Kepada engkau yang sedang menunggu,
Hai. Maafkan aku sebab tinggalkan kau secara tiba-tiba di surat kelima. Tapi, bila fikir balik...kau takkan menunggu kerana kau takkan mendapat surat-surat ini satu demi satu. Kalau aku tiba-tiba ada keberanian untuk serahkan surat-surat ini kepada kau pun, pasti kau akan dapat surat-surat ini sekali gus.
Namun, demi perjalanan dan kelancaran plot, apa kata kita anggap sahaja yang kau sebenarnya sedang "menunggu" surat seterusnya.
Baik, di mana aku berhenti sebelum ini?
Oh, cerita tahun 20[%.
Siapa sangka perkara kecil itu akan memberi kesan kepada aku sehingga hari ini? Mungkin...ini pemula. Pencetus engkau sentiasa muncul di setiap penjuru. Pencetus hati ini kadangkala berasa berat.
Merujuk dialog dalam penghujung surat...ya, orang tak puas hati dan mula bercakap belakang. Aku pun tidak berapa pasti sebenarnya kesahihan cerita ini. Boleh jadi yang memberitahu aku ini hanya mahu membuat cerita.
Tapi, orang yang mengeluarkan kata-kata itu...memang benci kewujudan aku. Jadi, tak mustahil dan keluar watak pun kalau dia mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.
Kau tahu? Sebentar tadi, aku baru sahaja menghela nafas yang paling berat dalam hidup aku dek terfikir tentang hal ini.
Memang betul juga...apa yang menjadi buah mulut mereka. Aku tidak layak pun. Aku...hanyalah sebalang madu dan kau adalah...
Kau adalah...
Adalah...
Kau adalah engkau.
Sudah pasti, perkara ini bukan salah aku, apatah lagi salah engkau.
Kau mahu tahu apa sambungan kata-katanya?
"Sepatutnya />|*£|!|€ dan $|*|*$| lebih layak berbanding si dia(aku)"
Aku pun tidak faham apa yang menyebabkan dia berkata begitu. Tak puas hati?
Kalau benar dia hanya tidak berpuas hati, perlukah dia kemudian membawa nama-nama orang lain untuk menguatkan hujahnya. Sedangkan sebelum ini, dia tidak pernah kisah satu habuk pun berkenaan mereka.
Biarlah. Benda sudahpun lama berlalu. Aku pun tidak mempunyai sebarang sebab untuk berjumpa dengan dia lagi. Seperti mana aku tidak perlu mengulang semula tahun ????.
Tahun 20[^, tahun ketiga kau tiada di sini.
"Madu, kami jumpa dia,"
"Di mana?"
"Carilah di ^*$//o||0£ kami"
Dan aku mencari.
"Oh, dia kata yang dia benci engkau,"
Dan aku percaya.
Dengan penuh rasa bersalah dan hati yang hanya mahu membetulkan keadaan, aku mengarang mesej minta maaf berkali-kali. Aku meneruskan pencarian engkau.
"Oh, kami tipu,"
Dan aku terdiam.
"Ini balasan atas kesilapan kau dahulu,"
Dan aku menerimanya.
Yang benar,
Aku yang mahu bercakap dengan kau.
Share this novel