"Sebenarnya,saya ada rahsia yang saya mahu beritahu senpai" kata Sakura.
"Apakah rahsia tu?"
"Senpai,saya-" Kemudian,Sakura berdiri di hadapan saya dan mengeluarkan telefon pintarnya dari poket.Tiba-tiba,telefon itu terapung tanpa sebarang bantuan atau helah, "mampu menggerakkan objek tanpa menyentuhnya ataupun lebih mudah ianya ialah telekinesis"
"...." Saya terdiam dan tak mampu mengatakan apa-apa.Saya cuma ternganga dan melihat Sakura yang saya cintai ini sebenarnya seorang pengguna telekinesis.Ia bukanlah benda buruk tapi cuba untuk masukkan semua benda yang berlaku hari ini dalam kepala saya memang bukan benda yang mudah.
"Err,senpai!Boleh awak jangan pandang saya lama sangat?" Sakura menjadi malu dan cuba menutup mukanya yang merah itu dari dilihat oleh saya.
"Eh,haha maaf,maaf!Saya cuma agak terkejut melihat semua ini"
"Jadi itu bermakna orang yang serang saya tadi itu terpelanting tadi adalah disebabkan awak,bukan?" tanya saya pada Sakura.
"Ya,itu memang saya.Apabila saya melihat senpai diserang,saya lansung tidak fikirkan perkara lain dan cuma cuba untuk selamatkan senpai sahaja tadi"
"Dan sebenarnya sebab saya beritahu senpai rahsia ini kerana saya ragu-ragu sama ada senpai lihat saya atau tidak tadi.Saya beranggapan jika senpai tahu saya yang lakukan,Haru-senpai mungkin akan takut dengan saya dan tidak dekatkan diri dengan saya lagi.Maaflah saya pemikiran saya ni berbunyi pentingkan diri!"
Selepas Sakura berkata semua itu,saya mendakap tubuh Sakura dan menenangkan dia, "Sakura,kenapa pula saya nak berasa takut dengan orang yang selamatkan saya?Sebaliknya,saya berasa kagum dan rasa yang awak ni ialah orang yang sangat hebat"
"Ta-tapi saya pelik dan ada kuasa yang pelik!Saya bukan seperti manusia biasa atau saya mungkin bukannya seorang manusia" balas Sakura yang menitiskan air mata di hadapan saya.
"Saya tak tahu kenapa awak terlampau menolak diri awak sendiri sekarang ini tetapi jika awak ada masalah yang mengganggu fikiran awak,telinga saya sedia untuk mendengarnya"
"Awak rasa awak pelik?Saya pun pelik juga tahu.Orang ramai lansung tidak ingat tentang saya tapi saya tidak menidakkan diri sendiri kerana saya tahu pasti ada yang ingat tentang saya dan itulah yang membawa saya berjumpa awak dan Chi-sama.Jadi saya pasti awak akan jumpa orang selain saya yang menerima diri awak yang lain ini"
Sakura sambung menghujani dada saya dengan air matanya tanpa henti.Dari apa saya yang lihat,dia mungkin telah lalui perkara yang dia tidak mahu fikirkan.Oleh itu,saya akan berusaha membantu dan menyokong awak,Sakura!
*Batuk*,"Ma-maafkan saya,Haru-senpai kerana awak terpaksa melihat diri saya yang lemah ini"
"Saya tak kisah lansung.Lagi pula saya agak gembira jika awak mempercayai saya dalam hal macam ini"
Muka Sakura menjadi merah lagi hari ini.Rasanya sudah beberapa kali ia menjadi merah.Namun,lagi banyak lagi bagus.Muka malu yang ditunjukkan Sakura itu tandanya yang dia sukakan saya! ~He,He~, "Ah,Sakura!Saya tahu saya dah berjanji untuk tidak beritahu sesiapa tetapi boleh tak jika Chi-sama dikecualikan?Saya agak kurang selesa jika berahsia dengan dia tapi awak jangan risau,Chi-sama ialah orang yang saya yakin paling boleh dipercayai di dunia ini"
"Hurm,boleh saja tapi-" trrr,trrr.Telefon Sakura berbunyi.Dia menjawab telefonnya sambil kami beredar dari tempat pembinaan itu. "Senpai saya perlu pulang sekarang.Mak saya kata kami akan makan di luar hari ini jadi saya perlu pulang dan bersiap.Baillah,jumpa lagi"
Kemudian,Sakura beredar dengan segera dari situ.Sambil menghela nafas,saya memikirkan masalah yang mungkin tiba satu hari nanti.Hari ini sahaja pelbagai masalah sudah berlaku.Esok pula apalah masalah yang menanti?Saya harap setiap masalah yang berlaku pada saya ini akan membawa hasil yang bermanfaatlah.Baiklah,ini bukan masa untuk berfikir negatif.Saya perlu berusaha untuk meneruskan hidup baharu ini dan juga saya tidak sabar nak tengok reaksi Chi-sama apabila saya beritahu dia tentang Sakura.Pasti dia akan jadi sa~ngat terkejut,hehe.
Keesokan harinya di makmal sains sekolah,
"Hurm,saya dah tahulah" kata Chi-sama dengan tenangnya sambil menghirup air kopi yang baru dibancuh.
"HAAAAAAAA!!!!" jerit saya sambil terasa dikhianati.
Di dalam makmal ini ialah saya,Chi-sama dan Sakura.Seperti yang saya rancang,saya akan beritahu Chi-sama tentang Sakura tapi kenapa saya pula yang terkejut ni!?!?!?
"Maafkan saya,Haru-senpai!Sebenarnya saya sudah beritahu hal ini pada Murasaki-senpai dulu kerana saya mahu senpai berikan pandangan tentang kuasa saya" kata Sakura sambil menundukkan kepalanya di hadapan saya.
"Dan awak patut tengok macam mana dia ragu-ragu dengan saya dan betul-betul tekankan saya untuk tidak beritahu awak.Sakura ni memang betul-betul sukakan awaklah,Haru dan tak mahu awak dalam bahaya,haha" sambung Chi-sama yang kemudian ditumbuk perlahan oleh Sakura menandakan yang dia malu.
"Jadi,awak dah tahu rupanya.Penat saja saya rasa teruja nak beritahu awak benda ni" kemudian saya mengambil tempat saya di kerusi bersebelahan Sakura.
"Selepas Sakura beritahu tentang kuasanya ini,semalaman saya memikirkan tentang sesuatu"
"Fikirkan apa?" tanya Sakura sambil Chi-sama memberi secawan kopi padanya.
"Sebenarnya saya terfikir....Apa kata kita membentuk satu pasukan hero?" kata saya dengan penuh semangat.
"Pfffttt!!! Eh,apa yang awak cakap ni,Haru?" balas Chi-sama sambil terbatuk-batuk mendengar apa yang dikatakan saya. "Awak ni biar betul?Menjadi seorang hero bukannya mudah macam dalam televisyen dan komik.Walaupun awak serius,orang yang ada kuasa macam tu di sini cumalah Sakura.Tolonglah kata awak cuma melawak untuk menghilangkan stress sahaja"
Walau bagaimanapun,saya tidak menafikan apa yang cakap sebentar tadi.Kemudian,Chi-sama sedar dan menjawab, "Nampaknya awak memang seriuslah kan?Dan melihat awak serius begini,sudah pasti awak ada rancangan yang sudah tersedia bukan?"
"Lebih kurang macam itulah dan juga sebab itulah saya minta kebenaran Sakura untuk beritahu awak hal ini"
"Maksud awak?" tanya Chi-sama sambil menghirup kopinya lagi.
"Setiap hero pasti akan ada ahli yang genius sebagai tulang belakang pasukan yang membekalkan alat-alat yang berguna atau bahan-bahan yang boleh menjadikan semua misi berjalan dengan lancar.Jadi siapa lagi yang saya boleh harapkan selain awak,Chi-sama?" kata saya lalu berdiri dan menghampiri papan putih makmal.
"Oh,jadi awak nak saya jadi seorang watak sampingan je lah....Macam bosan je" balas Chi-sama lalu menghirup kopinya lagi.
"Saya belum habis cakap lagi.Chi-sama,awak pernah belajar memanah kan dulu?" Chi-sama mengangguk tanda ya. "Jadi awak pasti ada daya penglihatan yang sangat baik,bukan?"
"Di dalam memanah,daya penglihatan tidak terlampau mempengaruhi kebolehan awak.Asalkan awak boleh melihat sasaran,awak sudah lepas untuk memanah tetapi saya tidak nafikan bahawa mata saya sangat bagus.Ketika pemeriksaan mata saya bulan lepas,daya penglihatan saya ialah 20/10 jadi mata saya lebih hebat dari mata biasa" balas Chi-sama dengan sedikit bunyi bangga.
Kemudian,Sakura mencelah dengan sopan, "Habis tu,kenapa senpai memakai kaca mata?Senpai cuba ikut trendkah?"
"Hehe,dia ni nak ikut trend?Baju tidur pun dia ajak saya be-urgghhh" Chi-sama menyiku saya dengan sangat kuat sehingga saya boleh merasa naluri membunuh berada di dalam matanya.
"Bukanlah.Kaca mata ni saya telah ubah suai menjadi Kaca Mata Pintar untuk memudahkan saya mencari maklumat tanpa mengeluarkan telefon dari poket.Ia merupakan alat yang berguna namun,fungsinya masih terhad kepada mencari maklumat di internet,mesej dan menelefon sahaja" balas Chi-sama sambil memberi Sakura peluang untuk mencuba kaca mata itu.
"Eh,macam mana senpai menaip pula?" tanya Sakura lagi.
Sebelum sempat Chi-sama menjawab,saya mencelah kerana terasa diabaikan, "Dia menaip menggunakan sarung tangan yang dipakainya di tangan kiri.Sarung tangan itu akan mengesan pergerakan tangan dan membentuk papan kekunci maya"
Chi-sama mendemonstrasikan papan kekunci itu pada Sakura.Sakura melihat dan terpegun dengan perkara tersebut lalu bertanya lagi, "Murasaki-senpai cipta semua ini sendirikah?"
"Ya,saya ciptanya dengan setiap bahan yang ada di rumah saya dan rumah Haru.Saya tidak berapa berminat menggunakan wang yang ditinggalkan ibu bapa saya sangat kerana jika saya mendapatkan semua ini dengan usaha saya sendiri,kepuasan itu bertahan lebih lama" Sakura mengangguk kepalanya sambil menghirup kopinya.
"Baiklah,pulang semula kepada topik.Dengan adanya kebolehan seperti itu,awak pasti boleh menjadi seorang pemanah atau penembak tepat untuk pasukan ini.Saya yakin dengan kebolehan awak"
"Jika awak cakap macam tu,saya tidak boleh menafikan sangat tetapi awak pula macam mana?Awak tiada kebolehan istimewa yang boleh kita katakan selain dari bermain bola keranjang dan kebolehan itu tak akan membantu awak menjadi seorang hero" kata Chi-sama sambil berjalan dan berdiri di sebelah saya.
"Ya,saya sudah agak awak akan tanya tentang itu.Jadi semalaman saya berfikir,apakah posisi saya di dalam pasukan superhero ini?Jadi saya membuat keputusan untuk menjadikan perisai sebagai senjata utama saya.Apakah suatu pasukan tanpa pertahanan yang kukuh dan dengan itu saya membuat keputusan"
"Saya tidak meragui keputusan awak dan ketahanan fizikal awak juga memang agak tinggi serta markah ujian pemeriksaan kesihatan awak setiap tahun sentiasa tinggi jadi awak agak sesuai dalam benda macam tu"
"Baiklah,saya akan cuba membuat perisai yang sesuai dengan awak dan juga mungkin cuba membuat kostum ala-ala superhero"
"Wow,itulah semangatnya,Chi-sama!"
"Err,boleh saya bagi pendapat saya" Sakura dengan malu-malu mengangkat tangan.
"Ah,maaf Sakura!Saya terlupa nak dengar pendapat awak pula!Jika awak mahu menolak cadangan saya ini,saya faham"
Sakura menggeleng kepalanya dan berkata, "Saya bukannya tidak setuju tetapi saya rasakan barisan pasukan kita seperti ada kecacatannya" kata-kata Sakura menarik perhatian saya dan Chi-sama.
"Sekarang,kita ada Murasaki-senpai sebagai pembekal senjata dan penyerang jarak jauh.Haru-senpai pula seorang penyerang jarak dekat tetapi senjata dia lebih kepada pertahanan dari serangan.Saya pula ialah penyerang jarak jauh dan kemahiran saya juga sedikit terhad dan tidak boleh digunakan agak lama"
Saya membalas persoalan Sakura itu, "Apabila Sakura katakan semua ini,saya pun baru perasan"
"Pasukan ini masih ada kekurangan.Kita memerlukan seseorang yang kuat dan mampu bertarung dalam pertarungan jarak dekat.Kita tidak boleh terlampau berharap dengan serangan jarak jauh dan saya juga kurang yakin jika kekuatan saya mampu untuk melawan musuh-musuh yang akan kita hadapi"
Apakah yang perlu kami lakukan?Kami hanya memerlukan seorang lagi untuk menjadikan pasukan hero ini pasukan yang ideal.
Share this novel