‘’Eh dah kenapa aku macam ni, chill lah! Everything gonna be alright!’’
Ruang utama makin sesak jadinya.Tapi entah kenapa hatinya berdegup kencan, berdebar Tuhan saja tahu tatkala cuba menghampiri seseorang yang sedang setia menunggunya. Nalurinya merasakan bagai ada banyak mata yang memerhatikannya saat ini. Namun, matanya tidak langsung meliar ke serata tempat. Gerak langkahnya makin perlahan dan perlahan.
Arghh, aku datang sini bukan nak fikir yang bukan-bukan. Aku datang sini nak celebrate kejayaan aku, so lantak pegilah yang lain-lain tu! Dia cuba memujuk dirinya sendiri.
“Kau boleh cepat sikit tak? Nanti tiket habis. Kau ingat senang ke nak datang sini?” Kedengaran suara sahabatnya lantang memanggilnya. Tidak langsung mempedulikan pada orang ramai yang sesekali menjeling ke arah dirinya dan juga sahabatnya.
Aisyah sudah menggeleng kepala berkali-kali. Sabar saja dengan gelagat sahabat baiknya itu. Terus perasaan tidak menyenangkan hilang begitu saja.
“Syah, cepatlah. Jalan macam siput angkut gula-gula”, marah Zura dengan tangan sudah mencekak di pinggang.
Aisyah mendengus geram. Pantang betul diejek kura-kura! Dengan hati yang terbakar, dia melajukan hayunan langkah kaki. Tidak kisah lagi jika kakinya terpelecot kerana memakai heel. Namun, sebaik saja tinggal beberapa tapak dia akan berhenti di hadapan Zura, tiba-tiba…
Arghhh!!!!
Hampir juga tubuhnya terjatuh. Namun, tangannya sempat berpaut pada lengan seorang lelaki yang melanggarnya. Eh, bukan, pembetulan. Dia yang bersalah! Berjalan tanpa melihat kiri dan kanan. Dengan pantas juga, dia melepaskan pegangannya pada lengan lelaki itu.
“Ma…maaf…tak sengaja”, pohon Aisyah gugup. Ditambah pula dengan keadaannya yang sudah menggelabah beruk. Makin kelu lidahnya untuk menutur apabila lelaki itu merenungnya tanpa berkedip.
“Syah, kau okey?”
Aisyah tersentak. Pandangannya bersilih ganti memandang Zura dan juga lelaki sasa di hadapannya.
“Syah…”, panggil Zura menekankan suaranya.
Lagi sekali Aisyah tersentak. Tanpa sedar, dia menarik tangan sahabatnya. Sungguh, perasaannya berdebar-debar tika membalas pandangan lelaki yang tidak diketahui nama. Satu perasaan yang sukar digambarkan hadir dalam dirinya.
Ishkk, tak boleh jadi ni. nanti, tak khusyuk aku tengok citer hantu. Tenang Aisyah. Kau buat je tak ada apa-apa berlaku. Jangan risaukan sangat hati kau tu. Tak perlu teringatkan lelaki tu! Akalnya berbicara dengan sendiri. Eh, sempat lagi dia bermonolog sendirian. Hehehehe….
Share this novel