Pulang dari sekolah,aku terus naik kebilik untuk membersihkan diri serta menunaikan solat zuhur.Tenang aje hati aku bila air sembahyang mengenai permukaan kulit.Agak nya inilah kelebihan wudhuk.
Pukul 3.30 baru aku selesai semua.
Aku turun kebawah untuk melihat ibu.Bila sampai diruang tamu,mata aku tidak nampak pula kelibat ibu.Tapi televisyen masih menyala menandakan seseorang telah menggunakannya.Tak pun mesti dibiarkan menyala tanpa sengaja.
Aku bergerak pula ke dapur.Bila sampai di dapur,dia nampak ibu sedang menguli tepung.Pantas aku mendekati ibu lalu badan dipeluk dari belakang.
"Ibu masak apa?" Tanya aku selepas melepaskan pelukan.Ibu tersenyum selepas mendengar soalan dari aku.
"Ibu rasa macam nak buat mini piza lah,Sya..Abang Qairul kan suka?Nanti dia sampai." Jawab ibu sambil terus menguli.Aku tersenyum.Rasa bertuah sangat sebab dapat ibu macam ni.
"Ibu buat piza sampai berpeluh peluh dahi." Tegur aku sambil senyum.Terus ibu mahu mengesat dengan belakang tangan.Nampak juga rupanya..
Aku menahan.
"Kotor,bu..ibu kan tengah menguli.Biarlah Sya yang bersihkan." Halang aku sambil mencapai tisu disebelah.Segera aku mengesat peluh ibu.Ibu hanya tersenyum.
"Ibu..Abah pergi mana?Bukan ke abah ambik cuti hari ni?" Tanya aku yang baru menyedari ketiadaan ayah.
"Ha..lupa pulak ibu nak bagitau kamu.Abah kamu pergi melawat pak long yang sakit.Pak long kamu tu terkena demam denggi..." Kata ibu.
"Ya kah?Kenapa ibu tak pergi ikut abah jugak?" Tanya aku.
"Habis kamu macam mana?Takkan ibu nak tinggalkan rumah masa kamu sekolah..Nanti bila kamu balik tak ada orang pulak.."
"Hisy..ibu ni!Sya dah besarlah..dah 17 tahun pun..bukannya Sya tak pandai jaga diri.." Kata aku macam tak puas hati bila aku rasa ibu tidak yakin akan aku.
"Kamu tu perempuan,Sya..bahaya kalau duduk sorang sorang.."
"Tak apalah,ibu..Sya kan ada tae kwan do?Kalau ada penjahat atau perompak,Sya tendanglah dia punya..'
" Isy kamu ni,Sya..ada saja balasnya.Haa..dah.Pergi tolong ibu ankat kain kat luar.Rasanya dah kering sebab hari ni cuaca panas sangat.."Suruh ibu.
Mahu tak mahu,aku kena ikut jugak.Yalah..kalau dah ibu yang suruh,mana boleh nak tangguh tangguh.Ya dok?
Sebelum keluar angkat baju,aku terlebih dahulu memakai tudung.Duduk rumah sendiri pun nak pakai tudung?Yalah..rumah sendiri pun,aurat tetap aurat.Nanti kalau ada jiran lelaki yang ternampak rambut,tak ke berdosa kita sebagai perempuan ni?
Bila aku bukak aje pintu,terus aku nampak seorang lelaki yang memakai jaket kulit warna coklat.Eh..
Abang Qairul!
"Sya.." Panggil abang Qairul.Terus aku menyarung selipar untuk menghampiri abang yang ketika itu sedang mencabut kasut.
"Abang.." Panggil aku selepas bersalam dengan abang.Rindunya dia kat abang.Maklumlah..abang Qairul ni belajar bukan ulang alik dari rumah.Bukan selalu aku boleh jumpa abang kesayangan ni.
"Ibu mana?" Tanya abang Qairul sambil menjeling kedalam rumah.
"Ada kat dalam.." Jawab aku.
"Sya macam dah tahu tahu je abang dah sampai?Abang tak bagi salam lagi dah buka pintu..Rindu abang ke?" Abang Qairul sengaja menyakat.Terus aku mencebikkan bibir.
"Tak ada makna orang nak rindu dia.."Aku balas balik.Ada ke tanya rindu dia tak..memanglah rindu.
"Ouh..yakah?Abang pun tak rindu Sya jugak.." Abang Qairul sengaja buat akh sakit hati..Terus aku memuncungkan mulut.
"Sya malas dah nak cakap dengan abang..Ingat ke abang balik sebab nak jumpa Sya.Rindu Sya..tapi rupanya tak.Malas dah nak tengok abang." Aku mengajuk.
Cepat cepat aku menghampiri ampaian untuk kutip baju.Betullah..semua dah kering..Nasib baik baju yang dijemur hanya sikit.Tak ada lah nak lenguh sangat tangan.
"Alah,adik abang bucuk bucuk..buat buat ngajuk pulak dia ni..." Abang Qairul macam nak pujuk.Hakikatnya aku memang dah mengajuk pun.
Gila kan?
Tapi abang Qairul sikit pun tak perasan.Selamba aje dia masuk rumah..Lagilah aku rasa macam nak merajuk..
Apa?Normal apa kalau anak bongsu merajuk?
Hahahaha..tipu ajelah.Mana ada aku merajuk.Saja aje nak tipu.Takkan lah budak besar macam aku masih nak rajuk..
kan?
..atau ayat tu hanya untuk menutup kesedihan hati?..
Share this novel