Chapter 13

Fantasy Series 3444

Tiba saja di sekolah , Mirae dan Ren jalan sambil berpegang tangan .

"Wahh !! MM couple!! ". Ramai orang menjerit keriangan . Ada juga yang mencebik tanda cemburu . Mirae hanya mampu menunduk pandangan . Tiba saja di kelas , L terus memandang kelibat Mirae dan Minki di muka pintu . Entah apa yang dirasanya ketika ini . Gembira? sedih ? tiada siapa dapat membaca raut wajah L ketika ini .

"Annyeong L ! ". Tegur Mirae sambil tersenyum .

"Haii too ". L wink ( ;) ) pada Mirae .

"Dah lama ke awak sampai ?". Tanya Mirae .

"Baru je .Saya ingat nak lawat Nana dulu tadi , tapi takut macam tak sempat je , so saya jenguk balik nanti la .Lagipun saya dengar kata kalau kondisi Nana semakin baik , Nana dah boleh pulang ke rumah ". Terang L .

"Ooo seriously ? daebak ! ". Mirae menepuk tangan . Minki hanya membuat kerjanya saja dan tidak mempedulikan perbualan L dan Mirae. Tidak mahu menunjuk sangat rasa cemburunya .

"Erm by the way ...mana perempuan tu ? tak nampak pulak batang hidung dia harini .Kalau tak , dia la paling annoying sekali ". L mencebik .

"Mimi ke ?". Tanya Mirae .

"Yela . Yeoja mana lagi suka menyemak depan saya ".

"Eh awak tanya ni kenapa ? rindu ? risau ? ke tak senang sebab tak nampak dia seharian? ".

"Eiii mintak dijauhkan la perasaan tu . Taknak saya ". L menggigilkan dirinya .

"Dia dah balik US . Kalau kau rindu dia sangat , pergi la US jumpa dia .Peluk cium dia sekali ". Celah Minki sambil melihat bukunya .

"Bwo ? US ? serius la ? secepat tu ? haa bagus la ! senang hati aku ". L smirk , namun jauh di sudut hatinya pelbagai pertanyaan tentang Mimi . Kenapa dia balik US, apa penyebab dia balik ke sana , adakah disebabkan kejadian tempoh hari dan macam2 lagi .

"Awak ni kejam la .Mimi tu baik orangnya ". Kata Mirae .

"Baik la sangat". Jawab L dan Ren serentak . Tergamam Mirae seketika . Mirae memandang L dan Ren silih berganti .

"Bwo ? wae?". Tanya L dan Ren serentak lagi .

"A-aniyo ". Mirae menggeleng perlahan .
. .

SKip!!

Tiba di hospital Mirae cepat2 menuju ke arah bilik Nana . Tanpa mengetuk terdahulu ,Mirae terus menerjah ke dalam bilik Nana . Kelihatan Nana sudah sedarkan diri .

"Nana!!! miss you so much !!! ". Mirae terus menerpa ke arah Nana dan memeluk Nana dengan erat .

"Yah yah ! kau nak bagi aku mati ke apa ?". Nana meronta-ronta minta dilepaskan .Hampir tak bernyawa Nana dibuatnya .

"Huarghh!!! sedar jugak kau Nana .Takut aku tau tak kau tak sedar2 lagi ". Mirae meraung menangis .

"Yahh jangan la nangis ! malu je la kau ni ! ". Nana menepuk kuat tangan Mirae .

"Yela ! aku risau separuh mati kau tahu tak tengok keadaan kau macam ni ". Mirae memegang tangan Nana .

"Yoww badak ! dah sedar kau ?". Sahut L di muka pintu sambil tersenyum memandang Nana .

"Eii kau ni papan .Tak habis2 ! ". Nana mencebik . "Aku dah ok la". Sambung Nana lagi .

"Kau dah boleh balik rumah ke Nana?". Tanya Ren yang baru muncul .Terkejut cipan Nana dibuatnya .Budak hot di sekolah datang melawatnya? wow!

"Eo ? kau pun ada ". Nana memandang Ren dengan terkejut .

"Iye la . Dia pun nak jenguk kau juga ". Celah Mirae .

"Aigoo ..dah boleh balik la . Aku dah call omma aku pun .Kejap lagi omma aku datang .Omma aku sibuk sikit . Appa lagi la ". Tiba-tiba raut wajah Nana sedikit berubah .

"Ala , kitorang kan ada .Kitorang boleh teman kau ". Mirae cuba menyedapkan hati Nana .

"Tahu la .Korang semua kan kaki menyibuk aku ". Nana tergelak kecil .

"Tak termasuk aku ". Celah Ren sambil menyilang tangannya .

"Ei sombong ". Nana mencebik .

"Dia bukan geng kita pun . Sejak bila dia masuk dalam geng kita ? dia just bf Mirae je ok ". Kata L sambil menjegil mata ke arah Ren .

"Oo ". Nana sekadar mengangguk . "Wait! what?! bf ? serius la?! ". Terkejut beruk Nana dibuatnya .

"Haah , kau je tak tahu .Kuno ". Balas L .

"Kau ckap apa ? eii aku bantai jugak kau ni hidup2 nanti ". Nana menunjukkan penumbuknya pada L .

"Aigoo L , sudah la .Awak ni asyik gaduh dengan Nana je ". Mirae mencuit L di sebelahnya .

"Nak buat macam mana ,saya suka gaduh dengan dia .Sunyi pula kalau tak gaduh dengan Nana ". Balas L .

"Ecee ...suka Nana la tu ". Mirae tergelak kecil .

"Sebelum aku campak kau dari tingkat dua ni baik kau diam Mirae ". Nana memandang Mirae dengan tak puas hati .

"Aku yang campak kau dulu Nana ". Celah Ren .

"Takpe , aku tolong kau campak Nana ". L menepuk bahu Ren .

"Aishh serabut tol ". Nana menggeleng kepala. Ren , Mirae dan L sekadar tergelak kecil memandang wajah Nana yang sedang mencebik .Comel betul .

SKip !!!

"Arrghh!!! exam dah nak dekat!!! study ke ape ke kelaut lagi Mirae!!! macam mana ni !! macam mana kau nak capai cita-cita kau kalau kau malas belajar macam ni !!! dah la otak lembab!!! ". Mirae mengetuk perlahan kepalanya sambil baring di atas katilnya .

"Awak nak saya tolong ?". Celah Ren di muka pintu bilik Mirae .

"Ha sudah dia datang dah ". Bisik Mirae dalam hati . "Takpe , saya bole study sendiri ". Balas Mirae sambil tersenyum .

"BOleh ke study sendiri ? saya bagitahu omma kang awak taknak study dengan saya". Ugut Ren.

"Alaa awak ni ..saya bukan taknak study dengan awak tapi ....aishh ". Mirae mengeluh kecil .

"No tapi2 .Masuk bilik saya cepat ".

"Wae? o.o " Terkezut Mirae .

"Awak fikir apa ha ? buku rujukan saya semua dalam bilik saya . Saya malas nak angkut satu satu ,so kena belajar dalam bilik saya ". Kata Ren .

"Tak ganggu Minnie ke ?". Mirae mencari alasan untuk elak dari ulangkaji bersama Ren .

"Minnie tidur dengan omma appa ". Tiba-tiba saja Ren tersenyum nakal .

"De ?". Sekali lagi Mirae terkaku .

"Ha dah takyah banyak cakap , jom study ". Ren menarik tangan Mirae . "Omo! ". Mirae terdorong mengikuti Ren .

TIba saja di bilik Ren , Mirae hanya memerhati bilik itu . Masih sama dengan biliknya sekarang . Penuh dengan rak-rak buku di tepi dinding.

"Awak ni memang suka baca buku ea ?".

"Haah . Bosan kalau tak baca buku ".

"Eiii malasnya baca buku ". Mirae menggeleng laju .

"Sebab tu awak lembab". Kata Ren dengan slamba badaknya .

" Ishhh !!! suka hati ja kata orang lembab!!! ". Mirae mencebik .

"Tak la .Gurau je ". Ren datang ke arah Mirae dan mengusutkan rambut Mirae .

"Ishh awak ! saya baru je sikat elok2 rambut saya ! ". Mirae menyisir kembali rambutnya .

"Hahaha .Dah la .Jom study ". Ren mencapai beberapa buah buku di rak . Antara buku2 latihan yang dicapainya ialah subjek matematik , sains dan bahasa inggeris .

"Banyaknya!! takkan nak study semua ?". Ternganga Mirae dibuatnya .

"Yup .Malam ni kita tak payah tidur . Study sampai esok pagi ".

"Whut!!! awak nak bagi jem otak saya ke ?".

"Isshh awak ni banyak cakap la .Kiss Kang". Ren menayang bibirnya.

"Haa sebelum awak kiss saya , saya tekup mulut awak dulu ". Mirae juga menayangkan tangannya .

"Ala-ala comel ni .Takkan dengan saya pun nak elak . Hm si comel? ". Ren mencuit hidung Mirae.

"Haa bodek apa pulak ". Mirae mengangkat kening .

"Mana ada ...betul la saya kata ". Ren tergelak kecil .

"Jom la study cepatttt .Kang habis lewat , tak pasal naik eyebegg dekat lingkaran mata saya".

"Haa jom2 .Duduk sini ". Ren menepuk tilamnya .

"Ehh ? asal belajar dekat situ ? jom la belajar dekat meja study tuu ".

"Sini la .Boleh selimut sekali . Malam ni kan sejuk ". Sekali lagi Ren tersengih .

"Yah . Awak jangan main-main ea.Saya cepu- omma!! ". Mirae terus terbaring di atas katil apabila tangannya ditarik kuat oleh Ren .

"Ok, awak nak study apa dulu ?harini saya ada tips baru nak bagi awak cepat belajar ".

"Tips apa ?".

"Ada la. cakap dulu awak nak belajar apa ?".

"Erm ..memandangkan saya lemah math , saya nak awak ajar saya math la ". Mirae mengangguk dengan yakin .

"Ok math ! ". Ren mencapai buku matematik di sebelahnya. Topik pertama yang dibukanya adalah 'pegambiran' . "Ok , apa awak tahu tentang pegambiran?". Tanya Ren .

"Ehh..awak cakap nak ajar ,kenapa tanya saya balik ?".

"Eh ni kan basic je .Awak kena ambil tahu sendiri la .Takkan awak tak tahu ?ni topik pertama dalam exam nanti tau ". Ren menunjuk-nunjuk di bukunya .

"Molla ..sifir pun saya tak hafal ,awak nak suruh saya masuk topik tu terus ". Mirae menongkat dagu .

"Sifir berapa je awak hafal ?". Tanya Ren .

"Sifir 1 dengan sifir 2 je ". Kata Mirae acuh tak acuh .

"Bwo?! 1 dengan 2 je ? serius ? 2x8 berapa ?". Tanya Ren .

"Er..14 ?". Jawab Mirae dengan tidak pasti .

"Aduh ...siapa ajar awak 2x8=14 sayang ui . 2x8 bersamaan 16 la . Erm kalau macam tu saya ajar awak sifir dulu la " .

"Takpe , jangan bazir tenaga awak nak ajar saya .Otak saya ni slow sikit tau nak menghafal". Mirae tersengih .

"Bukan sebab slow .Awak tu ha taknak usaha . Minnie pun pandai hafal dari sifir 1-12 tau ".

"Nak bezakan saya dengan Minnie memang la Minnie pandai lagi ".

"Tkpe , malam ni juga saya bagi awak setaraf dengan Minnie .Atau lebih ". Sekali lagi Ren tersenyum nakal .

"Awak tengah rancang apa ni ha dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk .Pelik saya tengok ". Mirae menggeleng kepala .

"Mudah je . Saya akan tanya awak soalan . Then awak kena jawab dalam masa 5 saat.Lambat, kiss pipi saya ".

"Mana boleh maca-".

"Shh ! awak nak saya denda awak apa selain kiss pipi saya ? nak ketuk ketampi ? nak pamping? haa pilih ".

"Kalau takde denda?". Mirae meraih simpati .

"Mana boleh macam tu .Minnie dekat sekolah dulu pun cikgu suruh diri atas kerusi tau kalau tak bleh hafal sifir .Awak ni kira saya berlembut lagi " .

"Aishh ..ikut awak la nak denda apa ". Mirae pasah .

"Haa dari tadi ikut kata saya kan bagus .Ok , jom mula . 2x1! ".

"2!"

"Sepantas kilat ! 2x5! ".

"10 ! ".

"2x8! ".

"14! . Ehhh lapan-".

"Lambat! kiss pipi saya cepat ". Ren mendekati Mirae .

"Ala tersalah sikit je ".

"No no . Dalam exam nanti awak nak buat macam ni ke ? dah tulis salah , pastu time orang nak kutip kertas awak baru nak betulkan jawapan ? that time orang takkan tunggu awak dah tau , lagi2 cikgu yang kutip .Lagi awak tak sempat betulkan jawapan .So saya nak ajar awak cara confident .Arraso ?".

"Aish ...arraso ". Tanpa membuang masa Mirae terus mengucup sekilas pipi Ren .

"2x9! ".

"18! ".

"4x4!".

"8! .Ehh aaa ".

"Lambat! .Ni bukan tambah sayang , ni darab . kiss pat ". Ren mengetuk pipinya sambil tersenyum .

"Ala saya mana hafal sifir 4 lagi ! tak aci!! ". Mirae mengelupur atas katil .

"Ehh saya tak cakap pun nak mula dengan sifir apa tadi kan ? saya main tanya je .Nasib awak la". Ren sengaja menyakat Mirae.

"Alaa ...awak ni ... taknak la haf-". Tanpa sempat Mirae menghabiskan ayatnya Ren cepat2 mengucup pipinya .

"Done denda awak . Saya rasa sifir 2 awak ok dah . Now sifir 3 pula ". Ren mengangkat kening.

"Apa kata saya kiss awak siap2 banyak kali , pastu bila awak tanya saya apa-apa soalan nanti saya nak main tembak je jawab .Memang ni pun niat awak kan ? awak nak saya kiss awak kan ?". Mirae sudah dapat tangkap niat Ren terhadapnya .

"Hahaha saya ok je .Tapi saya taknak awak kiss dekat pipi saya kalau awak dah ubah fikiran macam tu .Saya nak kat sini ". Ren menunjuk ke bibirnya .

"B-bwo ? ma-mana boleh! tak ad-". Terbuntang mata Mirae o_o apabila Ren mengucup bibirnya .

"Jangan risau . Saya akan bantu awak juga sampai awak pandai ". Kata Ren .

"Eh?". Mirae memandang wajah Ren .

"Cita-cita awak nak jadi apa ?". Tanya Ren .

"Molla . Awak nak jadi apa ?". Tanya Mirae kembali .

"Saya nak jadi doktor . Saya risau sangat dekat awak masa awak sakit haritu sampai saya rasa nak naik gila fikirkan cara selamatkan awak .Suhu badan awak tak turun-turun . Saya duduk di luar khemah sampai badan saya betul2 sejuk ,baru saya masuk khemah and peluk awak masa tu .Suhu badan kita mesti berlawanan , kalau tak haba badan awak susah keluar.Itu je saya fikir waktu tu ". Ren menggenggam erat tangan Mirae.

"Awak nak jadi doktor sebab nak selamatkan saya kalau saya sakit, gitu ?".

"Ye .Bukan awak je , orang-orang sekitar yang saya sayangi la ". Balas Ren sambil tersenyum.

"Kalau macam tu saya nak jadi pembantu awak . Saya akan berada di samping awak ketika awak perlukan bantuan saya ". Mirae tersenyum memandang Ren .

"Ok , kalau macam tu jom fokus belajar betul2 untuk capai impian kita ok ? saya janji akan bantu awak capai cita-cita awak . Dan saya juga akan capai matlamat saya macam mana pun". Ren masih lagi memegang tangan Mirae.

"Arraso . Let's do it ". Balas Mirae . Ren hanya memeluk bahu Mirae .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience