"Janganlah bergurau pagi-pagi ni.Mak sebenarnya nak kenakan saya sebab bangun lewat semalam,kan?" Ibu saya lansung tidak menjawab.
"Ayah pun,janganlah ikut mak buat prank macam ni.Tak bagus tahu" walaupun setelah saya bercakap begitu pada mereka,reaksi yang ditunjukkan cumalah sekadar muka terkejut dan curiga yang asli.Ia bukannya rupa orang yang mengenakan sesiapa.
"Ye,betul tu.Ingat tak percutian kita di Pulau Nusantara?Seingat saya kita ada ambil gambar kenang-kenangan di sana" gambar tersebut diletakkan di dalam bingkai gambar di ruang tamu jadi rancangan ini pasti berjaya. "Eh,ka-kabur?"
Gambar yang sepatutnya mempunyai kami bertiga bersama-sama telah bertukar rupa.Saya yang sepatutnya berada di tengah telah dikaburkan seolah-olah saya telah lenyap.Ini bukanlah suatu kerja yang boleh disiapkan dengan komputer dalam satu hari sahaja.Ibu dan ayah saya juga bukanlah bagus sangat dalam mengendalikan aplikasi-aplikasi pengeditan.Kemudian,ayah saya berkata, "Bila kamu katakan begitu,saya ada teringat yang ketika percutian ke Pulau Nusantara,kami telah membeli tiga tiket penerbangan dan di sana juga,semua benda individu yang kami beli pasti mempunyai kuantiti tiga"
"Betul juga apa yang awak kata tapi kenapa kita lansung tiada apa-apa memori tentang lelaki ini?Saya dapat rasa yang kamu tidak menipu tapi ada apa-apakah yang boleh buat kami percayakan kamu?" kata ibu saya.
"Err,saya tahu!Saya kan beritahu kamu berdua perkara yang hanya kita sahaja tahu" saya berusaha untuk mengatakan sesuatu yang hanya mereka berdua dan saya sahaja tahu.
"Ha,ulang tahun perkahwinan kamu berdua ialah pada tanggal 24 September dan juga hari jadi mak ialah pada 11 November manakala ayah pula ialah 12 Desember!Betul kan?" saya melihat muka mereka dan ia seperti tidak berjaya sepenuhnya.Mereka masih ragu-ragu dengan saya dan tidak berkata apa-apa.
"Ya,lagi satu.Ayah ada tanda lahir di belah kanan dada ayah dan mak ada alahan dengan coklat.Mak juga suka buat susu suam jika dia stress dan ayah suka menonton perlawanan bola sepak lewat malam.Dan apa lagi ya?Ha,mak dan ayah sangat sukakan rancangan dokumentari serta sentiasa pastikan semua benda di rumah ini dalam keadaan selamat dan terkawal!" tidak kira apa yang saya kata,riak muka mereka lansung tidak berubah.
"Apa yang kamu kata itu semuanya benar tetapi kami belum ada sumber yang kami boleh percayai" balas ayah.
"Err,kalau macam tu saya akan beritahu setiap pengalaman yang kita semua lalui bersama dan tidak mungkin dilupai" saya membuat keputusan untuk cuba membuka kunci pada memori mereka dengan memori yang ada pada saya.
"Kita pernah bersama-sama ke taman tema yang baru dibuka di hujung bandar tu.Haha,saya ingat lagi,ayah betul-betul berusaha mendapatkan kerusi percuma di situ.Lepas tu,tahun lepas mak datang ke perlawanan bola keranjang saya dan cuba memberi sokongan dengan poster yang dia buat sendiri tapi yang kelakarnya,mak tidak sengaja terlupa huruf H dalam nama saya dan tulisnya sebagai Aru.Lebih kurang sebulan jugaklah baru hilang nama tu dari kawan-kawan....Lepas tu,ingat tak hari jadi saya yang ke-14.Mak tak sengaja termakan kek coklat yang ayah beli.Haha,ayah pula ketika itu baru sahaja pulang dari tempat kerja.Disebabkan tak tahu apa-apa,ayah jadi panik dan tidak sengaja terjatuhkan kek tu...." saya mahu menyambungnya tapi saya tak tahan lagi.Saya cuba menahannya dengan ketawa sedikit tetapi semakin lama saya menahan,saya akhirnya menjatuhkan air mata saya.
"To-tolonglah ingat semula!Saya ni Haru lah!Tolonglah ingat-hic" apabila saya menangis,saya berharap mereka akan berkata yang ini cumalah prank berkamera tetapi inilah realitinya.Apa benda yang saya buat untuk menerima nasib sebegini....
"Haru kan?" kemudian,ayah saya pun berkata,"Kami belum boleh percaya kamu sepenuhnya tapi buat masa ini,kami akan mempercayai yang kamu bercakap benar.Say-maksud saya,ayah akan berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan segala maklumat tentang apa yang berlaku sekarang ini"
Walaupun mereka masih tidak ingat apa-apa,saya sudah rasa lega yang mereka masih menerima saya.Saya ingatkan mereka akan halau saya keluar ataupun lansung tidak mempercayai saya.
Kemudian,ibu pula berkata, "Mak pun masih ragu-ragu dengan kamu tapi mak yakin yang kamu ni seorang yang jujur dan mak juga yakin satu hari nanti pasti kami akan ingat semula tentang kamu"
"Baik" kemudian,saya bergegas pergi ke sekolah untuk mengetahui sama ada saya telah dipadam dari mereka jugakkah?
Setelah tiba,saya perasan yang pintu pagar sudah tertutup jadi saya buat keputusan untuk memanjat dinding sekolah.Disebabkan latihan bola keranjang saya hampir setiap hari,saya melepasinya tanpa masalah.Jangan risau,saya tidak gunakan skill ini untuk ponteng sekolah.Jika saya guna,saya mungkin akan dibunuh oleh Iron Maiden di rumah...
"Hmm,Haru?" kata Jurulatih.Macam yang saya sangka,mereka pun telah hilang ingatan tentang saya.Saya tidak mengambil masa lama di gelanggang jadi saya pergi ke kelas dan mencuba nasib saya.Malangnya,nama saya lansung tidak dipanggil untuk kehadiran.Cikgu dan rakan sekelas pun melihat saya dengan pelik.Mereka menyangka yang saya ialah pelajar baharu tetapi tak mungkinlah cikgu pun tak tahu tentang saya jika saya ni pelajar baharu sekali pun.
Ketika waktu rehat,saya mahu berjumpa dengan Chi-sama tetapi dia tidak berada di makmal jadi saya berputus asa mencari dia dan pergi ke perpustakaan.Lagipun,dia pun pasti lupa tentang saya.Pasti dia akan rasa pelik jika saya tiba-tiba menyapanya.Tiba-tiba,saya ternampak Chi-sama baru keluar dari perpustakaan.Saya mahu menyapanya tetapi saya tidak rasa ia berbaloi.Namun,dia masih kawan saya walaupun dia sudah terlupa tentang diriku.Jadi saya membuat keputusan untuk menyapanya juga tapi secara formal.
"Selamat berkenalan,Murasaki-san" kata saya pada Chi-sama.
Kemudian,dia memandang saya dan membalas, "Selamat berkenalan juga pada awak,Kuroiwa-san"
Selepas itu,dia berjalan dan tidak mengendahkan saya.Tiba-tiba,dia berkata, "Permainan baru apa yang awak main ni,Haru?"
Hmm?Eh?Dia panggil saya Harukah tadi?Kejap-kejap!Macam mana dia boleh tahu nama keluarga saya juga tadi???Padahal saya belum perkenalkan diri pun!!!Saya mengejar Chi-sama dan menahan dia sebentar, "Awak masih ingat saya,Chi?Awak memang kenal siapa saya ni?"
"Eh,apa yang awak merepek ni Haru?Kenapa pula yang saya tidak kenal awak?Saya dah pergi ke sekolah yang sama dengan awak dari dulu lagi!Awak ni demam ka apa?"
Dengan sedikit sinar harapan,saya tersenyum lebar dan tanpa sedar memeluk Chi-sama kerana terlampau gembira dapat tahu ada yang masih ingat saya.Itu bermakna,masih ada peluang untuk menjumpai orang yang masih ingat pada saya.
"Haru,lepaskan sayalah!Malulah buat benda macam ni!" kemudian saya sedar dan melepaskan Chi-sama dengan muka yang sedikit merah. "Jadi,boleh awak terangkan apa yang berlaku?"
Sebelum sempat saya menerangkannya,loceng tamat waktu rehat berbunyi.Saya memberitahu Chi-sama untuk berjumpa saya di makmal selepas waktu sekolah.Kemudian,kami berdua kembali ke kelas.Ketika berada di dalam kelas,cikgu-cikgu pasti akan bertanya nama saya dan minta saya menjawab soalan.Ia agak menyusahkan tapi saya agak selamat kerana semua yang disoal itu telah saya ulang kaji dengan Chi-sama sebelum ini.Kalau macam ni lah nasib,lebih baik saya tidak masuk kelas.
~Ting,tong,ting,too~
Selepas sahaja loceng berbunyi,saya segera berkemas dan pergi ke makmal untuk berjumpa Chi-sama.Ketika dalam perjalanan,orang ramai pandang aneh pada saya.Saya faham mereka pandang saya kerana mereka tidak kenal saya tetapi janganlah tengok lama sangat.Saya pun ada rasa malu tahu tak!
"Chi-sama,saya dah sampai!" dengan pantas saya membuka pintu makmal tetapi tiada sesiapa yang ada di dalam.Haha,memanglah dia belum sampai lagi.Loceng pun baru berbunyi.Saya tidak boleh sabar untuk berjumpa Chi-sama kerana dia satu-satunya orang yang masih ingat tentang diri saya.
Tidak lama lepas tu,Chi-sama akhirnya tiba. "Awal awak sampai,Haru.Saya rasa saya boleh menganggap bahawa masalah yang awak hadapi ni memang agak teruklah kan"
"Susah nak terimanya tapi ya,awak betul.Masalah ini mungkin tidak menjejaskan orang lain sangat tetapi kesan dia sangat teruk pada diri saya" kata saya sambil menyandarkan diri pada papan putih di dinding.Sambung saya lagi, "Saya harap saya tak membebankan awak dengan masalah saya ini"
Chi-sama menghembus nafasnya dan berkata, "Saya tidak akan tahu sama ada masalah awak itu akan membebankan saya atau tidak jika awak tidak beritahu saya lagi.Lagipun,tak kiralah apa jua masalah yang awak ada,saya akan cuba sedaya upaya untuk menolong awak menyelesaikannya"
"Terima kasih,Chi-sama.Jika ada orang yang boleh saya percayai di dunia ini,pasti awak sahaja" kata saya yang dibalas angguk oleh Chi-sama menandakan yang dia gembira mendengar apa yang saya kata padanya. "Baiklah,masalah sekarang ialah hampir kesemua orang yang saya kenal telah lupa akan kewujudan saya.Tidak kiralah sama ada saya bersama mereka ataupun tidak,rupa dan memori tentang saya telah hilang dari ingatan mereka"
"Macam tu,ya..." Chi-sama terdiam sebentar dan sedang memikirkan sesuatu.
"Habis tu macam mana saya masih ada memori tentang awak.Apa perkara yang saya buat lain dari orang lain?"
"Eksperimen sains mungkin?Ataupun ubat pelik yang awak cuba buat sebelum ini tu" balas saya sambil mengusik Chi-sama.
Walau bagaimanapun,Chi-sama masih kelihatan serius.Dia tidak memandang kata-kata saya sebagai sindiran tetapi sebagai klu yang mungkin membawa kepada jawapan.Sudah agak lama saya tidak melihat dia kelihatan sebegini serius.Kali terakhir dia berperangai begini ialah waktu ibu dan ayah dia meninggal.Tidak seperti orang lain yang menangis,dia meneliti mayat ibu dan ayahnya dan cuba mencari apa-apa hint yang boleh membantunya.Sementara orang lain bersedih di rumah,dia di perpustakaan membaca buku.Ketika orang lain berkabung dan mengenang memori bersama ibu dan ayahnya,dia sedang meneliti album lama,aktiviti yang pernah dilakukan oleh mereka dan kenalan-kenalan yang ada di dalam telefon ibu ayah Chi-sama untuk mencari jawapan tentang penyakit mereka.Namun,semua usaha itu sia-sia apabila dia lansung tidak menjumpai satu pun petunjuk.Sejak hari itu,dia mula mengkaji dan meneliti dunia supaya impian dia untuk mencipta ubat yang memulihkan segala jenis penyakit tercapai.
"Haru,awak yakinkah cuma saya sahaja yang ingat tentang awak?" tanya Chi-sama lalu duduk di atas kerusi kayu di hadapan saya.
"Dari pagi tadi,semua orang.Mak dan ayah saya,kawan-kawan,cikgu,pekebun dan jurulatih bola keranjang lansung tidak kenal saya.Masa saya jumpa awak pun saya tidak sangka ada yang masih ingat"
"Hurm,macam tu,ya" balas Chi-sama.
"Tapi saya rasa pasti ada yang masih ingat tentang awak.Kenapa saya seorang sahaja yang ingat tentang awak sedangkan ibu bapa awak yang sentiasa bersama awak dari awak lahir tidak ingat lansung apa-apa?"
"Betul juga tu tapi saya tidak boleh fikirkan apa-apa sebab selain dari yang kita berdua selalu bersama dari kecil" balas saya.Dari perbincangan kami ini,saya tidak rasa kami telah melakukan perkembangan.
Knock,knock,knock
"Murasaki-senpai,boleh saya masuk?" di sebalik pintu makmal ini,terdapat suara yang sangat saya kenali.Suara indah seperti datangnya dari syurga.Kehadiran dia membuatkan hati saya berdegup bagaikan orang yang baru berlari marathon tanpa henti.Jika dapat melihat dia sahaja bagaikan hati saya telah dibersihkan serta-merta.Itulah Sakura.
"Masuklah" balas Chi-sama.Kemudian saya menyampuk, "Tu-tunggu dulu Chi-sama?!" Walaupun saya mahu berjumpa dengan dia tetapi jika dia melupakan diri ku ini,tidak lagi ku sanggup hidup di dunia ini!Urgh....
"Eh,apa yang awak nak takutkan.Kalau dia lupa tentang awak,awak cubalah kenali dia semula.Mungkin peluang untuk awak keluar bersama lebih tinggi" bisik Chi-sama pada saya sebagai sindiran.Sebelum sempat saya membalas sindiran itu,Sakura telah masuk ke dalam.
"Maaf mengganggu,Murasaki-senpai.Ah,Haru-senpai,selamat tengahari" kata Sakura sambil tersenyum bagaikan dewi yang baru lepas mandi kolam suci.Rupa dia tidak lansung boleh ditandingi mana-mana wanita di dunia ini!
"Err,senpai!Tentang baja yang awak ajar saya hari itu,ia sangat berkesan.Jadi saya datang untuk berterima kasih dengan kek yang saya buat ni"
"Eh,awak tak perlulah susah-susah!Saya cuma tolong sebab saya mahu sahaja" balas Chi-sama.Apalah dia ni.Sudah dapat benda dari Sakura tu,bersyukur dan berterima kasih sahajalah.Awak patut sedar,kek yang diberi oleh Sakura itu bagaikan hadiah nombor satu dari langit!
"Eh,janganlah macam tu dan kalau tak keberatan,Haru-senpai pun marilah makan sekali" kata Sakura.Uah,baiknya dia!Saya yang tak menolong pun dia bagi....
Eh?Dia kata apa tadi? "Sakura,awak kata apa tadi?"
"Hurm,marilah makan kek sekali?" balas Sakura dalam kebingungan.
Kali ini,saya berjalan ke arah Sakura dan memegang bahunya. "Bu-bukan yang tu!A-awak ingat tentang saya?"
Dengan muka yang semakin merah bagaikan tomato,Sakura terasa bingung selepas saya memegang bahunya dan bertanyakan soalan yang pelik pada dia dan, "EEEEHHH"
Share this novel