“Jom, aku hantar kau balik" pelawa Asyraff. “Ok” hanya sepatah.
Di dalam kereta Lamborghini milik Asyraff,
“ Kaki dengan lengan kau sakit lagi ke?" tanya Asyraff,ambil berat.“Tak. Sikit je ni.” Alyaa tipu kerana tak mahu Asyraff bimbang sedangkan sakitnya ..... Allah je yang tahu."Macam mana dengan luka awak pula?" tanya Alyaa yang baru teringat tentang luka di tangan Asyraff. "Ok je " jawab Asyraff yang masih tekun memandu. Sampai di rumahnya, “Terima kasih.” Alyaa turun dan melambaikan tangannya ke arah Asyraff. “Oh sekejap.Esok,aku jemput kau.” Asyraff seperti bertanggungjawab ke atasnya. Alyaa senyum dan angguk tanda setuju.
Alyaa masuk ke dalam. Dia terus masuk ke dalam biliknya di tingkat 3. Dia tinggal berseorangan di rumah banglo 3 tingkat yang agak mewah.
Esoknya , memang betul apa yang Asyraff janjikan.Memang dia datang kerumah Alyaa dan menjemputnya.
Di tempat persembunyian mereka, “ Sebenarnya ,saya dapat tahu yang pihak polis telah dapat tahu tempat ni. Kita perlu berpindah.” Kata Alyaa. Semua agak terkejut . “ Kita nak pindah mana?” tanya Aus. “ Kita boleh pindah ke banglo saya. Sebab saya pun tinggal seorang diri,jadi,saya tak ada masalah kalau ada orang nak tumpang atau duduk terus.” cadang Alyaa.
Asyraff yang dari tadi asyik termenung melihat permandangan KLCC yang boleh dilihat terus dari tingkap bilik mereka memalingkan muka.“ Kita pindah hari ini. Sekarang,semua kumpulkan semua barang,senjata,dan apa-apa lagi masuk dalam van. Lepas tu kita gerak.” arah Asyraff. Semua keluar untuk mengemas barang barang mereka. “ Alyaa,tunggu sini.” panggil Asyraff. Alyaa kembali ke dalam bilik tersebut. “Ya?”
“ Macam mana kau boleh tahu yang pihak polis dah tahu tempat ni.” tanya Asyraff. Curiga. “ Saya ada orang dalam yang dah lama bekerja dengan ayah saya. Jadi ,apa - apa maklumat mengenai operasi ini atau bapa saya ,dia tahu. Semalam pun dia yang call saya dan cakap tentang ni. Bapa saya pun tak pernah tahu yang saya ada banglo ni. Jadi, saya rasa kita akan selamat." jelas Alyaa untuk meleraikan rasa curiga Asyraff.Tapi memang betul yang ayahnya tidak tahu yang dia ada banglo sendiri.
Tiba di banglo Alyaa, mereka mengemas barang barang mereka. “ Sekejap,kita tak akan duduk di tingkat ni tapi di tingkat yang lain.” kata Alyaa teruja. Mereka yang lain agak pelik tetapi hanya mendengar kerana banglo ini milik Alyaa.Termasuk Asyraff. Sampai di satu pintu, mereka masuk. Alyaa menekan satu butang yang ada di belakang pintu ,mereka semua terkejut kerana lantai bilik itu tiba tiba bergerak.“Kita nak pergi mana ni?" Alyaa tak menjawab pertanyaan itu . Lantai itu membentuk tangga yang membawa mereka ke bilik paling bawah. Dan hampir semua dari mereka terkejut apabila tiba di bawah.“Selamat datang ke ruang rahsia saya dan semua senjata yang anda mahu ,semua ada disini.” Alyaa berkata sambil menunjuk arah bilik mereka.
selepas mereka mengemas, mereka naik ke ruang atas. Seperti yang di beritahu,pihak polis telah tahu tempat persembunyian mereka yang lama ,sudah terpapar di skrin televisyen miliknya...
terima kasih.tetapi mungkin ada salah siap dalam tu maaf ya.
Share this novel