BAB. 01.

Romance Series 16393

SELESAI sahaja jadwal pelajaran yang pertama untuk hari ini, tampak Munirah sedang sibuk mengemas beberapa buku miliknya yang masih berada di atas meja belajar.

Wanita itu tampaknya sangat tergesa-gesa. bagaimana tidak, jika tadi subuh dia terlambat bangun dan tidak sempat untuk memasak bekalnya. Mujur saja dia tidak terlambat untuk tiba disekolahnya, jika hal itu terjadi, maka Munirah akan menerima hukuman untuk yang kesekian kalinya kerana ulahnya sendiri.

"Munirah, jom kita pergi kantin." Ucap Afiyah seraya menarik lengan Munirah.

Pandangan mata yang tadinya tunak pada beg sekolah, kini menoleh ke arah Afiyah yang sudah berdiri di sebelah kirinya.

"Alaaa kau ni, kejap lah. Kantin sekolah tu bukannya berjalan pun, tunggu sekejap okey.." ucap Munirah dengan wajah yang merungut. Tangannya menarik zip pada beg berwarna hitam yang baru sahaja dibelikan oleh ayah nya minggu lepas.

"Hai Munirah!!" Dengan senyuman yang lebar di wajah, seorang lelaki berdiri dihadapan nya.

Wajah yang tadi nya tertunduk kini diangkatnya dengan perlahan.

"Kenapa Aiman? Kau nak apa?" Soal Munirah dengan wajah lesu nya, seperti orang yang tidak larat.

"Ermm ummi aku, suruh jemput kau datang. Birthday adik aku, petang nanti." Ucapnya seraya tersengih kambing.

"Aih Munirah je? Aku tak kau jemput sekali ke?" Sampuk Afifah, Mula bersuara saat tersedar nama nya tidak disebut oleh sosok lelaki yang konon katanya paling kacak di dalam sekolah ini.

"Aishh kau ni, mengacau je!" Perli Aiman seraya memandang Afifah.

"So kau jemput aku ke tak?" Soal Afifah lagi memastikan.

"Iya..iya.. kau datang lah, bawak budak Munirah ni sekali, jumpa nanti. Bye Munirah!" Usik Aiman dengan tersengih-sengih seraya beredar dari situ. Manakala Afifah pula sibuk melambaikan tangannya ke arah Aiman.

Melihat Aiman telah melangkah keluar dari kelas nya, Munirah melepaskan satu keluhan yang amat berat. Wanita itu merasa lega, kerana langau pengacau itu telah pergi.

Tiba-tiba sahaja, kepala lelaki itu muncul sekali lagi di tingkap yang berada di sebelah Munirah.

"Baaaaa...." pekik Aiman mengejutkan Munirah. Terjungkit tinggi bahu wanita itu dek terperanjat.

Spontan saja Munirah membalingkan gumpalan kertas diatas meja nya tepat pada Aiman, tetapi lelaki itu mahir mengelak sehingga dia tidak terkena sedikit pun dari serangan itu.

"Wuhhhh tak kena!!" Usik Aiman, seperti mengejek-ngejek Munirah. Baru sahaja tangannya mahu memukul Aiman, tiba-tiba seorang guru memanggil anak lelaki itu, tak lengah Aiman langsung menghampiri guru yang memanggilnya dan meninggalkan Munirah disana.

"Nasib baik kau pergi, kalau tak memang aku lempang kau sampai lembek Aiman." Ucap Munirah lagi, tangan nya digepal-gepalkan.

"Jangan marah, rileks lah. Jom pergi rumah Aiman." Ucap Afifah pula.

"Yang kau ni pun, Ya Allah Afifahhh, arghhhh... kau tahu tak, aku tak nak datangĀ  TAK NAK, yang kau sibuk nak datang tu kenapa?" Munirah melepaskan geramnya, tadi Aiman, sekarang ni Afifah pula. Serabut kepalanya dibuat dua orang rakan nya itu.

"Dah jangan nak merengut, jom pergi kantin." Ucap Afifah kemudian memimpin tangan Munirah untuk melangkah bersama.

Setibanya di kantin sekolah, Munirah langsung melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi yang terbuat dari batu, yang diletakkan dibawah pohon. Wanita itu bersandar, dia benar-benar lemah kerana tidak sempat sarapan tadi pagi. Manakala Afifah pula, memesankan makanan untuknya.

Munirah memandangi langit biru yang cerah dihadapannya, seperti ada rakaman yang diputarkan dan bermain-main didalam kepalanya.

Tragedi buruk tiga tahun lepas itu di ingatinya kembali, saat ibu dan ayahnya bergaduh kerana satu kecurangan didalam hubungan rumah tangga mereka.

Ayah Munirah tertangkap basah oleh adik iparnya sendiri saat dia dan scandalnya baru sahaja melakukan check out dari hotel dikawasan pejabat kerja mereka.

Kejadian itu menjadi mimpi buruk yang tidak pernah Munirah sangkakan, sejak hariĀ  itu kehidupannya menjadi kelam, semua harapan nya musah begitu sahaja.

"Hoi.. kenapa kau termenung tu?" Tegur Afifah.

Wanita itu melabuhkan punggungnya duduk disebelah Munirah yang masih termenung.

"Aku tak tahu masa depan aku nanti macam mana, mesti tak seindah orang lain kan, yang bertuah dalam kehidupan mereka." Ucap nya begitu sahaja, seperti setengah sedar.

"Kau oke ke?" Soal Afifah.

"Kalau hidup ni sebuah pilihan, aku tak nak lahir kat dunia. Iya lah, sebab aku tak rasa apa-apa pun kebahagiaan." Sambungnya lagi, seperti sedang berdialog dengan seseorang.

Afifaf hanya diam, mendengarkan semua ucapan yang keluar dari bibir rakannya itu. Tanpa di sedari, air matanya jatuh membasahi pipi yang bersih dan mungil itu. Perlahan jari jemarinya mengusap, samar-samar terdengar, Munirah teresak beberapa kali. Tak sampai hati melihat itu, Afifah meletakkan dua bungkus nasi di atas meja batu. Tubuh nya dialihkakan merapat ke sisi Munirah, tangannya mula melurut lembut bahagian belakang wanita itu.

Kemudian Afifah memegangi kedua belah tangan Munirah dengan erat, kini mereka saling berhadapan antara satu sama lain.

"Kau kena kuat. aku yakin, kau boleh hadapai semuanya." Tutur Afifah, memberikan sokongan agar Munirah tidak berputus asa dengan kehidupannya.

Matanya memerah, air jernih memenuhi kelopak matanya. Munirah menoleh ke arah Afifah. Wanita itu mengukirkan satu senyuman kecil.

"InsyaAllah..terima kasih!" Ucap Munirah, tangannya turut menggenggam erat jari jemari Afifah.

* * *

Saat Munirah dan Afifah sedang berjalan menuju pintu pagar sekolah, langkah kakinya terhenti saat ada seseorang yang memenggil namanya.

Perlahan Munirah menoleh ke arah belakang, sosok lelaki yang di minatinya tengah berdiri di belakang sana. wajahnya langsung segar, senyuman lebar terukir dibibir, tubuh yang tadinya lemah kini terasa lebih bersemangat.

"Munirah tunggu!" Ucap Haziq sedikit terpekik.

Munirah menganggukkan kepalanya dengan secalit senyuman.

"Dah mula dah drama cinta tv3." Perli Afifah saat melihat rakannya tersengih-sengih.

Lelaki itu melangkah sedikit berlari kecil ke arah Munirah seraya membawa bola basket ditangan.

"Kau orang dah nak balik ke?" Soal Haziq.

"Ha.ah dah nak balik, kenapa?" Soal Munirah pula.

"Ooh..aku nak pinjam buku sains, boleh ke?"

"Boleh..tunggu kejap! Nah." Ucap nya seraya menghulurkan sebuah buku.

"Okey, thanks tau..esok aku pulangkan balik." Ucap Haziq kemudian beredar pergi dari sana.

Munirah hanya mengangguk-anggukan kepala nya seraya tersenyum. Wanita itu kembali memimpin tangan Afifah yang dileraikan nya tadi.

"Kau nak bagi hadiah apa untuk adik Aiman?" Soal Afifah.

"Tak tahu lagi, tengok lah nanti macam mana. Kalau pak cik aku tak busy, aku nak ajak dia keluar sekejap cari hadiah." Jawab Munirah dengan wajah mencebik, kakinya menyepak batu-batu kecil di tepi jalan.

Dibawab teriknya matahari, saat mereka berdua sedang menelusuri jalan kampung. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sisi kiri Afifah, mereka berdua sama-sama menoleh ke arahnya.

Tingkap kenderaan itu terbuka sepenuhnya.

"Assalamualaikum.." ucap ummi Marina, ibu kepada Aiman.

"Wa'alaikumussalam ummi." Sahut mereka berdua secara bersamaan.

"Jom balik dengan ummi."

Afifah menoleh ke arah Munirah, wanita itu memberi kode agar meng iya kan tawaran ibu Aiman itu.

"Tak apa lah ummi, kita orang jalan kaki je." Jawab Munirah dengan senyuman.

Mendengar itu Afifah langsung menghela nafas panjang.

"Kalau Munirah tak nak, ummi tumpangkan saya je lah. Panas tengah berdenting ni, rumah jauh lagi." Ucap Afifah dengan selamba seraya tersengih kambimg.

"Eh boleh sangat, jom lah naik. Munirah tak nak ikut sekali ke?" Soal Marina sekali lagi.

"Tak apa ummi, terima kasih." Jawabnya lembut.

"Munirah memang macam tu ummi, ada tumpangan free dia tak nak. Kalau macam tu tak apa lah, kita orang jalan kaki je." Ucap Afifah pula.

Marina tersenyum.
"Ha iya lah kalau macam tu, jalan baik-baik tau. Petang nanti jangan lupa datang." Ucap Marina lagi.

"InsyaAllah ummi." Jawab mereka serempak.

* * *

Setibanya di muka pintu rumah, Munirah memejamkan matanya dan menghirup nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya secara perlahan. Kakinya melangkah ke samping, berkaca di tingkap rumah.

Mata sembab nya masih kelihatan, dia tidak boleh menunjukkan kesedihannya di hadapan sang ibu yang sedang mengalami depresi teruk akibat kes perselingkuhan ayah.

Perlahan jari menekan-nekan bahagian bawah mata agar sembab itu berkurang, hampir lima minit dia berdiri disana akhirnya Munirah membuka lock pada pintu utama dirumahnya.

Tangannya menolak daun pintu, wanita itu melepaskan satu keluhan yang panjang. Kasut di buka kemudiam diletakkan di atas rak.

Pemandangan yang sama, seperti hari-hari biasanya. rumah dua lantai itu akan bersepah setiap harinya, dek kerana ulah ibunya sendiri.

"Assalamualikum, ibu." Panggilnya seraya melangkah menuju ruang tengah.

Tiada apa-apa sahutan dari sana, Munirah mula panik. Dia bimbang jika ibunya nekad melakukan hal-hal yang lebih bodoh dari setakat ini.

Seluruh ruangan di dalam rumah itu di masukinya satu persatu. Tetapi sang ibu masih tidak dijumpai, Munirah mula panik.

Wanita itu berlari ke dalam bilik tidurnya, menanggalkan semua pakaian sekolahnya dan bergegas mencari sang ibu, saat dia akan melangkah keluar dari rumahnya. Salah seorang jiran mehampirinya.

"Kenapa kelam kabut tu Munirah?" Soal jirannya.

"Ibu tak ada kat rumah, mak cik ada nampak itu ke?" Soal nya dengan nafas tercungap-cungap.

"Ooh, ibu kamu di bawa dengan ummi Marina tadi pakai kereta." Jawaban dari wanita itu melegakan hati Munirah.

"Allah.. saya dah risau. Bimbang ibu kenapa-napa. Terima kasih banyak mak cik." Ucap Munirah kemudian beredar dari situ, dan akan pergi ke rumah Marina yang berada dihujung kampung.

Setibanya disana, suasana dirumah itu telah ramai oleh beberapa ahli keluarga mereka yang datang. Munirah melangkah masuk melalui pintu dapur, dari kejauhan dia melihat sang ibu sedang duduk bersama dengan ummi Marina.

"Nak masuk ke tak? Tapi segan lah pula, belum mandi lagi." Batin Munirah, tangan menarik lengan baju dan di hidu nya.

"Masam..bagus aku balik mandi, lepas tu cari hadiah dan jemput Afifah." Ucapnya lagi berbicara seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience