"Jadi,semua orang di sekolah ini termasuklah mak dan ayah senpai telah lupa akan kewujudan senpai.Hurm,susah juga saya nak proses benda ni dalam kepala tapi ada logiknya juga apa yang senpai katakan tu"
"Selalunya pada waktu pagi,akan ada sebilangan pelajar perempuan berdiri di koridor sekolah untuk melihat senpai tetapi hari ini,mereka tiada.Bukan itu sahaja,mereka lansung tidak pergi ke gelanggang bola keranjang untuk melihat sesi latihan petang" kata Sakura yang sedang duduk di atas kerusi di hadapan kami.
Hee,tak perasan pula ada budak perempuan yang selalu tengok saya waktu pagi.Lepas tu,patutlah gelanggang asyik bising sahaja waktu latihan petang dan juga,jika Sakura tahu semua ni,adakah itu bermakna yang dia sentiasa melihat saya?!?!Ah,gembiranya saya!!!
"Jadi kamu ada terfikir tak apa-apa sebab kenapa kamu tidak jadi seperti mereka?" Tanya saya.
Sakura menggeleng kepalanya dan menjawab, "Saya tak fikir yang saya ada buat apa-apa benda yang lain dari lain.Rasanyalah..."
Kemudian,Chi-sama pula menambah, "Namun,saya rasa kita boleh buat satu kesimpulan di mana sebab saya dan Sakura masih ingat awak bukanlah disebabkan perasaan cinta dan sebagainya kerana kesemua peminat Haru telah lupa padanya"
"Eh,mes-mestilah ia tidak ada kena mengena dengan ci-cinta,senpai!" balas Sakura dengan mukanya yang semakin merah tanda malu.Saya pun sedikit malu dan tidak mampu nak berkata apa-apa sebab saya memang ada terfikirkan yang itu ialah salah satu sebab mereka ingat saya tapi setelah dia cakap macam tu jadi saya hanya mendiam sahaja.
"Maaflah,Haru.Saya tidak membantu apa-apa hari ni.Saya akan berusaha untuk mendapatkan jawapan esok juga!" kata Chi-sama sambil menggenggam tangannya.
"Janganlah susahkan diri awak sangat.Saya tidak memaksa awak buat semua ni pun.Lagipun asalkan awak masih ingat saya,itu sudah cukup buat masa ni" kata saya pada Chi-sama sambil meletakkan tangan saya di bahunya.
"Ah,benarkan saya pergi dahulu!Awak berdua teruskanlah perbualan.Ba-baiklah,jumpa lagi" Sakura kemudian keluar dari makmal dengan ekspresi yang....malu?
"Aduh,Haru.Awak ni kena perbaikilah cara awak bercakap dengan saya agar orang tidak salah faham" kata Chi-sama sambil meletakkan telapak tangannya di dahi.
"Eh,di-dia ingat kita ni pasangan ke?" Chi-sama mengangguk, "Adakah itu maknanya saya tidak sengaja menjatuhkan flag dia?!?!" Chi-sama mengangguk sekali lagi.
"OOH,NOO!!!!!MY MASA MUDA!!!!!"
Selepas itu,setelah berbincang beberapa perkara lagi dengan Chi-sama,saya membuat keputusan untuk masih pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas.Ini supaya masa itu saya akan gunakan bersama Chi-sama untuk berbincang hal ini.Dengan gred yang Chi-sama ada,dia dibenarkan untuk tidak masuk kelas asalkan dia hadir setiap peperiksaan.
"Haih,menyusahkan juga benda macam ni.Walau bagaimanapun,saya lega yang yang masih ada orang yang ingat tentang saya.Mungkin saya akan jumpa ramai lagi yang ingat satu hari nanti.Bilalah rasanya?"
Sebelum pulang ke rumah,saya menyinggah taman yang berada berhampiran sekolah untuk berehat di sana.Saya tidak mahu pulang lagi kalau boleh jika ibu dan ayah saya masih lupa akan saya tapi memang tidak bolehlah.Mereka pasti risau.Sudah masa untuk pulang rasanya.....Shhihh
Saya ada rasa tak sedap hati.Ia seperti saya diperhatikan.Setelah melihat dan memeriksa seluruh taman,rupanya itu cumalah seekor kucing.Buat suspen betul kucing ni,haha.
Bang
Setelah mendengar bunyi itu,saya segera berlindung di sebalik tong sampah yang ada di situ.Saya cuba melihat di mana penembak tersebut namun,saya tidak melihat sesiapa di sini.Tiba-tiba!
Swoosshhh
Krrrriikkk
Tong sampah di sebelah saya telah dipotong dua.Eh,apa semua ni?!???!! Tadi pistol,sekarang pedang pula!Apa yang perlu saya buat ni???Tidak habis saya berfikir,orang yang menyerang itu muncul di hadapan saya.
"Susah macam lipas betullah awak ni nak mati.Tolong jangan bergerak kali ni.Saya akan buat kematian awak tersangatlah pantas sehingga awak tidak sempat untuk merasa sakit pun" kata orang misteri ini.Apabila dia menaikkan pedang untuk membunuh saya,dengan pantas saya mengambil penutup tong sampah di sebelah saya dan melempar pada bahagian badan dia yang terbuka.
Bertuahnya saya, rancangan itu menjadi dan saya berjaya melepaskan diri.Namun,berita buruk pun ada.Dia masih mengejar saya dari belakang.Dia mengejar saya bagaikan seorang ninja dengan melompat dari satu dinding ke dinding yang lain.Saya cuba menjerit minta tolong tetapi seorang pun tidak muncul.
"Hoi,budak!Tak bolehkah awak duduk diam sahaja dan biar saya bunuh awak"
"Apa awak ingat saya ni ayam ke nak bunuh-bunuh!?"
"Haha,tak teringin saya nak makan awak!Cukuplah tu melawak,masa untuk habiskan semua ni"
"Apa-aarggghhh"
Tiba-tiba,apabila dia cuba menembak saya tadi,badannya terpelanting ke belakang.Saya tidak apa yang berlaku tapi saya ambil peluang ini untuk melarikan diri.Saya tiba di kawasan pembinaan dan menyorok di dalam paip konkrit yang ada di situ sambil berharap dia tidak mencari saya.Beberapa minit di situ,saya terdengar bunyi tapak kaki.Ia seperti seorang sedang berlari.Harap-harap bukan dialah!Harap-harap bukan dialah!!!!
"Haru-senpai,awak tak apa-apa"
Perasaan terkejut bercampur dengan lega berada pada saya apabila melihat orang yang menjumpai saya ini bukanlah lelaki misteri tadi tetapi seorang wanita jelita yang bernama Sakura. "Err,Sakura.Apa yang buat di sini?"
"Eh,errr,ha,sa-saya tolong mak saya belikan barang sedikit.Disebabkan saya nampak senpai datang ke sini,itu yang saya cuba tengok tu" balas dia sambil tersenyum.
"Hurm,macam tu ye.A-ada awak jumpa dengan sesiapa tak tadi?"
"Ti-tiada.Kenapa?"
"Haha,tak ada apa....Tunggu sekejap,Sakura.Bukankah kedai runcit ada di bahagian utara bandar manakala sini ialah ialah selatan.Ia betul-betul merupakan tempat yang bertentangan" kata saya.Entah kenapa,saya rasa yang keadaan menjadi lebih pelik sekarang ni.
"Eh,arr itu sebab sa-saya sengaja berjalan-jalan untuk mengambil angin...."
"Ermmm,ahhh saya menyerah kalah!Saya tak boleh menipu senpai.Sebenarnya,apabila saya pulang dari sekolah,saya ternampak senpai melalui jalan lain yang bukan ke rumah senpai jadi saya pun ikutlah untuk tengok apa yang berlaku.Ah,se-senpai tak perlu risau!Saya tidak akan ganggu hubungan Haru-senpai dan Murasaki-senpai" balas Sakura dengan pantas.Dia bercakap tanpa henti sehingga saya lansung tidak sempat untuk mencelah.
"Ouh,itu rupanya sebab awak ada di sini dan juga sudah banyak kali saya beritahu,Chi-sama dan saya tidak ada apa-apa hubungan yang melebihi kawan baik pun.Kami betul-betul cuma kawan sahaja tak kiralah macam mana awak tengok kami ni pun..."
"Dan juga,orang yang saya suka sebenarnya ialah-" saya beralih muka saya ke arah Sakura dan memandang muka yang suci tersebut, "Sakura,saya sukakan awak!Orang yang saya cinta bukannya Chi-sama tetapi awak,Sakura"
Muka Sakura dengan pantas bertukar merah seperti tomato dan dia cuba menyorokkan malunya dengan menutup muka.Kemudian,dia menjawab "Boleh awak berikan masa sedikit pada saya?Saya tidak tahu sama ada saya boleh proses semua ini sekarang.Tolong berikan masa untuk saya berfikir"
"A-ah,mestilah bo-boleh" saya tergagap sedikit kerana takut yang dia akan menolak saya.
Selepas itu,kami terdiam untuk beberapa minit.Tidak lama lepas itu,Sakura mula bercakap,"Senpai,sebenarnya saya ada rahsia yang saya tidak pernah beritahu sesiapa pun sebelum ini.Cuma ahli keluarga saya sahaja yang tahu benda ini.Boleh saya beritahu awak perkara ini?"
"Eh,kalau ia sangat rahsia,awak tak perlulah beritahu saya.Setiap orang pasti ada satu atau dua rahsia yang dia lansung tidak boleh beritahu orang"
Sakura menggeleng kepalanya dan berkata,"Kalau orang yang saya beritahu tu Haru-senpai,saya okay" Kata-kata dia membuatkan saya terasa malu sedikit dan kemudian,Sakura menyambung,"Tadi senpai ada tanya tentang sama ada saya jumpa sesiapa atau tidak tadi dan saya jawab tidak.Namun,sebenarnya saya terjumpa seseorang dan orang tersebut ialah orang yang menyerang senpai tadi"
"Tunggu sekejap!Awak jumpa dia?Di-dia tidak apa-apakan awak kan?" balas saya dengan nada yang risau sambil melihat keadaan Sakura.
Kemudian Sakura pun membalas,"Jangan risau senpai,saya tidak cedera ataupun diserang.Lagipun,yang selamatkan senpai tadi sebenarnya ialah saya"
Eh,apa? Tunggu sekejap! Tunggu sekejap!Kenapa saya rasa ada benda pelik yang akan berlaku lagi ni!!!!!!!
Share this novel