4: SHIPPO

Romance Series 17585

SEPASANG kaki bersarung snekers sedang melintasi laluan berumput setengah berlari. Embun yang masih basah di rerumputan membuat kasut putihnya sedikit kotor.

Tapi dia tak kesah.

Indah udara yang nyaman membuatnya bersemangat untuk berjogging. Tidak terlalu jauh dari rumah. Hanya berputar-putar di sekitar bangunan apartment sudah cukup memadai.

Boleh tahan jauh juga memandangkan bangunan aparment itu saja mempunyai sehingga lapan block. Tak perlu sampai keluar sehingga ke gate house. Berpusing-pusing dalam ni pun sudah cukup mencergaskan.

"Meow!"

Hayunan kaki terhenti sebaik indera pendengaran mangkap bunyi comel tersebut. Wajah yang ceria terus bersinar melihat mahluk kelabu berbulu lebat gebu di sebalik rerumputan. Tanpa teragak-agak Dahlia terus mendapatkannya bila dilihat kucing itu seperti sedang sesat.

Dahlia mengamati sambil bertinggung di depan mahluk comel tersebut. Hei! Ini kucing yang hari tu lagi.

Kalau tak silap ini sudah kali ketiga dia berjumpa si comel itu di kawasan ini. Mana rumah dia ya? Mungkin dia tersesat barangkali. Kesihannya!

Kali pertama terjumpa kucing itu, dia lari sebaik Dahlia dekati. Kali kedua, sempat Dahlia belai-belai kepalanya sekejap, selepas itu kucing tu terus beredar.

Kali ini, Dahlia melihat kucing itu sudah memilki loket pada collarnya. Telah siap dengan nama, alamat rumah dan juga nombor telifon pemiliknya.

Dahlia lalu menyimpulkan, mungkin kucing ini kerap merayap keluar lalu tak pandai pulang. Dengan adanya collar begini, lebih mudah untuk kucing ini dikenal pasti sekiranya jiran berhampiran ada menjumpainya.

"Hi... Stttt, sini-sini. Jangan takut," panggilnya.

Perlahan-lahan Dahlia cuba mendekati si gebu dengan hati-hati. Akhirnya kucing tersebut membiarkan kepalanya diusap-usap oleh Dahlia.

Loket yang tergantung di leher lalu diperiksa. Shippo namanya. Terdapat juga alamat dan nama pemilik serta nombor telifon sekali. Mr. Halil, nama yang tertera di situ.

Barulah Dahlia tidak was-was untuk menyentuh kucing tersebut. Ternyata ownernya orang Melayu. Lega hati sikit. Bukan apa, kalau bangsa lain takut ada membela anjing sekali, kan. Kenalah jaga-jaga.

"Shippo! Hai Shippo. Awak sesat ya? Ala, sian. Meh meh sini."

Mana ada perempuan tak suka kucing, kan? Lagi-lagi yang comel gebu begini. Pasti hati akan terus cair dengan hanya melihat mahluk berbulu comel ini walaupun mood sedang serabut sekalipun.

Shippo sudah berjaya dipegang. Didokong lalu dibelai-belai. Kucing itu pun saja melayan bila Dahlia mengusap badannya. Best agaknya kena belai awek cun.

"Shippo sesat ya? Tulah, siapa suruh merayap. Kan dah tak pandai balik rumah," katanya. Walhal kucing tu bukan faham pun apa dia cakap.

Dahlia lalu mengeluarkan telifon bimbitnya. Terjumpa mahluk comel begini kenalah ambil gambar. Rugi kalau tidak. Iyalah, nak bela sendiri dia tak ada masa. Dapat pegang orang punya begini pun dah seronok gila.

Oh ya, sebaiknya dia dial saja nombor pemilik kucing ni. Mana tahu owner dia sedang mencari. Kebetulan nombor dah ada, langsung saja Dahlia mendialnya.

Panggilan tersambung. "Hello. Assalamualaikum," sapa Dahlia.

"Waalaikum salam!" Garau suaranya.

"Mr. Halil ke?"

"Saya!"

"Ni, saya ada terjumpa kucing encik. Nama dia Shippo, kan?"

"Oh, ya. Betul, itu kucing saya."

"Dia nampak sesat ni encik. Kalau dibiarkan di luar takut orang ambil je nanti."

"Oh, iya ke? Mungkin tadi dia terlepas sewaktu saya keluar. Dan saya tak perasan." Halil berkata.

"Ouh! Jadi encik nak saya letakkan dia dekat mana?"

"Erm, macam ni. Miss, you dekat area block mana?" soal Halil.

"Saya dekat dengan block North Garden," jawap Dahlia selepas mengamati ke sekeliling.

"Ah! Kebetulan itu memang block I. Kalau I minta tolong you sikit tak apa ke?"

"Tolong apa ya?"

"Masukkan je kucing I tu dalam lif, then you tekan nombor 14. Nanti dia pandai balik ke rumah I tu."

"Ouh. Macam tu ya? Baiklah."

"Sekejap!"

"Ya?"

"Apa nama Miss?"

"Saya Dahlia. Saya tinggal di block North Flower."

"Ouh! Thank you so much, Miss Dahlia."

"No problem. Saya dah letakkan kucing encik dalam lif."

"Okay! Thanks again."

"Not a bigg deal!

Shippo akhirnya selamat dihantar pulang ke rumah tuannya setelah Dahlia menekan butang lif tingkat 14. Harap-harap kucing itu pandai keluar nanti bila pintu terbuka. Haih!

Itulah yang malasnya nak bela kucing ni. Bila tengah keluar bekerja dia kat rumah tak ada yang jaga. Sudahnya dia pun merayap entah kemana. Kalau terjumpa orang jujur tak apa juga. Buatnya jumpa orang niat tak baik, tak ke selamat kena angkut.

Manakala di tingkat 14.

Shippo telah selamat keluar sebaik pintu lif terbuka. Nampaknya kucing itu memang sudah biasa. Langsung saja Shippo disambar oleh sepasang tangan lalu dibawa masuk ke rumahnya.

Halil tersenyum sumbing. Dahlia ya?

Share this novel

Mermaid_
2023-07-31 18:08:36 

aloooo jangan lock pleaseeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience