Dalam kesesakan manusia,
Aku berdiri, mata pun melilau,
Sambil mencari kehadiran dia,
Aku bersosial, aku pun bergurau.
Gemerlap gaun dan juga sut,
Simfoni lampu dan pelita,
Mana petunjuk, mana cerita,
Hari gembira, aku juga kalut.
Air diteguk, makanan dihidang,
Aku ditepuk, harapan hilang,
Mata melilau masih mencari,
Sampai ke sudah, tiada di sini.
Namun hati ini tetap puas,
Kerana hari ini penuh dengan keindahan.
Share this novel