Pantas kepala Badrol di tepuk pelahan, ada saja kenakalanya.
“akak! Sakit la.” Jerit Badrol tidak puas hati sambil belari mengejar kakaknya yang sudah laju mengatur langkah di hadapan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun akhirnya hari ni tamatlah pengajianya dengan majlis Konvokesyen yang gilang gemilang. Walaupun tanpa keluarga di sisi, Zaymen tetap bersyukur apabila berjaya menamatkan kuliahnya dalam pada menerima segala ujian di bumi China ni.
Kelihatan mereka yang lain turut gembira, sakan bergambar sana sini mengabadikan kenangan untuk kali terakhir. Kebanyakkan mereka yang menjadi perantauan akan pulang ke Negara masing-masing malam ni dan ada yang balik esok seperti dirinya.
Matanya masih melekat memandang universiti yang banyak mengajar erti kedewasaan, yang menjadi saksi segala kepahitan dan kemanisan yang berlaku dalam hidupnya sepanjang berada di sini. Terasa hangat di matanya, bila-bila masa saja air mata akan mengalir. Sayu rasanya untuk meninggalkan segalanya di sini, entah bila pula dia akan menjajakkan kaki ke sini lagi. “doktor Zaymen ! Jom kita begambar dengan semua pensyarah.” Farhani menarik tanganya.
Gelaran baru itu mula bergema di cuping telinganya, siapa sangka tidak lama lagi dia akan menjadi Doktor Psitri setelah pulang ke Malaysia. Begitu juga dengan semua sahabat pengajianya. “selamat berjuang kawan, jadilah doktor yang mampu membuahkan senyuman di bibir pesakit.” Doa Zaymen dalam hati.
Selesai bergambar Zaymen menerima panggilan dari abangnya. Segera di jawab panggilan di hari istimewa baginya. “assalammualaikum abang long, wah! Telifon juga. Ingatkan dah lupa hari ni hari apa.” Sindir Zaymen dalam gurau.
“waalaikummusalam. Mana boleh lupa, tahniah sebab dah tamat pengajian, lepas ni boleh la panggil Doktor Zaymen kan. Kami sekeluarga tak sabar tunggu Zaymen balik, kami ada kejutan nak beri.” Abang long memberitahu membuatkan hatinya semakin bedebar ingin tahu lebih lanjut, tapi segera diputar belitkan oleh si abang. Argh! Tunggulah bila Zaymen dah sampai nanti.
Setelah berbual untuk beberapa ketika, Zaymen tamatkan perbualanya dan mula mengatur langkah pulang ke rumah. Ingin mengemas barang keperluan dan keluar untuk membeli hadiah buat keluarga yang menanti akan kepulanganya.
“MALAYSIA! SAYA ZAYMEN ARMANDA BINTI ROSLI AKAN KEMBALI” laungnya di halaman rumah, melepaskan kegembiraan. Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
Laci meja di tepi katil ditarik pelahan. Segala barang di keluarkan dari beg dan di simpan ke dalamnya. Selesai mengemas Zaymen menggeliat malas, dari pagi sejak sampai ke rumah mak ini lah rasanya baru nak mula berehat. Tanganya menepuk bantal dan kemudian dia merebahkan kepala, matanya liar memandang ruang bilik. Semuanya masih sama seperti lima tahun dulu, Cuma bezanya sekarang cadar katil bilik sudah di tukar dari warna kuning ke warna merah hitam. Niat mahu melelapkan mata sementra tunggu solat asar, tapi fikiranya tiba-tiba teringat perbualan selepas sarapan pagi tadi besama abang long. “tak boleh jadi ni, kena tahu cerita yang selanjutnya.” Bisik nya pelahan lantas turun dari katil.
Pelahan pintu bilik abangnya ditolak. Kedengaran air pancutan bilik air, Nampak gayanya abang long tengah mandi. Segera dia melompat ke atas tilam dengan selambanya, laptop yang sedia terbuka di perhatikan. Terpampar besar gambar abang long besama seorang perempuan di skrin hadapan. Wajahnya mengukir senyuman nakal.
“OO.. jadi ni la ‘permaisuri’ yang berjaya curi hati abang long.” Lancang mulutnya menyuarakan pandangan, setelah melihat wanita yang berbaju kurung dan bertudung manis sedang duduk di atas batu tepian pantai besama abangnya bediri di sebelah.
“ha! Apa kes ni masuk bilik abang long?” terjah Habeeb yang baru keluar dari bilik air. Siap berpakain sukan dan di lehernya tersangkut tuala mandi. Sekali pandang macam Jep, ahli kumpulan lawak SEPAH.
Zaymen sudah mengangkat kening mengusik. Kemudian matanya menjeling laptop di sebelah, terukir senyuman manis. Seronok! Minggu hadapan keluarganya akan menerima ahli baru, alhamdulilah. Terbuka juga hati abang long nak kawen sejak kematian arwah tunang abang long dulu kak Wati.
Habeeb turut tersenyum melihat gelagat Zaymen , cepat sahaja menghidu kenakalan satu-satunya adik perempuan yang paling manja. Dia kemudian menghampiri dan merebahkan duduk di sebelah Zaymen .
Share this novel