BAB 3

Mystery Completed 1306

Sally dikejutkan dengan satu bunyi yang sangat kuat.

Punca bunyi tersebut amat hampir dengannya.

Bunyi seakan-akan dentuman guruh berserta tiupan taufan yang menghentam betul-betul di sebelah jasadnya.

Grokkkkkkkkkkk!!! Tingg!! Tingg!!

Sekali lagi Sally terkejut.

Kali ini butiran intonasinya lain, seakan-akan bunyi geseran batuan yang amat besar diselangi dengan bunyi lengking, yakni bunyi seperti besi yang dipukul.

Bunyi-bunyi tersebut masih berterusan tanpa henti.

Sangat bising! Sally mengandaikan gegendang telinganya mungkin akan rosak tidak lama lagi dek bunyi-bunyi yang bingit itu.

Kadang-kadang, bunyi tersebut mewujudkan satu situasi seram kepadanya kerana seakan-akan mimik sejenis raksasa penghukum yang sedang bersiap sedia.

Raksasa yang sedang bersedia menerima arahan dari tuannya untuk mendera dan menyeksa Sally.

Sally menguatkan semangatnya dan cuba mengambil inspirasi daripada kejayaannya yang masih dapat bertahan dari segala ujian yang ditempuhinya sepanjang berada di ruangan misteri ini.

Kali ini deria bau Sally menangkap satu bauan yang kurang menyenangkan.

Semakin lama, bauan tersebut semakin kuat.

Bau tersebut amat busuk! Sebusuk mayat reput yang telah dibiarkan selama beberapa minggu.

Mungkin lebih busuk dari itu! Sally tidak tahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience