Cikgu Santesh berdiri di hadapan sambil tangan disilangkan ke belakang.Misainya yang bergulung tiga lapis menambahkan aura keseriusannya.
Tiba tiba,seluar slack yang di pakainya terasa bagai mahu terloroh.Cepat cepat dia menarik keatas.
"Adakah kamu semua dah tahu tujuan saya memanggil kamu kesini?" Tanya Cikgu Santesh sambil mula mengelilingi kami berlima.
Semua menggeleng serentak.Aku sempat melihat Aizril.Rupa rupanya budak ni pun tak tahu.Patutlah bila aku tanya dia kata nanti tahulah..
"Habis kenapa tak tanya?" Tanya Cikgu Santesh dengan suara yang tegas.Dia tanya betul betul dihadapan Haikal.jarak antara wajah mereka hanya beberapa inci sahaja.
Haikal telan air liur sebab gerun melihat misai Cikgu Santesh yang sama macam Mister Potato.Rupa rupanya dia tanya Haikal seorang saja.
"Ma..mana lah sa..saya tahu,cikgu.." Aku dengar Haikal menjawab dengan gugup.Aku tidak dapat tahan ketawa sebab dari tadi lagi aku mahu gelakkan si Haikal tu.Akhirnya aku melepaskan ketawa.
Cikgu Santesh yang terdengar bunyi ketawa terus mencari gerangannya.Sampai naik juling mata cikgu Santesh jadinya.
"Dey..kenapa kamu berempat ketawa?" Tanya cikgu Santesh sambil memegang misainya.Terus aku buka mata.Aik! Empat orang ketawa?
Aku pandang kiri dan kanan.Aku nampak Nick dan dua orang pelajar perempuan sedang menahan ketawa.Laa..nampaknya bukan aku seorang yang ketawa.
Fuhh..nasib baik.Kalau tak,malu aku sebab kena marah.
"Tak ada apa apa,cikgu."Kami berempat menjawab serentak.Cikgu Santesh kembali berdiri di depan.Muka Haikal pulak dah merah padam.Hahaha..
"Kamu berlima.." Cikgu Santesh memulakan percakapan.
___
"Cikgu..kalau tak pergi tak apa kan?" Tanya Haikal tanpa memberi signal.Kut ya pun,angkatlah tangan Haikal oi..
"Dey..mana boleh kalau tak pergi.Kem ini wajib untuk kamu semua.Kamu semua beruntung sebab dipilih untuk menyertai ke ini..Hanya satu sekolah yang di pilih dari setiap negeri dalam Malaysia.Termasuk Sabah dan Sarawak.." Kata cikgu Santesh dengan lajunya.Tak berbelit pulak lidah dia.
"Kem Penyiasat Muda Malaysia atau lebih dikenali sebagai KPMM merupakan satu kem yang dapat menajamkan minda.
KPMM juga merupakan salah satu agensi penyiasatan yang melibatkan emosi dan mentel.Di KPMM nanti,pelbagai cabaran perlu di hadapi oleh kamu semua termasuk proses penyiasatan untuk mendapatkan bahan bukti...
Bla..bla..bla.."Kami semua mendengar dengan penuh khusyuk.Cikgu Santesh pula tidak henti henti berjalan mengelilingi kamj macam pesalah yang harus diberi hukuman.
" Balik rumah nanti,bagi ibu bapa kamu surat persetujuan ini...dan jangan cuba cuba untuk menghasut ibu bapa kamu supaya tidak membenarkan pergi.."Kata cikgu Santesh lagi sambil menjeling Haikal dengan sebelah mata.
Pulak dah?Tahun ni kan aku SPM?Kalau keputusan aku teruk nanti macam mana?Kalaulah result aku teruk,kem penyiasatan inilah yang aku akan salahkan.
Share this novel