MADANI Cafe. Tak jauh lokasinya dengan store Dahlia. Best jugalah tempatnya buat melepak petang-petang sambil layan coffee. Healing-healing orang kata. Bolehlah, kan!
Perlu bawa kereta ke tak, ya? Lokasinya tak jauh mana pun. Cuma terletak di barisan kedai sebelah dan ke belakang sikit je. Rasanya tak perlu bawa kereta kot. Malas nak ubah-ubah parking. Karang berebut lagi macam tadi, dah satu hal.
Okey! Dahlia pun memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. Hitung-hitung exercise sekali. Iyalah, dia pun dapat berjogging paling kerap seminggu sekali je. Itupun kalau tak ada trip ke China.
Ting ting! Bell pintu berbunyi sebaik Dahlia menolaknya. Pintu kaca itu lalu tertutup sendiri. Dahlia masuk.
"Selamat datang," sapa para staf di cafe itu mengalu-alukan kedatangan Dahlia.
Sebaris senyum Dahlia sedekahkan. Selanjutnya dia terus menuju meja kosong. Banyak je meja kosong sebenarnya.
Cafe ni tak ramai pelanggan sangat pun. Biasalah, cafe macam ni kebanyakan orang takut nak masuk. Mahal!
Biasanya yang lepak di sini adalah golongan student dan influencer sosial media. Tak ada lainlah tu, nak selfie atau nak buat content. Whatever!
So, di antara mereka, Dahlia turut serta lepak di cafe itu. Tujuan dia cuma nak minum coffee dan tenangkan fikiran je. Orang lain nak buat content ke apa ke dia punya fasal.
Dahlia lalu memesan minuman di kaunter, sebentar kemudian dia kembali semula ke meja.
Smartphone dibawa keluar dari dalam bag tangan. Ruangan sosial media dibukanya. Terpapar akhbar terkini tentang artis tempatan yang baru bercerai sedang menjadi headlines hari ini.
Terdetik hati Dahlia, kesihan pada artis wanita itu. Bertahun suaminya curang, akhirnya diceraikan juga. Tapi tak apalah, at least dia dah dapat kemenangan yang hakiki daripada terus menerus disakiti. Kesihan you, girl!
Ya Allah, memang macam ni ke cabaran bila sudah berumahtangga? Takut pula bila difikir.
"Excuse me!"
Dahlia dongak. Orang sedang tengok gosip artis ada pula yang interupt. "Ya?" tanyanya.
"Seorang saja ke? Boleh saya duduk sini?"
Seorang lelaki berpakaian agak formal datang ke mejanya tanya nak duduk sekali. Dahlia loading sejenak. "Haa, gunalah," kata Dahlia. Akhirnya!
"Thank you so much!" Lelaki itu telah melabuhkan punggungnya di kerusi. Lebih tepat, dia kini duduk berhadapan dengan Dahlia.
Dahlia masih tak menunjukkan apa-apa respon dengan kehadiran lelaki itu. Cuma dia agak terganggu. Dia datang sini nak lepak sorang-sorang je, tapi ada pula orang menyebok. Nak terus blah ke meja lain karang nampak tak sopan pula. Haish!
"Sorang je?" tegur lelaki itu. Senyum dia boleh tahan. Overdose gula! Disedekah free-free pula tu.
Dahlia cuba keluar dari mood blur. "Ah, tak! Ada teman," bohongnya.
"Oh yake? Mana temannya? Sedang ke toilet ke?" tanya lelaki itu.
"Eh, taklah. Ni ada ni hah! Duduk kat sebelah. Saka!"
Mahri namanya. Lelaki itu telah memperlebar senyuman menjadi tawa. "Saka ya? Hai Saka. Apa khabar?" Nampaknya dia faham dengan joke Dahlia. Dia pun melayan.
Dahlia pula jadi tambah awkward. Nak apa hah, mamat ni?
"Sorry! Awak tak selesa ke saya duduk sini?" Mahri mula faham bila dikesan akan air muka Dahlia. "Saya minta maaf kalau saya ganggu awak tengah lepak. Ingatkan nak cari partner lepak je. Yalah, boring kan lepak sorang-sorang. Tapi kalau awak tak selesa, saya pindah meja lainlah."
"Eh, tak! Bukan begitu. Duduk jelah, tak kesah pun. Saya pun tak ada kawan juga." Nak tak nak dia kena berlakon yang dia okey. Walhal dia tak kesah pun kalau lelaki itu pindah ke meja lain. Tapi tak sedap pula nak bagi orang terasa, kan.
Mahri telah mengurungkan niatnya untuk beralih ke meja lain. Dia sedekahkan senyuman lagi.
Belum minum coffee lagi dah terasa manis. Ni kalau Dahlia dapat diabetic nanti jangan salahkan siapa, mamat nailah punya angkara. Tapi Dahlia membalasnya dengan senyuman biasa sahaja.
"Biasa lepak di cafe ni ke?" Soalan mula dibuka.
Smartphone lalu disarung semula ke dalam bag. Ada partner bicara tak elok main phone. "Adalah juga, sekali dua," kata Dahlia.
"I see! Menarik juga kan konsep cafe ni."
"Bolehlah! Cafe hipster orang kata."
Mahri tergelak kecil. "Saya tak tahu pun hipster-hipster ni semua macam mana. Tu semua istilah orang sekarang, kan?"
Dahlia blur lagi. "Aa... Iya kot?"
Mujurlah waiter segera datang membawa minuman yang mereka pesan. Ianya telah berjaya mematikan kecanggungan suasana yang membuat Dahlia semakin tak selesa.
Dua buah cawan diletakkan di atas meja. Mahri sedikit terkesima. "Wow! Cuppuccino?! Ternyata kita punya citarasa yang sama terhadap coffee."
Dahlia pun terkejut juga sebenarnya. Tak sangka pula yang dipesanannya sama dengan pesanan lelaki itu. Dia order pun saja-saja je, bukanlah dia meletakkan satu citarasa tetap untuk minuman pun. Cuma, betul-betul tak sangka yang dia terorder benda yang sama dengan lelaki itu.
"Memang minat Cappuccino ke?" soal Mahri.
"Err, tak adalah minat sangat. Bolehlah sesekala," kata Dahlia.
Mahri senyum lagi. "Cappuccino ni bagus, tau. Rasa cafein dia tak terlalu strong, tapi tak juga terlalu light. Just nice! Texture dia soft, creamy and fluffy, macam awan. Dia dapat memberi rasa tenang apabila lidah kita menyentuhnya. Secara tak langsung, dia akan menghantar signal pada otak dan memberi kesan lega."
"Betul ke?" Dahlia ragu.
"Betul! Kalau tak percaya, cuba awak rasa."
Memang dia tengah nak lari dari keserabutan, sebab itu dia cari coffee. Tapi tak tahu pula yang coffee ni mempunyai peranan positif pada tubuh sehingga begitu sekali. Kalau begitu, tak salah untuk Dahlia segera mencuba.
"Hirup perlahan-lahan. Rasai kehangatan dia tika bersentuhan dengan lidah. Perlahan-lahan awak akan mula merasa hangat, nyaman hingga ke otak. Jiwa awak pun akan turut terasa lapang," saran Mahri.
Beberapa saat Dahlia ambil masa untuk menghayati apa yang lelaki itu katakan. Dia hirup kopi itu sekali lagi. Sedap sangat. "Emm, betullah! Memang rasa ringan kepala," komentar Dahlia.
"Haa, kan? Sebab itu saya suka minum cappuccino ni di waktu petang. Biasanya petang-petang nilah kepala kita serabut, kan?"
"Aah, betul! Memang tengah serabut pun dari tadi. Itu yang lari ke sini cari coffee ni," Dahlia mula terbuka.
Mahri ketawa kecil. "Samalah! Saya pun tengah nak tenangkan diri juga. Jadi, pertemuan hari ini, kiranya sama-sama sedang lari dari masalah lah ya?"
Dahlia sekali lagi tayang muka blur sampai nak terlopong mulutnya.
Mahri ketawa lagi. "Mahri! Saya Mahri. Awak?"
Blur segera diusir dari kepala. Orang itu sudah memperkenalkan nama. Nampak gayanya pertemuan ini tak adalah teruk sangat berbanding yang dekat tempat parkir tadi. "Owh! Saya Dahlia."
"Dahlia? Wow! Such a beatiful name. Baru disebut saja sudah terbayang keindahannya. Keharumannya."
"Err..."
Mahri faham. "Ah, I'm sorry! Ini bukan mengayat ya. Saya minta maaf. Saya cuma praktikkan apa yang saya baca di buku berkenaan dengan alam."
"Awak cikgu ke?" Rasa tertarik untuk mengetahui membuat Dahlia terpanggil untuk bertanya.
"Benar! Saya pensyarah di University aliran sastera," jelas Mahri.
Wow! Patutlah bahasanya sangat teratur dan rapi. Tiba-tiba Dahlia rasa kerdil di depan lelaki ini. Dia sastera-satera ni langsung tak tahu. Yang dia tahu berniaga je. Tapi dia minat juga membaca atau mendengar syair-syair pujangga. Kadangkala bila baca ayat-ayat mutiara pun boleh buatkan dia tersenyum-senyum sendiri.
Mood yang rosak perlahan-lahan telah dipulihkan. Dahlia mulai sedikit terbuka dan rancak bersembang dengan Mahri.
Lelaki ini sungguh bijaksana membaca air muka orang, sehingga dia sentiasa berhati-hati setiap kali menuturkan kalimat.
Pertemuan hari ini membuat Dahlia tak rasa janggal, bahkan Dahlia tak ada melihat ciri-ciri monster dari lelaki bernama Mahri ini.
"Thanks for today, Miss Dahlia. Saya berharap lain kita boleh lepak sama-sama lagi." Mahri telah memohon pamit.
"Sama-sama, Encik Mahri. Terima kasih juga atas tips-tips dan saran yang sangat bernas tadi. Bertuah saya hari ini, boleh pula terjumpa dengan Lecturer. Sasterawan pula tu."
Mahri sedekahkan senyuman lagi. "Sama-sama, tak ada masalah. Next time if possible, we can treat each other. Okey tak?"
Dahlia gerak-gerakkan bahu. "Why not? Jumpa nanti!"
Akhirnya Dahlia bergerak pulang ke ofis dengan hati yang lega. Alangkah bagus bila dia memutuskan turun dari ofis tadi dan healing sekejap di cafe. Tak sangka ianya benar-benar berkesan membaik pulih mood yang berantakan. Dahlia turut bersyukur dapat bertemu lelaki seperti Mahri. Dia juga tak keberatan sama sekali kalau lain kali mereka akan lepak sama-sama lagi.
Mahri such good guy! Kind persons. And more important, he's not a monster! Dahlia memberi opinion peribadinya.
Share this novel