BAB 2

Mystery Completed 1306

Benarkah duniawi?

Sally tersedar kerana terasa dirinya dicurahkan dengan air suam.

Ataupun dia dicelup ke dalam cecair tersebut? Sally tidak pasti.

Sally cuba mengumpulkan segala kudrat yang dimilikinya dan menyerondong ke permukaan khuatir kelemasan.

Sally mencuba sedaya upaya untuk bernafas.

Dia kemudiannya cuba menggerakkan tangannya dan menendang permukaan air bagi mewujudkan deria apungan.

Percubaannya untuk berenang gagal.

Kemudia Sally sedar, dia langsung tidak dapat merasakan refleks tulang empat keratnya.

Dia cuba menggerakkan tangan dan kakinya.

Tetapi mana tangannya? Mana kakiknya? Perasaan risau semakin menyelubungi segenap fikiran Sally.

Adakah anggota badannya dipotong? Derianya masih lemah, penglihatannya masih kabur, mungkin masih buta.

Sally mula berfikir dan mengenangkan segala dosa yang pernah dilakukannya.

Mungkin ini adalah balasan untuk dirinya di atas segala kezaliman yang dilakukan, ataupun mungkin ini adalah kesan halusinasi pengambilan benda haram, ataupun mungkin Sally terlibat dalam satu kemalangan yang sangat dasyat sehingga menyebabkan benda nyata menjadi sebuah ilusi ini? Akan tetapi, sekali lagi Sally gagal menggamit memori silamnya.

Sally buntu.

Grooommmmmm!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience