//Flashback//
3 Hari sebelum penerbangan Ke US
Minki ingin bertemu dengan pengarah Hospital Besar Honghae atas urusan pertanyaan kepada pelatih yang tidak lepas peperiksaan tempoh hari . Tiba sahaja di hadapan pintu bilik pengarah , Minki terdiam kerana terdengar satu perbualan .
"Awak dah dapatkan senarai nama 20 orang yang lepas test tu ? ". Tanya pengarah Lee kepada seorang doktor pakar yang bernama Jung Ilwoo .
"Ya, selebihnya akan menduduki peperiksaan seterusnya dan menjadi doktor practikal bagi yang mencapai markah 90 dan ke atas ". Terang doktor Ilwoo.
"Saya dengar ada lagi seorang pelatih lepas peperiksaan tu , tapi tak dapat sertai pelatih yang lulus ujian yang lain tu apa sebab ?". Tanya pengarah .
"Ohh ..dia memang lulus , tapi markah tak melebihi peratus yang ditetapkan ". Terang doktor Ilwoo.
"Apa nama dia ?".
"Han Mirae . Jadi dia akan mengambil ujian seterusnya nanti . Ramai juga pelatih lain ada cakap Han Mirae tu budak lembab la , apa la ,macam2 lah jadi kami tak dapat am-".
"Siapa cakap dia budak lembab ?". Tanya Ren yang terus menerjah ke dalam bilik pengarah .
"Choi Minki ..apa kamu buat di sini ? kamu kan sepatutnya ada temubual dengan pelatih practical lain untuk ke US pada esok hari ". Tanya doktor Ilwoo yang terkejut dengan kehadiran Ren.
"Saya tolak . Saya takkan pergi ke US selama 3 tahun ". Bentak Ren .
"Kamu ada apa-apa urusan ke datang ke sini ?". Tanya pengarah .
"Annyeonghaseyo . Nama saya Choi Minki . Saya merupakan pelatih tahun satu yang diambil pada tempoh hari .Saya dengar Han Mirae lulus ujian tu tapi dia tak dapat masuk hanya sebab markah terlalu rendah ? berapa markah dia ? boleh saya tahu ?".
"Tu hal privacy , pihak hospital tak dapat bagitahu kamu ". Celah Doktor Ilwoo.
"Kalau macam tu next ujian saya taknak Mirae ambil ujian lagi . Saya harap pihak hospital dapat menerima dia . Bukan senang nak lulus ujian kedoktoran tu .Saya tahu Mirae macam mana .Ya, betul pandangan orang tentang dia tapi kalau dia lulus tu bermakna dia dah berusaha keras ".Kata Ren dengan bersungguh .
"Kamu tak ada hak nak ca-".
"Apa hubungan dia dengan kamu ?". Tanya Pengarah memotong kata-kata Jung Ilwoo.
"Tak penting apa hubungan kami , yang penting dia orang terpenting dalam hidup saya ". Sambung Ren lagi .
"Macam ni la . Saya akan terima Han Mirae pada ujian seterusnya tanpa dia duduki ujian . Tapi kamu perlu mnyertai practical untuk doktor pakar di US selama 3 tahun tu .Boleh ?". Tanya pengarah seperti memberi cadangan .
"Kalau saya tolak juga?".
"Maksudnya Mirae perlu jalani ujian lagi selepas ni dan ujian seterusnya kemungkinan jauh lebih susah dari sekarang sebab soalan yang diberi adalah soalan yang direka dari hospital besar Sedney ". Kata pengarah lagi .
"6 bulan bukan sekejap ...kalau Mirae terpaksa tunggu lagi 6 bulan ...terlalu lama untuk duduki ujian tu ...tapi macam mana aku dengan Mirae pula ? dah tentu la kami akan terpisah selama 3 tahun ni ...tapi macam mana kalau Mirae tak lulus ujian seterusnya lagi pula? tidakkah terlalu lama jangka masanya .....". Fikir Ren di benak hatinya . "Arraso , saya akan sertai latihan doktor pakar tu selama 3 tahun di US .Saya harap tuan juga dapat menerima Mirae tanpa sebarang ujian lagi selepas ni .Bila saya dah jadi doktor pakar nanti saya janji akan ambil Mirae sebagai pembantu saya walau macam mana sekalipun . Tu janji saya .Saya minta diri dulu untuk buat persiapan saya ".Ren terus keluar dari pintu bilik pengarah .
"Tuan , tuan pasti ke dengan semua ni ?". Tanya Doktr Ilwoo seperti tidak percaya .
"Ya , saya percaya budak tu ". Pengarah Lee tergelak kecil .Doktor Ilwoo masih tercengang.
//End flashback//
5 bulan kemudian ...
Mirae berdiri di hadapan pintu utama Hospital Besar Heonghae .
"Ok , kali ni aku mesti boleh ! macam mana pun aku kena lulus juga . Ya, untuk apa aku perlu ikut Ren sedangkan dia dah jalani kehidupan dia di US ..mesej aku dia tak reply , call aku dia tak angkat. Sibuk sampai macam tu sekali ? fine! saya pun dah tak pedulikan awak la! ". Marah Mirae dalam hati .
Tanpa membuang masa Mirae terus melangkah masuk ke dalam hospital sambil memegang beberapa buah buku di tangannya .
"Eo ? L! awak buat apa di sini ?". Mirae memandang L dengan terkejut .
"Omo! Han Mirae-ssi! lama tak jumpa awak! ". L berdiri dari kerusinya .
"Tu laa...berbulan kita tak jumpa .Sejak saya pindah , kita tak brsemuka macam dulu lagi ".
"Kan ..saya tak sangka pula boleh jumpa awak kat sini .Jodoh kut ". L tergelak kecil .
"Erm yela tu ". Mirae sekadar menggeleng kepala sambil tersenyum .
"Kalau awak tahu , sampai sekarang saya masih sukakan awak". Bisik L dalam hati sambil memandang wajah Mirae .
"Diminta semua pelatih masuk ke bilik periksa sekarang ". Panggil seorang nurse .
"Kajja". L menarik tangan Mirae.
"Eh awak ambil ujian juga?". Mirae memandang L dengan terkejut .
"Mesti la . Saya pun nak jadi doktor juga ". L tergelak kecil .
"Aigoo awak ni .Ada2 je ". Mirae menggeleng kepala sambil tersenyum .
"Han Mirae-ssi ". Panggil seorang nurse .
"Ya?".
"Awak tak perlu duduki ujian peperiksaan ni . Awak sudah diluluskan ". Kata nurse itu sambil tersenyum .
"Waeyo ? saya belum ambil lagi ujiannya ".
"Ya , tapi pengarah dah setuju ambil awak . Dia dah tengok keputusan ujian awak sebelum ni .Walaupun markah awak tak menepati peratus , tetapi awak diluluskan".
"Kenapa sekarang ujian saya baru diluluskan ?". Tanya Mirae dengan hairan .
"Macam saya cakap .Markah awak tak menepati peratus sebenar ".
"Kalau macam tu saya perlu duduki ujian la .Tak rasa tak adil ke saya tak jalani ujian ,tapi diluluskan pula ".
"Seseorang dah tolong awak luluskan ujian ni . Siapa tu saya tak tahu ..saya hanya menurut arahan saja . Jadi , harini awak tak perlu jalani ujian tu arraso ? awak tunggu beberapa hari lagi ,pastu awak masuk sekali dengan pelatih practical yang lulus untuk ujian kedua ni arraso?".
"Aa..nae...a-arraso ...". Mirae hanya mengangguk perlahan .Tidak faham situasi sekarang . Markah tidak menepati peratus? dah lulus ujian ? orang tolng ? nuguya? ...
Skip!!!!
Beberapa hari kemudian , Mirae kembali ke hospital tersebut sebagai pelatih practical bersama pelatih lain .
"Eo ? Mirae yaa ..awak lulus ke ujian tu ? kenapa saya tk nampak awak dalam bilik periksa kemarin ?". Tanya L dengan hairan .
"Aaa haah ..saya lulus .. entah la awak , nak cerita pun sya sendiri tak faham situasi .. tapi ..wowww ...awak lulus juga L ? daebak la!! ". Mirae terloncat-loncat keriangan .
"Haha mesti la .Kita kan tak boleh berpisah". Kata L sambil tersenyum .
"L , awak tahu Nana di mana sekarang ?". Tanya Mirae.
"Nana ? Nana sekarang sibuk tolong parent dia uruskan syarikat . Dia kan kaya ". Kata L dengan mendatar .
"Eo ? jinjja ? daebak !! ". Mirae menepuk tangannya .
"Takpe , yang penting sekarang kita dah ada hala tuju masing2 arraso ? mari teruskan perjuangan kita sebagai doktor!!". L menyahut dengan bangganya .
"Awak ingat senang ke nak jadi doktor ? kita ni doktor practical selaku doktor pembantu je tau . Takpe , kita usaha lagi ok ? ". Mirae mengangkat hi5 ke arah L .
"Okey! fighting! ". L menepuk tangan Mirae .
SKip!!
3 tahun kemudian ... (cepat noo ..HAHAHAHA)
Semua doktor diminta berkumpul di sebuah bilik mesyuarat temasuk doktor practical dan lain2 .
"Mesyuarat apa ni L ? ".Tanya Mirae yang agak terlewat dari doktor lain kerana Mirae datang dari wad E .
"Saya pun tak tahu . Saya baru je tengok dalam fon tadi pengarah hantar chat untuk semua berkumpul di bilik mesyuarat pada jam 3 petang . Awak tak tengok fon ke?". Tanya L .
"Tak . Saya datang ni pun sebab berselisih dengan kawan saya yang nama Yuri tu .Dia doktor practical juga , tapi atas kita ". Kata Mirae .
"Wah awak dah ada kawan baru ? ok la tu ". L tersenyum memandang Mirae .
"Hey mesti la .Ingat awak je ke ada kawan ". Mirae tergelak kecil .
"Baiklah semua .Tanpa melengah masa yang ada ni , saya nak lanjutkan saja mesyurat ni . Pertama sekali saya minta maaf kepada doktor2 semua kalau saya ada mengganggu masa doktor sekalian .Tujuan saya kumpul semua doktor pada petang ni adalah kerana saya ingin memperkenalkan kepada doktor semua beberapa orang doktor pakar yang diluluskan oleh Hospital Besar US tempoh hari . Mereka baru tiba pada penerbangan bagi tadi . Sila masuk ". Arah pengarah . Semua doktor di dalam bilik mesyuarat itu kelihatan teruja apabila dengar saja tentang doktor pakar .
4 orang doktor pakar masuk lalu berbaris panjang menghadap para doktor yang lain .Seramai 60 orang doktor pada petang itu yang dapat berkumpul bersama melihat keempat orang doktor pakar itu . Semua doktor memberi tepukan gemuruh kecuali Mirae dan L yang masih tercengang .
"Baiklah , minta doktor2 pakar kita perkenalkan diri ". Arah Pengarah Lee sambil tersenyum.
"Annyeonghaseyo , nama saya Li Junki .Saya merupakan doktor pakar bahagian mata . Saya harap semua orang dapat memberi kerjasama ". Kata doktor Junki membuka bicara.
"Annyeonghaseyo , saya Min Haera selaku doktor pakar gigi .Saya harap anda semua dapat membantu saya ". Kata doktor Haera sambil tersenyum .
"Annyeonghaseyo , nama saya Kim Mimi .Saya merupakan doktor pakar bedah .Saya Harap kita dapat bekerjasama ". Kata Mimi sambil menunduk hormat .
"Mi-Mimi ssi ". L memandang Mimi dengan terkejut .
"Annyeonghaseyo , saya Choi Minki selaku doktor pakar bedah juga .Harap semua dapat beri kerjasama ". kata Ren sambil menunduk hormat .
"Dia....dah balik ". Mirae memandang Ren yang berdiri sambil memandang ke arahnya . Mirae cuba mengawal air matanya supaya tidak menitis . Ya, tipu la jika dia tidak rindu insan bernama Minki yang telah lama pergi meninggalkannya .3 tahun bukan la jangka masa yang sekejap .
"Baiklah .. saya harap doktor2 lain dapat beri kerjasama dengan doktor pakar baru kita arraso ? ". Kata pengarah Lee .
"Baik tuan ! ". Jerit para doktor .
"Satu lagi , saya akan beri kebebasan kepada doktor pakar kita untuk memilih doktor bagi membantu mereka di mana jua situasi berlaku .Sila pilih pembantu kamu semua". Arah pengarah Lee lagi .
"Saya pilih doktor yang berdiri di belakang sekali tu . Yang mengikat sanggul comel tu ". Doktor Junki menunjuk ke arah Mirae .
"D-de ? s-saya ?". Mirae menunjuk dirinya dengan terkejut .
"Maaf mencelah . Tapi saya dah booking doktor tu awal lagi .Boleh tak awak pilih doktor lain?". Tanya Ren .
"De ? bukan ke saya dulu yang buat pilihan ?". Tanya doktor Junki dengan terkejut .
"Ya , tapi orang yang awak pilih tu teman wanita saya ". Bisik Ren perlahan .
"Oh mianhae! saya baru tahu . Erm kalau macam tu saya pilih doktor yeoja yang mengikat tocang tu ". kata doktor Junki sambil menunjuk ke arah doktor Yuri .
"Saya nak doktor lelaki yang duduk sebelah doktor ikat sanggul tu ". Doktor Haera menunjuk ke arah L .
"Daega ?". L juga tersentak .
"Maaf Haera-ssi , tapi doktor tu saya dah letak dalam list saya .Boleh awak pilih doktor lain ?". Tanya Mimi .
"Waeyo ? ". Haera memandang Mimi .
"Sebab dia schoolmate saya dulu . Saya agak rapat dengan dia , so saya dah selesa dengan dia banding doktor lain ". Mimi tersenyum paksa memandang doktor haera .
"Erk ..arraso ".
"Saya pilih doktor Myungsoo di belakang ". Mimi terus menyebut nama penuh L .
"Bwoya..mana dia tahu nama doktor practical kita?". Tanya doktor lain yang masih menunggu nama mereka dipanggil .
"Asal dia pilih aku dalam banyak2 doktor kat sini minah ni ". L memandang Mimi dengan tidak puas hati .
"Saya nak pilih doktor Mirae di belakang sana . Saya dah janji kan ". Ren memandang wajah pengarah Lee sambil mengangkat kening .
"Silakan ". Pengarah Lee hanya tersenyum memandang Ren .
"Dia berjaya juga tunaikan janji dia untuk jadi doktor pakar dan ambil Mirae sebagai pembantu dia . Syabas Minki ". Bisik Doktor Ilwoo dalam hati sambil tersenyum .
"Kenapa dia baru muncul sekarang ...mana dia pergi selama ni ...langsung tak contact aku ". Bisik mirae dalam hati .Air mata yang ditahannya terus menitis saat Ren menyebut namanya .
Skip!!
Mirae berdiri sendirian di atas atap bangunan hospital . Dia memandang sekeliling kawasan .Disebabkan kedudukannya tinggi , jadi memudahkan dia memandang perumahan dan gerai2 kecil berdekatan bangunan hospital .
"Wae ? kenapa sekarang awak baru muncul ? saya dah lama lupakan awak la! saya dah tak cintakan awak la ! awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya lagi tapi ...kenapa saya rasa gembira saat pandang wajah awak". Mirae mengeluh seketika.
"Sebab awak masih cintakan saya .Awak masih sayangkan saya .Saya tahu awak tunggu kepulangan saya .Mianhae sebab pergi tak bagitahu awak ". Celah Ren yang berdiri di belakang Mirae .
"Mi-Minki-ssi ". Mirae tersentak seketika . Mirae terus mengalih pandangan memandang Ren .
"Saya nampak dengan cara pandangan awak .Saya tahu perasaan awak tak pernah berubah pada saya ". Ren berdiri sambil menyilang tangan memandang Mirae .
"Ani . Awak apa tahu . Awak lelaki , awak bukan tahu hati wanita macam mana . Saya dah lama takde perasaan dekat awa-". Mirae tersentak apabila Ren tiba-tiba merangkul dan memeluk tubuhnya .
"Awak milik saya je .Tak kesah awak dah ubah hati ke apa ke .Saya tetap akan ambil hati awak semula sebab Han Mirae ....hanya istimewa buat Choi Minki saja macam mana pun".
"Awak pasti ke awak dapat ambil hati saya semula ? awak tahu kan dalam masa 3 tahun saya boleh buat apa saja ". Kata Mirae lagi .
"Ya ..saya pasti ... saya ada banyak alasan kenapa awak takkan lupakan saya ". Ren melepaskan pelukannya .
"maksud awak ?". Mirae memandang wajah Ren .
"Setahun ada 365 hari , saya masuk Taeyang High School pada hari kelima bulan 1 , maknanya 1/5 . Jumlah kesemua kata-kata awak ada 360 . 60 keburukan.300 kebaikan , atau dalam kata istilah lain , awak happy bila dengan saya . Awak faham maksud saya katakan yang awak takkan dapat cinta lelaki lain selain saya ?". Ren memegang kedua belah bahu Mirae .
"360 ....bin-bintang-bintang yang saya buat .....". Mirae mungkin tidak ingat berapa keburukan dan kebaikan yang tertulis pada bintang tersebut tetapi Mirae ingat akan jumlah keseluruhan bintang yang dia buat pada Ren .
"Ya ...setiap hari saya baca.Sehari,satu .Lepas baca saya lipat kembali bintang tu .3 tahun saya tinggal awak .3 tahun juga saya baca benda yang sama . Saya sikit pun tak jemu baca semua tu bahkan saya gembira sangat2 sebab awak sanggup buat semua tu . Baru saya tau bertapa besar hati awak pada saya ".
"Awak ..bawa bintang tu dengan awak ?".
"Ya ..termasuk yang ni ". Ren mengeluarkan satu bintang bewarna merah .Bintang yang pernah diambil di dalam bilik Mirae ketika Mirae sedang menulis sesuatu di bintangnya yang lain . Di bintang tersebut tertulisnya "saranghae Minki-ssi".
"Ya ...betul kata awak ...saya takkan dapat buang perasaan saya pada awak apatah lagi lupakan awak ...tipu la tak rindu awak selama 3 tahun awak tinggal saya , tipu la saya dah lupakan awak , tipu la saya tak cin- ". Tanpa sempat Mirae menghabiskan katanya Ren terus mengucup bibirnya . Lama .
"Jangan cakap macam tu lagi arraso ? awak tahu tak setakat ni je saya boleh bantu awak .Awak ingat saya nak sangat ke tinggalkan awak?saya terpaksa tau tak . Kalau saya tak pergi ke US tu ....". Ren terdiam seketika .
"Takpe ,saya percayakan awak cuma saya geram sebab awak langsung tak reply mesej saya ,call saya awak tak angkat , khabar awak pun saya tak tahu ,macam2 la! ". Mirae mencebik .
"Alolo ..awak risaukan saya ye ..mianhae ..saya tak bawa fon pun pergi sana .Saya memang fokus nak belajar je .Saya nak jadi doktor pakar juga macam mana pun sebab mudah untuk saya pilih awak untuk jadi pembantu saya .See now ..awak dah jadi pembantu saya kan ... saya happy sangat2". Ren memeluk tubuh Mirae .
"Saya ingat awak dah ada yeoja lain ke apa sampai tak reply chat saya langsung ".
"Aniyo . Saya ni setia tau ..erm Mirae-ssi ". Ren tiba-tiba melutut di hadapan Mirae.
"yah ..awak buat apa melutut depan saya ni ". Mirae memandang Ren dengan terkejut .
Ren mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket bajunya .
"Han Mirae-ssi ...sudi tak awak jadi isteri saya ?". Ren membuka kotak kecil itu . Terdapat sebentuk cincin yang diletak kemas dalam kotak itu .
"Omo! ". Mirae mnekup mulutnya .Terkejut dengan tindakan Ren yang tiba-tiba melamarnya .
"Yah Mirae ! taknak terima ke ? ke nak saya je terima?". Tanya Mimi yang duduk tidak jauh dari mereka .
"Yah! kau jangan nak ganggu propose orang eaa ". L menolak lengan Mimi .
"Ya saya terima ". kata Mirae sambil memandang Ren .
Ren terus menyarungkan cincin ke jari Mirae .
Mimi dan L memberi tepukan pada Mirae dan Ren .
"Perasaan aku biarlah hilang macam tu saja .Masih panjang perjalanan hidup aku .Banyak lagi yeoja dekat dunia ni ,kenapa aku harus tunggu Mirae kan . Takpe L! kau kacak dan stay kacak ! biar yeoja kejar kau! ". Jerit L dalam hati sambil tersenyum .
"Yah L . Jom couple dengan saya sehari ". Mimi mencuit lengan L .
"Gila ke apa kau ni ". L mengerut kening .
"Yah ! saya suka awak lama dah tau ! awak tu taknak pandang saya ! yeoja lain cantik sangat ke dari saya ha ? awak tau tak berapa banyak namja saya reject sebab saya tunggu awak je ! awak taknak try ambil hati saya ke ?". Mimi mencubit lengan L .
"Yah yah! kau gila ke ?! sakit la!! ". L meronta minta dilepaskan .
"L , Mimi baik ape .Awak taknak cuba ambil hati dia ke ?". Tanya Mirae sambil tergelak kecil .
"Siapa cakap saya taknak ? saya namja la .Bukan ambil masa lama pun nak ambil hati dia ni . Dah la saya pergi dulu ". L terus berlalu pergi .
"Yahh tunggu la saya!! ". Mimi terkekeh mengikuti L dari belakang .
"So ? kita macam mana ?". Tanya Ren sambil memandang wajah Mirae.
"Macam mana apa?". Tanya Mirae kembali .
"Majlis perkahwinan kita nak buat bila ? kalau boleh secepat mungkin sebelum kita busy nanti ". Cadang Ren .
"Aa..pasal tu ....i-ikut awak la ". Kata mirae acuh tak acuh .
"Mirae yaa ". Panggil Ren .
"Ye ?".
//Chu// Ren mengucup bibir Mirae .
"IShh awak ni ! orang nampak nanti macam mana ? ". Mirae menolak Ren perlahan .
"Biar la .Saya tak kesah pun orang nak cakap apa .Awak kan isteri saya ".
"Aipp ..belum lagi ea ".
"Dahhh.... awak dah jadii isteri sayaaaa " //chu chu chu // Ren mengucup bibir Mirae banyak kali .
"Awakk sudah laaaa ". Mirae sudah tergelak kecil .
"Saranghae Han Mirae!!!! ". Jerit Ren dengan kuat .
-TAMAT-
(Berakhirlah kisah antara Mirae dan Minki yang dikenali sebagai MM couple . Thankss to my reader yang sudi baca dari first chapter till last chapter ! .)
Share this novel