Bau tersebut terus berterusan tanpa henti menyerang rongga hidungnya dan menjajah setiap pelusuk tubuhnya.
Sally kehairan kerana dia masih belum dapat merasakan hidungnya, masih belum dapat menggerakkan hidungnya, tetapi bau busuk ini tersebut terus menembusi logik akal tanpa belas budi kasihan.
Acap kali Sally merasakan kepalanya pening dan ingin pitam.
Mungkin Sally telahpun pitam beberapa kali tanpa menyedari keadaan yang berlaku.
Sally buntu dan hanya pasrah dengan nasib malang yang menimpa dirinya.
Apa lagi yang mampu dilakukannya melainkan hanya berserah kepada takdir.
Di ketika itu, Sally hanya berdoa agar segala penderitaannya ditamatkan, agar terus dimatikan! Dirinya sudah tidak terdaya dengan satu persatu ujian yang ditempuhinya.
Sally terus berdoa dan berdoa.
Tetapi tiba-tiba Sally tersedar! Kepada siapa dia ingin berdoa? Sally cuba mengorek lagi dalam memorinya.
Apa agamanya? Siapa yang patut dia berdoa? Apa itu doa???
Badan Sally mula rasa stabil tanpa sebarang perubahan.
Sally dapat merasakan setiap aggotanya telah kukuh.
Mungkin semakin beransur pulih.
Suasana turut sunyi sepi seketika.
Sally bersyukur! Adakah doanya diterima? Itu semua tidak penting bagi pendapat Sally, yang penting kesakitannya dapat dikurangkan.
Akan tetapi, bau busuk itu masih terus menyengat hidungnya.
Share this novel