Chapter 9

Fantasy Series 3444

//Kringgggggg// Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu pembelajaran .

“Ok class, esok kita akan ada kem kepimpinan untuk tahun kamu sahaja .Semua orang diwajibkan pergi ! arraso ?”. Pesan Miss Coco di hadapan .

“Bwo ? Kem? Kem apa pula ni ? kenapa kitorang baru tahu ?”. Nana menongkat dagu memandang Miss Coco .

“Haa .. memang pengarah kita buat mengejut pun kem ni ,cikgu pun baru tahu tadi je . So malam ni jangan lupa prepare barang kelengkapan kamu semua ye . CIkgu dengar cerita kita akan adakan perkemahan dalam hutan , jadi ! bagi yang perempuan , jangan pakai atau bawa pakaian singkat ye kalau taknak derma darah dekat nyamuk “. Pesan Miss Coco sekali lagi sebelum melangkah keluar dari kelas .

“Aduhh…kem apa lagi ni nak dekat akhir tahun …dah la nak exam nanti“. Mirae melentokkan kepala di atas meja sambil mengeluh .

“Awak ok ke ?”. Tanya L yang tiba-tiba berdiri di hadapan meja Mirae.

“Sibuk je “. Omel Ren perlahan di mejanya .

“Kau apahal weh “ . L mengerling Ren sekilas .

“Menda kau ?”. Bidas Ren .

“Aishh korang ni ! tak penat ke asyik gaduh je “. Mirae memegang kepalanya yang terasa sedikit pusing .

“Tak penat pun ! “. Jerit Ren dengan L serentak .

“Ergh! Ade je nak menyampuk orang cakap “. L terus balik ke tempatnya .

“Sibuk cakap dengan awek orang tu dah kenapa “. Bisik Ren perlahan .

Dalam diam Mimi hanya mencuri dengar pertengkaran antara L dengan Ren di belakangnya .

“Kau masih suka Mirae …tapi kenapa kau lepaskan dia …L ..”. Bisik Mimi dalam hati sambil termenung.

Skip!!!!!!!

Mirae mengemas pakaiannya dalam sebuah bagasi besar . Disebabkan keadaannya yang tidak sihat , Mirae menyediakan beberapa helai baju sejuk dan beberapa helai baju lengan panjang dalam bagasinya .Oleh kerana Coco seonsaengnim tidak menyatakan lebih lanjut tentang kem itu selama berapa hari , Mirae sudah menyediakan kelengkapan bagai nak pergi setahun saja .

“Yahh ..banyaknya barang kau “. Terkejut Ren dibuatnya .

“Biasa la ,perempuan “. Balas Mirae sambil tangannya sibuk melipat bajunya dan letak ke dalam beg.

“Mirae yaa…kau ok ke ni ?”. Ren mendekati Mirae .

“Ok je ,kenapa ?”. Tanya Mirae . Sekejap-sekejap dia batuk .

“Sini “. Ren mendekati tubuh Mirae dan menyentuh dahi Mirae . Tangannya beralih ke leher Mirae pula . “Lahh kau demam ni “. Jelas sekali terpancar raut kerisauan di wajah Ren .

“Aniyo , saya pening sikit je tadi ..saya dah makan Panadol “.

“Tak payah pergi la “. Ren memegang tangan Mirae .

“Mana boleh tak pergi , kan wajib “. Mirae tersenyum tawar memandang Ren .

“Aish..tap-“

“Minki-ssi ..awak bantu saya kejap boleh ?”. Tiba-tiba Mimi menjengul kepala di muka pintu bilik Mirae .

“Eo ?”. Mirae cepat-cepat menarik tangannya dari pegangan Ren . Ren tersentak memandang wajah Mirae.

“Bantu apa ?”. Ren beralih memandang Mimi .

“Ikut saya”. Mimi pergi mendahului Ren .

“Pergi la …dia minta tolong tu “. Mirae menolak perlahan lengan Ren .

“Apa-apa panggil aku tau “. Ren sempat mengusap kepala Mirae sebelum keluar dari bilik Mirae .Mirae sekadar mengangguk .

Tiba saja di bilik Mimi ,Ren memandang Mimi sedang menggapai bagasi besar di atas almari .

“Yah Mimi ..bahaya la awak buat macam tu “. Ren cepat-cepat berdiri di belakang Mimi dan menampan bagasi itu dari terjatuh .

“Ni la masanya! “. Bisik Mimi dalam hati sambil memusingkan badan menghadap Ren .

“Awak nak bagasi ni ke?”. Tanya Ren tanpa mempedulikan Mimi .

“Haah “. Jawab mimi sepatah . Mimi hanya memandang wajah Ren dengan asyik . Kedudukan mereka dekat sekali .

Dari jauh Mirae ternampak adegan itu di matanya semasa melintasi bilik Mimi yang searah ke dapur sahaja . Mimi yang ternampak kelibat Mirae di hadapan biliknya tiba-tiba memegang pipi Ren .

“Apa yang ……..”. Mirae tergamam seketika . Tanpa mempedulikan perilaku mereka berdua , Mirae meneruskan langkahnya ke dapur .Hatinya sedikit sakit dengan perlakuan Mimi sebentar tadi.

“Apa awak buat?”. Ren sedikit mengelak dari Mimi . Ren cepat-cepat menarik bagasi itu dan letak di atas lantai .

“Eo ..aniyo , ada benda dekat pipi awak tadi “. Tipu Mimi .

“Oh.. ok ..kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ye “. Ren terus berlalu pergi dari bilik Mimi .

“Tsk ..baru sentuh pipi ..belum lain lagi “. Mimi smirk .

Skip!!!!!!!!!

Keesokan harinya ….

Mirae hanya berdiam diri tanpa membukakan sebarang kata-kata .

“Dia ni kenapa dari kemarin diam je “. Bisik Ren dalam hati sambil memandang Mirae di sebelahnya .

Kini mereka semua berkumpul di tempat parking bas yang terletak di belakang bangunan sekolah .

“Ok semua ketua kelas , sila pastikan ahli kelas kamu cukup ! cikgu taknak sorang pun tak hadir dalam kem ni kecuali ada sebab tertentu “. Arah Minri Seongsaengnim , selaku ketua yang menguruskan program tersebut .

“Mirae yaa…gwenc-“. Baru saja Ren ingin menyentuh tangan Mirae, tiba-tiba Mirae pura-pura menyilang tangan . Ren tersentak seketika memandang Mirae .

“Baru sentuh sikit macam tu dah sentap bagai “. Bisik Mimi dalam hati sambil smirk mengerling Mirae sekilas .

“Ok semua boleh masuk ke dalam bas .Penuhkan bas 1 dulu baru pergi ke bas kedua arraso ! “. Jerit Minri seonsaengnim .

Semua orang berpusu-pusu masuk ke dalam bas 1 . Mirae mengambil tempat di sebelah tingkap bas di bahagian tengah . Baru saja Nana ingin melabuh punggung duduk di sebelah Mirae , tiba-tiba Ren mencuit bahu Nana . Ren membuat isyarat mata pada Nana yang mengatakan ‘Boleh aku duduk di sini ?’ . Nana memandang Ren dengan lama dan akhirnya Nana hanya mengangguk dengan pasrah dan mengambil tempat di bahagian belakang sekali iaitu di sebelah L . Tanpa membuang masa, Ren terus melabuh punggung dan duduk di sebelah Mirae . Mirae yang perasan akan kehadiran Ren di sebelahnya tidak mempedulikan Ren .

“Mirae yaa….kau ok tak ni ?”. Sekali lagi Ren ingin mencapai tangan Mirae tetapi Mirae memeluk tubuh sambil merenung ke luar tingkap bas . Ren tercengang lagi dan memandang Mirae dengan pelik . “ Apa kena dia ni ? aku ada buat salah apa-apa ke sampai taknak layan ni ?”. Omel Ren dalam hati .

“Oi badak ! asal kau duduk belakang ? tadi nak sangat duduk tepi Mirae ! aku nak duduk sebelah Mirae, kau pun sibuk nak duduk tepi dia ,dah kasi chance duduk sebelah dia ,kau pindah belakang pula” “. L memandang Nana dengan tidak puas hati.

“Oi ..biar badan tak cukup zat , jangan buta! Kau tak Nampak je siapa yang duduk sebelah Mirae tu ?”. Nana menampar kuat kepala L .

“Yah!! Sakit la ngok ! kau ingat tangan kau kecik ke! “. Marah L . L terus mengalih pandangan memandang gerangan siapakan yang duduk di sebelah Mirae .Tak lain tak bukan lagi semestinya Choi Minki . “Aku agak dah mangkuk ayun tu mesti duduk sebelah Mirae punya “. L mencebik .

“Tu la..lain kali kalau suak tu gitau je la Mirae terus ..ni pendam ..pastu nak sawan sorang-sorang kes jeles ..mangkuk betul “. Nana menggeleng kepala memandang L .

“Yah ,kau diam gemok sebelum aku suap mulut kau dengan penumbuk aku ni .Kenyang setahun kut nanti “. L mengepal penumbuk dan tayang ke muka Nana .

“Ele ada hati nak tumbuk orang ..kau tu aku campak sekali je terpelanting keluar dari bas ni “. Nana smirk memandang L .

“Bwo? Kau ni memang suka cari pas-“.

“Boleh saya duduk di sini ?”. Mimi berdiri di hadapan L . Awalnya Mimi mengambil tempat di hadapan sekali dan menjaga tempat di sebelahnya untuk Ren , tetapi Ren tiba-tiba jalan melepasi kerusinya dan menuju ke arah Mirae di belakang .

“Kau tak Nampak ke tempat ni dah sempit sebab badak ni sorang saja muat untuk dua orang ?”.

“Yahh mulut kau ni aku tarik kasi babun makan baru tau ! “. Nana menyiku kuat tubuh L .

“Sakit la!! “. L memegang perutnya .

“Duduk je kalau kau rasa muat “. Kata Nana acuh tak acuh . Nana tahu yang Mimi tidak suka Mirae dengan cara pandangannya sahaja . Tak mungkin la Nana akan melayan Mimi seperti kawan baik sedangkan Mimi membenci sahabatnya iaitu Han Mirae ,memang tak la .

“Semak “. Kata L perlahan dan duduk merapati Nana . L juga tidak selesa akan kehadiran Mimi . Ramai lelaki memandang Mimi dengan penuh minat dalam bas tetapi tidak kepada Ren dan L .

“Eii kau apahal! Sana la! Nak menempek dekat aku asal ! “. Nana menolak tubuh L .

“Argh! aku sanggup melekat dekat kau dari orang lain ! tak pasal kena samak nanti “. L menyilang tangan dan mengerling Mimi sekilas di tepinya .

“Ergh! Aku duduk sini pun sebab aku tak suka duduk sorang la dekat depan tu !! “. Bentak Mimi dalam hati .

Skip !!

Mereka mengambil masa selama 3 jam untuk tiba di destinasi . Ren memandang Mirae yang sudah tertidur .Disebabkan Mirae sudah menelan sebiji Panadol sebelum menaiki bas , jadi Mirae cepat terasa ngantuk dan akhirnya tertidur semasa dalam perjalanan . Ren perlahan-lahan menarik kepala Mirae dan membaringkan di bahunya . Tangan Mirae ditelus lembut oleh Ren .

“Dapat juga aku pegang tangan kau Mirae ….apa yang buat kau sampai mengelak dari aku ni Mirae …” Bisik Ren perlahan . Ren menutup aircond di atas kepala dan menarik baju sejuk Mirae supaya Mirae berada dalam keadaan selesa . Tangan Mirae yang sejuk digenggam erat olehnya . “Cepat sembuh ye Mirae .. “. Bisik Ren perlahan di telinga Mirae .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience