Masa sampai depan rumah Aiman, dah ramai budak-budak kampung yang beratur kat depan rumah nya. aku pun memarkingkan basikal bawak pokok kelapa depan rumah nya. aku melangkah ke arah Afifah, mahu menyuruh nya untuk jalan dulu. sebab aku malu.
"Afifah, kau jalan lah dulu. aku malu lah, kau kan tak malu haha gurau je." Ucapku pada Afifah, tapi anak mata ku meluruh ke arah rumah Aiman.
"Jom, tu lah kau lambat sampai. kalau tak kita boleh duduk depan."
"Kita dah besat kut, dah tingkatan menengah. malu lah nak duduk depan, bagi lah pulak can tu pada diorang."
Aku melihat sekeliling rumah Aiman, ramai nya yang datang. saudara mara dia pun ada.
"Munirah. kau baru sampai ek, kau mesti tadi belumba dengan Afifah kan." Ucap Aiman yang duduk di buai depan rumah nya.
"Iya baru je sampai, ni semua sebab kau lah." Desis ku tanpa menoleh nya.
"Kau masuk ikut pintu dapur je, Ummi aku ada kat dapur, Kak Athira pun ada sekali kat dapur."
"Dapur? ha iya lah." Aku pun menarik tangan Afifah melangkah ke arah pintu dapur rumah nya.
aku melepas selipar dan masuk ke dalam rumah Aiman yang terbilang Cantik serta Mewah.
aku mencari kelibat Ummi Marina, nak sampaikan salam Bonda tadi.
tetapi aku terjumpa dengan Kak Athira, kakak perempuan Aiman satu-satunya. aku pun bersalaman dengan nya, dan memberikan hadiah dari Bonda tadi untuk Thaqif adik bongsu Aiman.
"Kak, ni Bonda ada bagi hadiah untuk Thaqif." Ucapku sambil menghulurkan benda tersebut.
"Wahh iya ke, terimakasih Munirah. kalau nak jumpa Ummi, Ummi ada kat depan tu Munirah." Ujarnya yang tengah memotong buah tembikai.
"Eh tak apa lah kak, kitaorang duduk kat dapur je."
"heheh iya lah."
Aku pun berborak dengan Afifah serta kak Athira. sikit banyak membantu majlis mereka, tolong angkat pinggan. susun buah tembikai dan banyak lagi.
"Eh Munirah, datang pun. ummi ingatkan tak datang, sebab tak nampak kat depan tadi." suara Ummi Marina ketika melihatku dengan Afifah berada di dapur.
"Iya ummi dah tadi sampai, kat depan ramai kawan Thafiq. kita dah besar ni duduk dapur je lah." aku berdiri dan bersalam dengan nya.
"Ohh takpe duduk lah dulu, nanti kalau nak makan pergi depan tau. makanan semua ada kat depan tu. Ummi nak ke depan sekejap, takut ada kawan Ummi datang." Ucapnya dan melangkah pergi.
aku pun hanya tersenyum dan duduk semula di sebelah kak Athira.
"Munirah, Jom makan. aku lapar lah." Afifah ni memamg lah kan, kita baru je nak duduk.
"Alaa kejap lah, tengah ramai orang tu. tunggu diorang lepas makan, baru kita makan okay. tak habis lah lauk tu, masih banyak lagi."
"Ermm iya lah Munirah yang cantik. macam puteri jatuh dari kayangan." Afifah mula memerli ku.
"Kau jangan.... aku bagi siku kang ha. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah."
*****
"Munirah, kau nak makan apa?" Ucap Afifah yang berada di sebelah ku dengan memegang pinggan berwarna putih.
"Makan nasi briyani tu je lah, nampak sedap." Ujarku dan mula mengceduk nasi itu.
"Ermm Ceduk kan aku sekali boleh."
"Kejap, kau nak apa lagi? biar aku ambilkan."
"Daging lembu tu ambil lebih Munirah, kuah lebihkan sikit."
"Ha lagi, apa lagi?"
"Ceduk je lah apa yang ada kat situ, daging lebih kita makan daging Time raya aidil Adha je ahah."
"lagi nak apa?"
"Tu yang kat dalam bekas sebelah sana tu."
"Banyak nya kau ambil Afifah, habis ke? aku tengok badan kau kecik je tak besar-besar pun." Aku pula yang memerli Afifah.
"Hahaha kau jangan Munirah, kecik-kecik macam ni lah makan tak cukup sepinggan." Ucapnya dan mula melangkah ke luar rumah Aiman. aku mengikuti jejak langkah nya dari belakang.
masa sampai kat depan rumah Aiman, dia ada pulak makan kat situ dengan kawan-kawan dia. kawan dia pun kawan aku juga, sebab satu kampung semua kami berkawan.
"Girlfriend Aiman pun ada lah." Ucap Fikry yang duduk di sebelah Aiman.
"Ishh aku tak berminat lah dengan Munirah." desis Aiman.
"Aku pun tak minat lah dengan kau, dah lah degil."
Aku pun melabuhkan punggung ku duduk di meja sebelah meja mereka. aku duduk dengan Afifah, kak Athira dan Icha sepupu Aiman.
masa aku tengah berborak dengan mereka, Aiman dengan tiba-tiba menghulurkan sepinggan Puding jagung yang dibuat oleh Ummi Marina.
"Nah untuk kau, ummi aku suruh hantar ni kat kau."
"Eh aku boleh ambil sorang lah Aiman."
"ambil je lah Munirah oii, tak payah membebel boleh tak." Ucapnya meletakkan puding itu di atas meja.
"Wahh Munirah kena layan dengan Aiman." Ujar Kak Athira menyakat aku.
"Kau ambil lah ni Afifah, nanti biar aku ambil sorang kat dapur."
"Tak nak lah, aku dah kenyang Munirah. kau je lah yang makan." Ucap Afifah dan memindahkan puding itu ke hadapan ku.
"Ermm iya lah."
aku pun memakan puding jagung buatan Ummi Marina, memang sedap. dari dulu rasa tak pernah berubah.
"Duarrrrrrr." Suara belon meletup itu nyaring di telingaku.
"Oh mak Kau!! Aimannnnnn...... terkejut aku tau, aku tengah makan lah kau ni." Aku merungut geram dan menepuk lengan Aiman dengan kuat.
"Hahahah kesian....sorry, nasib baik tak tercekik. kalau tercekik nanti kau mati, kesian Haziq tak ada Girlfriends." Boleh pulak dia terkekeh. Ihhhhh geram nya aku, macam nak aku lepak budak Aiman ni pakai hanger baju.
"Munirah suka dengan Haziq ke?" Kak Athira menyoalku.
"Tak lah kak, Aiman ni memandai je."
"Hahaha sabar je lah, jangan marah-marah nanti jadi jodoh pulak dengan Aiman." Kak Athira turut sama menyakat aku. Afifah apa lagi, tergelak macam tak cukup nafas.
Aku pun ikut tergelak sekali bila dengar Afifah tergelak.
Selepas makan, aku dan Afifah menolong Kak Athira membasuh pinggan dan menyapu rumah.
aku membasuh pinggan dengan Kak Athira, Afifah pula menyapu rumah bersama Icha.
selepas semua nya siap, aku dan Afifah pun berpamitan nak balik. dah nak maghrib, nanti kalau balik lewat kena bebel dengan Ayah.
Aku melajukan basikal ku bersama Afifah, kami berlumba siapa dulu yang sampai rumah. rumah aku dan afifah hanya beza jalan sahaja.
Rumah Afifah kat jalan jasa 2. aku pulak kat jalan jasa 3.
aku membrek basikal ku tepat di depan rumah tinggal yang konon nya berhantu. banyak cerita mengenai rumah tersebut yang berada di tepi jalan.
"Afifah, tak jadi mandi sungai lah. dah senja, aku nak balik nanti Ayah aku marah." Ucapku pada Afifah yang berada di sebarang jalan.
"Okay, Nanti malam kita lepak macam biasa kan? esok kan cuti."
"InsyaAllah, nanti kalau boleh aku jemput kau." aku memandang rumah tinggal tersebut, meremang bulu roma aku, Aku pun melajukan basikal sampai ke rumah.
Share this novel