BAB 13

Romance Completed 27997

“Sayang tengok apa tu?” Fairuz menghampiri isterinya.

“Tengok langit”, balas Aisyah bersahaja.

“Ada apa pada langit tu? Muka abang ke?”, bisik Fairuz lalu merangkul tubuh Aisyah. Angin malam yang bertiup menenangkan jiwanya.

“Abang”, panggil Aisyah perlahan. Dia meleraikan pelukan lalu mengalih menghadap Fairuz. Wajah suaminya ditatap penuh kasih.

“Aisyah nak minta maaf sebab berkasar dengan abang. Aisyah…”

“Syyhhh, tak perlu dikenang perkara yang lepas. Sekarang ni, perjalanan kita masih lagi panjang. Cuma, abang nak sayang tahu yang abang memang benar-benar cintakan sayang”, luah Fairuz penuh makna.

“Aisyah pun sayangkan abang juga. Terima kasih sebab terima Aisyah seadanya”

“Sama-sama kasih. Abang nak cinta kita macam cadbury. Sentiasa manis sampai bila-bila. Hanya Aisyah seorang saja isteri abang”, bisik Fairuz tersenyum nipis.

Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan aku dan suamiku…

“Abang harap sayang dapat jadi isteri yang solehah. Tahu tak, isteri solehah adalah bidadari rumahtangga tahu tak?” Fairuz mengusap pipi Aisyah dengan penuh kasih sayang.

Aisyah mengangguk lalu memeluk erat suaminya dengan penuh rasa kasih cinta yang menebal. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan seseorang yang tidak pernah jemu mengingatkannya tentang Allah. Kerana dari kasih dan cintanya lelaki ini pada Allah membuatkan dia yakin bahawa cinta mereka sentiasa diredhai.

Segala rasa rindu, cinta, asmara dan seluruh rasa yang ada di hatinya datang kerana Allah, semuanya milik Allah.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience