BAB 7

Drama Completed 532

Patut la dulu bila ada orang tanya. Kenapa Zaymen tak mahu cari pasangan, dia hanya diam. Sebab dia sendiri tak ada jawapanya, hanya yang pasti sejak pemergian Rayden dari hidupnya dia rasa kosong. Walaupun ada keluarga dan kawan-kawan, tetapi sebahagian hatinya masih menyimpan nama lelaki di hadapan nya sekarang. Teringat dulu waktu mereka besama, pantang besua muka ada saja benda yang boleh terbit pergaduhan. Tak kira lelaki dan perempuan, masa tu asyik pikir nak menang je.

“hei! Aku tak kisah la kau nak pergi mana pun. Yang pasti lepas ni aku bebas, dah tak ada orang boleh cari gaduh dengan aku.” Tepiknya suatu ketika dulu, saat Rayden datang mengkhabarkan pemergianya kepada abang long. Masa tu Zaymen baru darjah lima dan Rayden tingkatan 1.

“aku pun puas hati sebab dapat lari dari kau, lama aku dekat kampung ni boleh keluar tanduk jahat aku serupa kau. Hei! Minta dijauhkan.” Balas Rayden berani. Tidak kisah walaupun waktu itu ada Habeeb di sisi.

Ketawa mereka bedua memecahkan imbasan kenangan lama. Hakikatnya selepas sebulan mereka tak jumpa, segalanya telah berubah. Zaymen yang garang kini sudah mula hilang taringnya, Rayden yang mana dulu suka bersukan lebih menumpukan pada muzik Pi Pa. mereka berdua saling merindu, tapi masih tidak mengerti ataupun lebih tepat tidak mahu mengakuinya. Di malam yang pekat di temani bintang-bintang berkelipan dan di sinari dengan bulan yang terang menjadi saksi perhubungan mereka berdua.

“kalau Zaymen izinkan, bulan depan Rayden nak bawa keluarga masuk meminang Zaymen .” Lancar sahaja permintaan dari lelaki yang duduk di hadapanya kini. Seperti ayat itu sudah di hafal sekian lama dan sentiasa bermastautin di bibir serta mindanya.

Di bawah khemah kenduri yang masih belum di buka Zaymen melepaskan keluhan kecil. Adakah ni yang di namakan takdir dari Ilahi? Sengaja di pertemukan untuk membina perhubungan baru. Pelahan dia bangun dari kerusi dan memandang tepat wajah Rayden .

Melihat kelakuan Zaymen , Rayden sudah seperti cacing kepanasan. Berpeluh menanti jawapan, jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas buat larian pecut 100x meter sebentar tadi. dia turut bangun berhadapan Zaymen , wanita pertama yang berjaya membuatkanya setia sehingga kini.

“sesungguhnya, itu adalah pilihan yang terbaik.” Zaymen memberi jawapan.

Mendegarkan persetujuan dari Zaymen membuatkan nya seperti tidak mahu bangun dari alam mimpi, tetapi kini dia lagi betuah sebab kini dia dalam alam realiti. Terukir senyuman di bibirnya.

“alhamdulilah.” Serentak ahli keluarga yang memerhati di belakang besuara. Entah bila diaorang curi dengar pun tak tahu la. Yang pasti Zaymen dan Rayden sudah terkejut sebab di perhatikan mereka semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience