan alyaa tertembak kaki Putri. Putri pengsan. Putri Lan dan isterinya berlari kearah putri yang telah pengsan itu. Alyaa dan Asyraff datang dekat ke arahnya. Lan melutut " Tolong lah ,kalau kau nak bunuh,bunuh aku jangan ganggu family aku." rayu Lan. "Bunuh kau pun tak guna lah. Kau boleh kembalikan adik aku ke!?" jerit Asyraff . Boleh nampak yang dia sangat marah. Alyaa hanya membisu di sisi Asyraff. " Dah ,jom pergi." arah Asyraff. Mereka berdua pulang ke banglo Alyaa. Putri dikejarkan ke hospital.
ini bab 4 juga mungkin ada salah silap dalam ni
Share this novel