Aku bonda serta walid duduk di ruang tamu rumah kami tak tak seberapa luas. Aku ingin meminta pandangan walid pada Haziq, lelaki yang aku minati sejak dulu lagi. Tiga bulan selepas spm aku berkomunikasi dengan Haziq melalui whatsapp, aku dan Haziq sepakat untuk berkahwin bulan depan.
"Walid, Munirah nak cakap sikit boleh?"
"Iya munirah, Cakap lah."
"Minggu depan Haziq dengan Family dia nak datang sini Walid, nak masuk meminang kata nya."
"Kamu betul ke ni Munirah?"
"Betul Walid."
Sebaik sahaja mendengar itu, Walid hanya terdiam mengetap bibirnya dengan rapat. Aku pun ikut terdiam, betul ke apa yang aku cakap tadi? Ke aku tersalah cakap?
"Nanti lah Walid fikir lagi macam mana." Ucap nya dan memimpin tangan bonda masuk ke dalam bilik. Aku hanya tersenyum pada walid dan bonda, aku pun melangkah masuk ke dalam bilik.
"Haziq, Walid saya cakap nanti dia fikir dulu macam mana." Mesej ku padanya.
"Ohh, iya lah. Nanti apa - apa bagitahu ya."
Aku akui Haziq adalah lelaki baik, tak banyak cakap orangnya. Dan paling penting bukan kaki bully macam orang sebelah tu, dia adalah palajar yang kerap di sanjung kerana kepandaian nya dari banyak segi. Walaupun aku tak tersangat pandai, tapi aku masih boleh di katakan pelajar cemerlang.
***
"Assalamualaikum Munirah."
"Wa'alaykumussalam, Ohh Afifah. Masuk lah duduk dulu, aku buatkan air sekejap." Ucapku sambil membuka pintu.
"Eh tak payah lah nak susah - susah, aku nak hantar ni je mak aku bagi." Ucapnya sambil menghulurkan mangkuk tingkat berwarna putih.
"Lah apa ni? Kau ni macam tahu - tahu je bonda aku tengah cuti masak."
"Ohh iya ke? Jom lah makan sama - sama duduk tepi sungai tu, kat pondok kemah kita biasa tu."
"Boleh, kejap ek."
"Okay."
Aku pun membawa Mangkuk tingkat tersebut ke dapur, dan meletak kan nya di atas meja makan rumah kami.
Aku membuka peti sejuk dan mengambil beberapa potong cake yang bonda buat malam tadi. Meletak kan nya dalam pinggan dan membawa sobotol air oren ke depan.
"Jemput lah makan afifah, bonda aku ada buat cake pisang tu." Ucapku sambil meletakkan cake itu di hadapan nya.
"Ah ini Favorit aku ni, Cake terpaling sedap adalah cake yang bonda kau buat." Ungkapnya sambil menjamah sepotong cake.
"Alaa kau ni, Ummi Marina buat sedap jugak kan?"
"Iyaa, dua dua sama sedap. Lagi - lagi kalau dapat makan selalu."
"Ermm biasa lah, nama pun Afifah." Aku tergelak melihat gelagat kawan serta sepupu rapat ku ini.
"Jadi ke Haziq nak datang tu Munirah?" Walid menyoal aku yang tengah berborak dengan Afifah, pasal sambung belajar kami di London.
"Insya Allah esok petang walid."
"Ha bagus lah, petang nanti ajak bonda kamu tu belanja sikit. Buat makan - makan untuk tetamu." Ucap Walid dan pergi, masuk ke dalam keretanya.
"Munirah.. Betul ke kau nak Kahwin dengan Haziq tu?"
"iyaaa betul, kau ada nampak ke yang aku ni tengah menipu?"
"Ishh tak ada lah, bukan macam tu. Aku just tak yakin je, tapi kau tak perlu bimbang. Sebab aku selalu do'akan yang terbaik untuk kau."
"Ha macam tu baru Afifah, Terima kasih tau sebab kau dah jadi kawan yang baik untuk aku."
"Alaa sama - sama, kau pun baik apa." Ucap nya dengan tersenyum.
"Petang nanti kau ikut aku ya Afifah, kita belanja sekali."
"Ha iya lah."
***
"Munirah, bawak nasi tu lebih sikit. Kita lepak kat sungai sampai petang." Afifah menjerit pada aku yang tengah memasukkan nasi ke dalam mangkuk tingkat untuk di bawa ke sungai.
"Iyaa, kau pun tolong lah bawak kan air ni masuk botol tu." Aku pula yang menjerit.
"Iyaa kejap, aku datang ni."
"Mana botol nya?"
"Ada dalam laci kabinet tu, tengok je situ. Bonda aku ada susun dalam tu."
Siap semua bekal untuk kami ke sungai, aku dengan Afifah pun menyangkut kan plastik berisikan makanan itu ke pemegang basikal.
Sesampainya di pondok sungai, aku bersama Afifah terus makan sama - sama. Pondok ni walid yang buat untuk orang mancing ikan, lepak petang - petang.
Walaupun sekarang umur aku dah 20, tapi aku dengan Afifah masih lagi macam budak - budak.
***
Aku bonda serta Afifah tengah berbelanja di market, ternampak Aiman dengan Ummi nya yang tengah berbelanja juga. Bonda yang perasan dengan kelibat ummi marina terus memanggilnya.
"Ina...." Panggil Bonda.
"Eh Fatimah, banyak belanja nak buat apa?" Ucap Ummi marina bersalam serta melaga kan pipi kanan dan kiri mereka.
"Ohh ni ha, Keluarga Haziq nak datang. Nak masuk meminang Munirah ni petang esok, jangan lupa datang rumah tau bawak Athira sekali." Ucap Bonda, Aiman yang mendengar itu terus berubah ekspresi muka nya, yang tadi tersenyum terus jadu hambar.
"Ya Allah, dah ada yang meminang ya Munirah. Alhamdulillah orang kampung kita juga, tak lah jauh nak balik raya." Ummi Marina berseloroh, sebab haritu masa aku kecil - kecil aku sslalu berborak dengan kak Athira, berangan nak punya suami mat saleh. Hahahah.
"Iya Alhamdulillah Ina. Eh Aiman nanti datang sekali tau." Ucap Bonda pada Aiman yang tengah memegang Stroller Ummi nya.
Dia tersenyum ke arah bonda. "Insya Allah Cik Ina."
"Jom Ummi, banyak lagi barang yang kita nak cari ni." Ucap Aiman sambil memimpin tangan Ummi Marina.
"Ah iya lah, minta diri dulu ya Ina. Munirah, Afifah. Assalamualaikum." Ucap nya dan berlalu meninggalkan aku serta bonda.
Afifah mendekatkan tubuh nya ke sebelah ku.
"Munirah, kau nampak tak muka Aiman bertukar tadi masa bonda kau cakap Haziq nak meminang kau?" Soalnya sambil berbisik.
"Iya nampak, kenapa eh? Dia kawan baik kot dengan Haizq tu." Ucapku memberhentikan langkah kaki.
"Ha itu lah, aku pun pelik."
"Ha Munirah Afifah, kenapa tercegat kat situ? Nanti kejap lagi dah malam." Bonda mengejutkan aku dan Afifah.
"Eh Sorry Bonda." Jawab ku tersengih dan menarik tangan Afifah.
***
"Assalamualaikum."
"Wa'alaykumussalam, cuba tengok kat depan tu Munirah. Macam suara ummi Marina." Ucap bonda.
"okay bonda." Ucapku dan berjalan ke arah pintu utama.
"Ohh Ummi, jemput masuk ummi. Datang sorang je ke?"
"Tak munirah, datang dengan Ka Athira tu."
"Ohh hehe, masuk lah ummi. Bonda ada kat dapur tu dengan Afifah."
Ummi Marina hanya tersenyum dan melangkah ke arah dapur.
Aku pulak menunggu kak Athira, nak tanya kenapa Aiman tak datang?
Share this novel