Rate

BAB 4

Detective Series 3147

Dua hari sudah berlalu.Kini tiba lah masanya untuk bertolak ke kem penyiasat itu.

Kami bertolak menaiki Cikgu Santesh.Pukul 11.30 pagi baru kami sampai.Cikgu Santesh menyuruh kami untuk mendaftarkan diri di kauter pendaftaran.

15 minit baru selesai.Aku Iman dan Qisya bergerak kebilik.Bila sampai dalam bilik,aku nampak ada enam buah katil yang tersedia.Siap dipasang cadar lagi.

Tapi..Bila tengok balik pada permukaan cadar,jelas nampak kesan tompokan air liur.Eiy..kotornya.Aku buat biasa biasa saja.Taknak lah bagi nampak sangat yang aku ni geli.Tapi..memeng aku geli pun sekarang!

Aku meletakkan beg galas yang berisi baju kedalam loker yang disediakan.Nasib baik beg aku kecil kalau tak pasti tak muat nak letak dalam loker yang kecil ni.

Aku rasa macam nak tengok tengok lagi bilik ni.Laju saja kakiku melangkah ke dalam bilik air yang berada di sudut kiri.Hampir rebah aku bila nampak keadaan bilik air yang di penuhi dengan lumut hijau.

Eii..kotornya!

Nampaknya aku terpaksa berlagak biasa dengan semua keadaan ini.Nasib baik aku bukan macam perempuan gedik yang selalu menjerit jerit.

"Kenapa kak Arisya?" Tanya Iman sambil memegang bahu aku.Aku hanya mampu tersenyum.

"Tak de apa apa pun." Aku bohong.
"Nak ke mana ni?" Tanya aku pula.

"Nak kencing.." Jawab Iman lalu meninggalkan aku.Aku dapat menjangka apa yang akan berlaku nanti.

Aku duduk bersila di atas katil.Nanti kena buat apa?Pantas tanganku menggeladah fail warna biru yang diberi oleh pengurus kem tadi.

"Herm..pukul 1.30 petang..ke dewan makan untuk makan tengah hari.."Aku membaca tentatif program yang dirancang.

"Hurm..pukul 3 petang..berkumpul di dewan utama untuk memulakan aktiviti pertama iaitu Pembunuhan Atau Bunuh Diri.." Aku membaca lagi.Kemudian aku simpan semula.Aku duduk bersila sambil pandang depan.

Eh..kenapa ada enam katil?Yang tiga lagi untuk siapa?

Tiba tiba daun pintu dikuak kasar oleh seseorang dari luar.Lalu terpaparlah tiga orang perempuan yang semuanya besar besar badannya.

Adik beradik Giant ke ni?

Aku melihat budak yang baru masuk tu.Mukanya nampak sangat garang.Uih..takut lah nak tegur kalau macam ni.

Tiba tiba ada seorang budak yang paling besar antara mereka menoleh kearah aku.Terus aku terkejut beruk..Nasib baik sempat kawal daripada melatah.

"Apa tengok tengok?Ada hutang?!" Tanya orang itu dengan sangat garang.Aku dan Qisya terus berpandangan..Baru nampak batang hidung dah tanya ada hutang?

Aku cuba untuk berbuat baik.

"Hai,Kak!" Kata aku sambil melemparkan senyuman manis.Orang yang paling besar itu kelihatan geram.

"Kak kau panggil aku?" Tanya dia sambil menggangkat kepala tinggi tinggi sampai aku boleh nampak ada ke tak tahi hidung..Hahaha..

"Ooo..salah eh?Hai dik.."Aku buat baik lagi.Bukankah kita kena buat baik selalu?

"My mom gave me a very handsome name.Intan Puteri..My name is Intan Puteri.Not kak or dik..you can call me,Puteri.." Budak besar tu intro diri.Ooo..Puteri nama dia rupanya.

Apa?Puteri nama dia?Tak macam sesuai pun.

"Ouh..my name is Ain A.." Belum sempat mahu perkenalkan diri,Puteri sudah pun memotong.

"Tak payah bagitahu!Aku tak nak tahu pun!" Marah Puteri.Aku tergamam..Yang kau nak marah marah ni kenapa?Macam lah aku nak sangat kenal dia..

"Sally.."Aku dengar Puteri memanggil seseorang.Panggil ahli dia kut sebab team aku mana ada Sally.Nak jugak aku tahu yang mana satu budak nama Sally macam mek saleh tu.

"Ya,Puteri?" Baru tahu siapa sebenarnya Sally tu..tubuhnya paling kecil antara mereka.Kecil-kecil pun,dia nampak lebih besar kalau nak dibangdingkan dengan aku yang langsing ni.

Haha..

"Kau tolong simpan baju aku kejap." Arah Puteri dengan suara garaunya.Pelikkan?Perempuan tapi suara garau..

"You nak pergi mana Puteri?" Tanya Sally.Perlukah aku pergi korek telinga untuk dengar dengan lebih jelas?Aku tak salah dengar kan?

Amboi..gediknya Sally ni sampai cakap You you ni..Aku bagi makan kasut you baru tahu..

"Aku nak jumpa Ramli jap..ada hal."

"Ramli mana?"

"Alah..buat tak ingat lah pulak kau ni.Ramli Tonggek tu lah.."

"Ouh..I baru ingat..Buat apa nak jumpa dia?" Aku dengar Sally bertanya lagi.

"Hisy..kau ni!Semua nak tahu..tentulah aku nak tanya khabar dia..aku kan dah jadi gf dia!"Aku dengar Sally kena marah lagi.Tapi topik kena marah tu aku tak kisah sangat tapi yang aku kisahkan ialah..

Si Puteri ni ada boyfriend?Ye ke dok ni?Aku yang lawa dan comel ni pun tak ada boyfriend..Ayat tu nampak macam aku ni belagakkan?Tapi percayalah bahawa aku tak belagak pun..ini memang fakta bahawa aku ni memang comel okey?

Haha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience