Beg Guzheng dicapai. Baru sahaja langkahnya mahu mengikuti Farhani dan Nizam dia mendegar alunan muzik Pi Pa dari atas pentas. Syahdu bunyi petikanya, niat mahu melihat siapa gerangan yang berkebolehan. Pelahan dia mengatur langkah ke tirai dan tanganya menyelak lembut kain yang menghalang.
“Zaymen !” Farhani dan Nizam melaung serentak namanya dari luar.
“ok, nak keluar la ni.” balas Zaymen sambil menggelengkan kepala dan berlalu pergi.
Selesai melipat baju, mata Zaymen sayu memandang Guzheng hitam berkilat miliknya. Kalau Farhani tak tegur tadi mesti dia tak perasan akan kecacatan yang mula timbul di badan alat muzik kesayanganya. Sedikit terkopak di bahagian kepala sebelah hujung, ini mesti gara-gara pelanggaran secara tak sengaja petang tadi. nasib baik la tidak sampai menjejaskan persembahanya. Kalau nak diikutkan kerosakkan Pi Pa milik lelaki yang melanggarnya lagi teruk.
“banyak pakai duit nak baiki Guzheng. Nampak gayanya kena ‘pecah tabung’ juga.” Bebel Zaymen sambil menghampiri tabung berbentuk hati merah miliknya. Sejak dia sampai ke sini 3 tahun lepas, ini kali pertama dia nak ‘pecah tabung’ hadiah dari arwah papanya. Agaknya sudah banyak kut duit yang dikumpulnya semasa berada di sini. Lagipun bulan ni memang sesak nak guna duit, jadi terpaksa la dia lakukan apa yang semampu sahaja.
Bila melihat tabung di hadapan, ingantanya mula merewang jauh ke Malaysia. Kerinduan semakin menjadi-jadi pada keluarga. Sejak dia datang belajar di sini, tidak pernah walaupun sekali balik ke Tanah air. Hanya mampu mengirim khabar melalui telifon dan Fac kepada abang dan adiknya. Arwah papa meninggal tahun lepas pun dia tidak dapat pulang, memang sangat sedih sebab tak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Tapi nak buat macam mana, seperti kata abang Pian pelajaran pun penting demi masa depan. Lagipun masa tu tiada peruntukan untuk dia pulang melawat keluarga.
Dekat sini nasib baik ada Farhani dan Nizam, kalau dia sakit atau perlukan bantuan diaorang ada. Sentiasa menghulurkan pertolongan di kala susah dan senang. Pasangan suami isteri tu sudah lama berkahwin, walaupun umur mereka sebaya. Kata Farhani, sebelum dia bertolak ke sini dulu keluarga Nizam hantar rombongan masuk meminang. Dia terima sebab diaorang dari tingkatan empat sudah bercinta, lagi satu keluarga diaorang kata senang ada orang jaga antara satu sama lain.
Betul la, usia tidak menghalang kita untuk jadi matang. Dekat sini jelas dapat lihat macam mana Farhani dan Nizam bahagikan masa untuk kuliah dan rumahtangga, walaupun pada mulanya agak kekok tapi lama kemudian mereka seaakan sudah biasa. Pun begitu mereka masih belum dikurniakan anak, mungkin Allah tidak mahu membebani mereka sewaktu belajar.Di malam yang hening, Zaymen muhasabah diri.
“hello!” pelahan Zaymen memanggil di luar pintu kedai, masih tidak kelihatan sesiapa. Yang ada hanya segala alat muzik yang masih di dalam proses pembakian. Ghuzeng di letakkan ke bawah.
Rasanya tuan kedai masih belum balik dari makan tengah hari kut. Fikir Zaymen sambil memerhati jam di tangan menunjukkan pukul 1.48 minit. Zaymen melabuhkan duduk di kerusi panjang yang berada di hadapan, boleh tunggu untuk setengah jam sebab pada pukul 3 dia ada kuliah dengan Mr.Sam.
“yes! Nak baiki Ghuzeng ke?” sapa seorang lelaki dari arah pintu masuk yang sedikit terbuka. Dia yang baru lepas menunaikan solat Zohor menyapa wanita yang duduk membelakanginya. Sengaja dia bertutur dalam bahasa melayu kerana yakin wanita itu berbangsa melayu kerana bertudung.
Zaymen mengangguk sambil menghulurkan Ghuzeng tanpa memandang siapa yang menyapa. Kini alat muzik sudah bertukar tangan.
“ada sedikit kerosakan, saya harap kamu dapat baiki secepat mungkin. Lusa saya ada persembahan di universiti.” Laju Zaymen menuturkan katanya sambil memandang wajah lelaki di hadapanya. Setelah yakin lelaki ini juga berbangsa melayu sepertinya.
“Biar saya lihat dulu. Silakan masuk dan duduk.” Arah lelaki tadi sambil memperluaskan pintu kedainya.
Sejak masuk ke dalam kedai, mata Zaymen leka memerhati sekeliling. Lelaki tadi sudah menghilang di sebalik ruang tengah yang memisahkan hadapan kedai dan ruang belakang.
“eh! Bukan ke, awak ni perempuan yang saya langgar secara tak sengaja semalam?” tanya lelaki tadi sambil melabuhkan duduk di hadapanya.
Terkejut dengan pertanyaan dari lelaki di hadapanya, Zaymen cuba mengimbas kembali pelanggaran semalam. Memang dia ada terlanggar seseorang, tetapi dia tak pula cam muka. Mungkin sebab semalam lelaki tu memakai topi jadi dia tak berapa perasaan.
Zaymen hanya mengukir senyuman segaris. Tak tahu nak kata apa.
“saya minta maaf sangat-sangat. Ghuzeng awak jadi rosak mesti sebab terjatuh semalam kan.” Rayden megeluh berat, tahu akan kesalahan diri.
Hanya anggukan sebagai tanda maaf sudah diterima.
Share this novel